Wednesday, 28 March 2018

Wakil Rakyat Pembangkang Biadap

SHARE
SHAH ALAM: EXCO kerajaan negeri, Amiruddin Shari dianggap biadap apabila mengeluarkan perkataan 'go to hell' kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) ketika disoal mengenai status Stadium Shah Alam, semalam.

Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari, berkata kata-kata kesat dan biadap itu tidak sepatutnya diluahkan pada sesi perbahasan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), terutama oleh seorang berstatus pemimpin kerajaan negeri.

"Saya melihat video ketegangan yang berlaku ketika Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi membangkitkan isu mengenai Stadium Shah Alam.

"Perkataan itu tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin yang mewakili rakyat. Ia sangat biadap dan seharusnya beliau bercakap dalam nada yang profesional," katanya pada sidang media di Bangunan UMNO Shah Alam, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Penyelaras BN Parlimen Shah Alam berkata, sikap acuh tidak acuh Amiruddin juga mengecewakan harapan ribuan peminat pasukan The Red Giant yang mahu pasukan kesayangan beraksi di stadium berkenaan.

Perbahasan sidang DUN kelmarin menjadi kecoh apabila Amiruddin menuduh FAS mempolitikkan isu penggunaan Stadium Shah Alam untuk skuad bola sepak.

EXCO Pembangunan Generasi Muda, Sukan Kebudayaan dan Pembangunan Keusahawanan itu mendakwa BN sebagai dalang menggunakan FAS untuk menyerang kerajaan negeri, selain mendakwa kerajaan Selangor mempunyai pelan tersendiri untuk Stadium Shah Alam.

Sementara itu, Amiruddin tidak akan memohon maaf atau menarik balik kata-kata kesat yang dilemparkannya terhadap FAS.

Amiruddin ketika ditemui berkata, beliau tidak perlu berbuat demikian kerana mendakwa kepemimpinan persatuan itu sebelum ini bertindak 'kurang ajar' terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu mesyuarat pada Ogos 2016.

"Mereka (FAS) tidak pernah memohon maaf ketika bertindak keluar dari mesyuarat sehingga kini. Sepatutnya mereka lebih awal minta maaf kerana kurang ajar dengan kerajaan negeri," katanya.

Pada 29 Ogos 2016, sebahagian kepemimpinan FAS dilapor bertindak keluar daripada mesyuarat Exco persatuan itu yang dipengerusikan oleh Mohamed Azmin sebagai membantah tindakan Menteri Besar itu berhubung arahan pemberhentian Setiausaha Agung dan Bendahari FAS.

Dalam pada itu, Amiruddin berkata, kenyataan 'keras' beliau pada sidang DUN Selangor semalam bukan ditujukan kepada FAS secara keseluruhannya tetapi kepada individu tertinggi yang menerajui persatuan itu.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers