Thursday, 29 March 2018

Sidang Akhbar SEDIC Berhubung Geran NGO India ‘Dibatalkan’

SHARE
ARTIKEL SEBELUM INI KUALA LUMPUR, 28 Mac: Satu sidang media khas berkaitan pemberian geran kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) India oleh Unit Pembangunan Sosioekonomi masyarakat India (SEDIC) Jabatan Perdana Menteri telah dibatalkan dalam tempoh masa 24 jam selepas nota liputan media diedarkan petang semalam.

The Malaysian Times (TMT) turut menerima turut jemputan untuk menghadiri sidang akhbar tersebut yang dijadualkan, esok 29 Mac, namun pada hari ini pejabat SEDIC telah menghantar satu lagi nota untuk memaklumkan sidang akhbar tersebut telah dibatalkan.

Tiada sebarang alasan diberikan berhubung pembatalan sidang media tersebut yang dikatakan berhubung ‘kontroversi’ yang timbul berkaitan penerimaan dana dan geran kepada NGO-NGO India di negara ini.

Dua hari lepas, akhbar harian Tamil, Makkal Osai turut menyiarkan senarai nama badan-badan bukan kerajaan serta pertubuhan yang menerima peruntukkan kewangan daripada SEDIC untuk menjalankan aktiviti di mana pendedahan tersebut telah menceruskan pelbagai kontroversi kerana ianya melibatkan nilai yang tinggi.

Malah pendedahan itu juga telah menjadi ‘viral’ di media sosial di mana pelbagai pihak mempersoalkan ‘hasil keberkesanan’ melalui pemberian peruntukkan itu.

Ketua Pengarah SEDIC Professor Datuk Dr. N. S. Rajendran masih mendiamkan diri berhubung isu tersebut manakala sidang akhbar yang diadualkan telah dibatalkan.

Pengumuman bahawa kerajaan telah memperuntukkan RM230 juta kepada masyarakat India melalui pengagihan dana kepada badan-badan bukan kerajaan India ni negara ini dari tahun 2014 sehingga kini melalui SEDIC telah menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Malah wujud desakan yang kuat supaya kerajaan untuk mendedahkan semua senarai penerima demi menjaga nama baik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang cukup komited dan iklhas untuk membantu menangani permasalahan masyarakat India di negara ini.

Laporan Bajet 2018 turut menyebut di bawah SEDIC, lebih RM230 juta telah diagihkan sejak 2014, memanfaatkan lebih 500,000 peserta kaum India.

Persoalannya siapakah mereka? Apakah program yang dilaksanakan selama ini? Di mana nilai prestasi mereka?

Jumlah yang diagihkan cukup tinggi, sekiranya segala dana yang diagihkan kepada badan-badan bukan kerajaan untuk menjalankan aktiviti khusus untuk meningkat sosio-ekonomi masyarakat India di negara sudah tentu hasilnya perlu dilihat.Persoalannya laporannya di mana?

Ketika pihak pembangkang membidas dan mengasak Perdana Menteri tidak melakukan apa-apa untuk kaum India di negara, kenapa NGO-NGO yang menerima dana mendiamkan diri?

Mereka tidak perlu tampil untuk mempertahankan Perdana Menteri, tetapi sekurang-kurangnya menceritakan ‘kisah benar’ inisiatif yang telah dilakukan dibawah kerajaan pimpinan Najib dan menunjukkan hasilnya melalui segala aktiviti yang dirancang.-MalaysianTimes
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers