Ahad, 25 Mac 2018

Warga Bangla Maut Dalam Pergaduhan

SHARE
PETALING JAYA: Seorang lelaki warga Bangladesh maut, manakala dua lelaki warga Nepal cedera dalam pergaduhan di Jalan TSB 10A, Kota Damansara di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam, mangsa berusia 20-an dikatakan terbabit pergaduhan dua lelaki warga India, dua lelaki warga Nepal dan lebih 10 lelaki warga Bangladesh.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata mangsa cedera di kepala dipercayai ditolak seorang daripada lelaki warga Nepal sehingga terjatuh ke dalam longkang di lokasi kejadian.

"Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.

"Dua lelaki warga Nepal berusia lingkungan 20-an dan 30-an turut cedera di kepala serta badan dalam kejadian itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, beberapa suspek, termasuk dua lelaki warga Nepal yang cedera itu sudah ditahan tetapi masih menerima rawatan di hospital.

"Punca kejadian masih dalam siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers