Isnin, 26 Mac 2018

Tidak Mungkin UMNO Bagi RM90 Juta Pada PAS

SHARE
Tidak mungkin UMNO memberi RM90 juta kepada PAS memandangkan kedua-dua parti itu adalah seteru tradisi parti politik dalam negara ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan, dakwaan itu merupakan satu tuduhan mengarut.

“RM90 juta tu mengarut, kita nak lawan UMNO, boleh pula UMNO bagi kita duit. Saya anggap pihak yang membuat tuduhan tersebut seperti ‘baling batu sembunyi tangan’.

“Kita telah failkan di mahkamah dan ada tanda-tanda yang kita akan menang,” katanya sewaktu berucap pada majlis Makan Malam Dana Pilihan Raya PAS Pusat di Ampang, malam tadi.

Sebelum ini Abdul Hadi memfailkan saman fitnah terhadap Editor Sarawak Report, Claire Rewcastle-Brown di Mahkamah Tinggi London pada 21 April tahun lalu.

Tindakan itu susulan laporan Sarawak Report yang mendakwa RM90 juta dimasukkan ke akaun pemimpin atasan PAS sebagai usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menarik kepemimpinan PAS untuk menyokong Barisan Nasional (BN) dan UMNO.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers