Jumaat, 30 Mac 2018

Ronaldo rehat lawan Las Palmas

SHARE
MADRID: Penjaring terbanyak Real Madrid, Cristiano Ronaldo direhatkan pada aksi La Liga menentang Las Palmas esok bagi membolehkan dia berada dalam situasi terbaik menghadapi cabaran getir suku akhir Liga Juara-Juara menentang Juventus, Selasa depan.

Ronaldo yang kembali temui sentuhan penyudah berbisa selepas permulaan lembab di awal musim telah menjaringkan 18 gol tahun ini termasuk empat jaringan ketika menewaskan Girona 6-3 dalam perlawanan terakhir mereka.

Dia juga menjaringkan dua gol ketika membantu Portugal menewaskan Mesir 2-1, pada 21 Mac lalu dan tersenarai dalam kesebelasan ketika tewas kepada Belanda 3-0, Isnin lalu.

Real kini 15 mata di belakang pendahulu, Barcelona dan berada di tangga ketiga La Liga.

Akhbar harian Sepanyol, Marca berkata, Ronaldo bersetuju dengan pengurus, Zinedine Zidane untuk kekal di Madrid dan tidak turut serta ke Canary Islands yang mengambil masa dua jam setengah dengan kapal terbang.

Ronaldo, 33, menjaringkan gol dalam semua lapan perlawanan Liga Juara-Juara musim ini dan muncul penjaring terbanyak dengan 12 jaringan.

Dia diberi peluang untuk tidak beraksi dalam beberapa perlawanan liga terutamanya di tempat lawan dan direhatkan ketika Real menewaskan Leganes 2-1 dan ketika tewas 1-0 di Espanyol pada Februari lalu.

Ronaldo juga tidak beraksi dalam semua enam perlawanan Piala Raja.

Perlawanan Real menentang pendahulu Serie A, Juventus dalam aksi suku akhir adalah ulangan final Liga Juara-Juara 2017 yang dimenangi Real 4-1 dengan Ronaldo menjaringkan dua gol. -Reuters

"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers