Monday, 30 April 2018

BN Titiwangsa sedia seribu kenderaan pada Mei 9

BN Titiwangsa sedia seribu kenderaan pada Mei 9

KUALA LUMPUR, 30 Apr: Barisan Nasional (BN) Titiwangsa akan menyediakan seribu kenderaan untuk mengambil dan menghantar pengundi ke pusat mengundi pada 9 Mei ini.

Calon BN Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata usaha itu bagi memastikan jumlah pengundi yang turun di kawasan itu meningkat, sekali gus mencerahkan peluang BN mempertahankan kerusi tersebut.

“Pada pilihan raya lepas, terdapat 4,000 pengundi terdiri daripada golongan veteran dan ibu tunggal yang tidak turun mengundi disebabkan tiada siapa yang bawa mereka dan tidak tahu di mana tempat mengundi.

“Ada juga yang lalai dan menangguh tanggungjawab mengundi serta menyelesaikan perkara lain terlebih dahulu hingga tidak sempat, malah ada yang terlalu yakin saya akan menang hingga tidak turun mengundi, sedangkan setiap undi adalah penting bagi saya,” katanya yang berharap majoriti kerusi yang dimenangi BN itu mampu ditingkatkan berbanding 866 undi pada pilihan raya umum lepas.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program Santai Bersama Pesara di sini, hari ini.

Pada majlis sama, Menteri Kewangan II itu turut mengulas mengenai dakwaan yang mengatakan setiap parti yang memimpin kerajaan akan melaksanakan dasar dan kepentingan rakyat, sama seperti BN.

Johari berkata keseimbangan politik dan ekonomi sesebuah negara bergantung kepada pihak yang mentadbirnya.

“Siapa cakap kalau tukar kerajaan sama saja? Lihat pada Syria, Iraq dan Afghanistan. Mereka telah hilang kestabilan politik disebabkan cuba menukar kerajaan dan hilang pelancong yang memberi sumbangan besar dalam ekonomi.

“Filipina yang dahulu semasa merdeka 1957 adalah negara kedua terkaya selepas Jepun, tetapi tengok sekarang pendapatan per kapita mereka hanya dua hingga tiga ribu dolar Amerika berbanding kita sekarang bawah kerajaan BN sebanyak 10 ribu dolar Amerika,” katanya.

Katanya tiada kerajaan yang sempurna di dunia begitu juga BN, namun BN sentiasa menambah baik prestasi dan mendengar keluh kesah masalah rakyat.

Kerusi Parlimen Titiwangsa akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Johari (BN-UMNO), Rina Harun (PKR) dan Mohamad Noor Mohamad (PAS).– Bernama

KM Melaka bantu mangsa kemalangan

KM Melaka bantu mangsa kemalangan

MELAKA, 30 Apr: Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, membantu seorang penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan, di Pekan Sungai Udang, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa yang juga seorang lelaki mualaf berusia 30-an dilaporkan dilanggar sebuah kereta yang didakwa bertindak melulu melakukan pusingan di laluan garisan berkembar.

Ketika kejadian, Idris yang kebetulan dalam lawatan kerja bagi program ‘Walkabout’ di Pasar Malam Sungai Udang, di sini, kemudian terus meluru bagi membantu mangsa kemalangan, sebelum mengarahkan mangsa untuk berbaring dan memberikan rawatan awal kecemasan.

Beliau yang akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang untuk penggal kedua pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) turut meluangkan masa bersama mangsa kemalangan yang cedera ringan selama kira-kira 25 minit sehinggalah ketibaan ambulans di lokasi kejadian.



“Saya simpati dengan keadaan mangsa kemalangan ini dan menunggu sehingga ketibaan ambulans bagi membawa mangsa yang cedera ringan ini ke Hospital Melaka.

“Diharapkan pengguna jalan raya lebih berhati-hati,” katanya.
Shamsul Iskandar Tidak Yakin Menang

Shamsul Iskandar Tidak Yakin Menang

JASIN, 30 Apr: Keputusan Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Jasin, membuktikan beliau tidak yakin boleh pertahankan kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya yang disandangnya ketika ini.

Ia susulan kenyataan Pengerusi PKR Melaka itu, yang nyata bimbang akan gagal mempertahankan kerusi dimenanginya pada PRU-13 itu.

Katanya, persempadanan semula kawasan pilihan raya baru-baru ini jelas menjejaskan hasratnya untuk mempertahankan kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya kerana majoriti pengundi beliau berpindah di kawasan lain.

“Ya, realistik saya agak bimbang kerana 25,000 pengundi (yang berpindah kawasan) yang mengundi saya pada PRU-13. Saya ada sedikit risau dan bimbang (dengan keadaan itu),” katanya.

Semalam, Shamsul Iskandar menyerahkan borang pencalonan bagi kerusi DUN Rim, di Dewan Politeknik Merlimau.

Pada masa sama, beliau menerusi wakilnya turut menyerahkan borang pencalonan bagi kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya di Pusat Pencalonan di Rumah Media Melaka.

Tindakan itu mengejutkan banyak pihak kerana sepatutnya calon yang diumumkan pakatan pembangkang untuk bertanding di DUN Rim adalah Azmi Khamis.

Kerusi DUN Rim menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan BN diwakili Ghazale, PKR diwakil Shamsul dan PAS diwakili Kintan Man.

Pada PRU-13, Barisan Nasional (BN) yang diwakili Datuk Wira Ghazale Muhamad mempertahankan kerusi berkenaan dengan majoriti 1,121 undi, apabila memperoleh 4,821 undi berbanding Azmi yang mendapat 3,700 undi.
‘Apa nak takut…depan kita bukan ‘singa merah’, ‘anak kucing merah’ sahaja pun!’

‘Apa nak takut…depan kita bukan ‘singa merah’, ‘anak kucing merah’ sahaja pun!’

MUAR, 30 Apr: Menangkis fitnah dan berita palsu oleh pihak tidak bertanggungjawab di media sosial merupakan antara cabaran Barisan Nasional (BN) dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-14 ().

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata justeru, calon dan jentera perlu menggembleng tenaga berjumpa seramai mungkin pengundi bagi memberitahu cerita sebenar terutama kepada golongan muda.

“Perang dalam media sosial ini menggambarkan persepsi yang pelbagai mengenai kerajaan BN. Tugas kita ialah lebih baik jumpa pengundi seramai mungkin. Fahamkan mereka isu berkenaan, itu cabaran kita,” katanya selepas Program Jalinan Kasih di Bangunan UMNO Bahagian Muar di sini hari ini.

Kira-kira 1,000 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) serta penyandang kerusi Parlimen Muar Datuk Seri Razali Ibrahim, calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani Datuk Ashari Md Sarip dan DUN Sungai Balang Zaiton Ismail hadir pada majlis itu.

Sementara itu, Hishammuddin turut melahirkan keyakinan terhadap jentera di Parlimen Muar yang sejak dahulu mendahulukan kepentingan parti dan bekerja secara muafaka

Beliau berkata momentum itu akan berkekalan sehingga hari pengundian dan mandat akan tetap diberi kepada BN di Parlimen tersebut.

Katanya pengundi Muar juga perlu menolak calon ‘setahun jagung’ yang hanya mengeksploitasikan isu berbanding memberi fokus pada isu pengundi.

“Apa kita hendak takut sangat. Depan kita ini, bukan ‘singa merah’, ‘anak kucing merah’ sahaja pun. Kita ini semua ‘harimau biru’ (BN). Dia tak tahu isu di Muar, isu yang perlu dibela di sini. Budak setahun jagung nak ajar isu di Muar. Tidak boleh dibenarkan. Kita mesti tentang habis-habisan,” katanya disambut sorakan dan tepukan hadirin yang hadir.

Hishammuddin juga menegaskan calon-calon pembangkang hanya ghairah menjadikan Muar sebagai ‘test place’ (tempat ujian) untuk mencuba nasib setiap kali PRU berbanding meneliti isu-isu pengundi.

“Kita pun dah serik Muar ini hanya dijadikan ‘test place’ calon-calon luar untuk mencuba nasib. Jadi, kita mahu pengundi terus memberi mandat kepada calon BN kerana selepas PRU hanya mereka ini sahajalah yang tinggal di Muar untuk membela nasib rakyat di sini, manakala calon luar akan kembali ke tempat asal mereka,” katanya.

PRU14 pada 9 Mei ini menyaksikan Razali akan dicabar calon muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (PKR-PPBM) dan Abdul Aziz Talib (PAS) bagi mempertahankan kerusi Parlimen Muar.
Bekerjasama Demi Kemenangan-Kak Jue

Bekerjasama Demi Kemenangan-Kak Jue

SHAH ALAM 28 April 2018- Calon BN DUN Kota Anggerik, Jumaeah Bt Masdi yang mesra dengan panggilan Kak Jue ketika melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Seksyen 16 di sini menyeru jentera parti agar bekerjasama demi kemenangan Barisan Nasional kerana dalam perjuangan tiada siapa yang perferct.

Tidak perlu mencari kesalahan sesiapa, apa yang patut sebenarnya harus kembali kepada asas perjuangan dengan strategi demi kemenangan Barisan Nasional pada PRU-14 ini.







Kak Jue mendengar aduan dari masyarakat setempat



Sunday, 29 April 2018

Calon BN Shah Alam Menyeru Masyarakat India Undi BN

Calon BN Shah Alam Menyeru Masyarakat India Undi BN

SHAH ALAM-Calon Dun Kota Anggerik (N40 Kota Anggerik) Jumaeah Bt Masdi atau popular dengan panggilan Kak Jue menyeru sokongan seluruh masyarakat India agar mengundi Barisan Nasional (BN) pada PRU-14 ini.

Seruan itu di dilafazkan dalam ucapan ringkas dimajlis makan malam yang turut dihadiri Calon BN Parlimen Shah Alam, Datuk Azhari Datuk Saari.

Majlis yang dihadiri 150 pemuda India pada malam ini bukti BN masih diterima baik oleh pengundi masyarakat itu sekali gus menafikan penolakan seperti didakwa musuh BN.

Azhari yang juga Pengerusi BN Shah Alam turut berterima kasih kepada jentera parti yang membantu persiapan untuk penamaan calon hari ini.

Beliau juga berkata, 10 tahun telah diberi peluang kepada pihak sebelah sana (parti yang membentuk kerajaan Selangor hari ini) masayarakat India tiada perubahan dan beliau juga berjanji akan menjaga masyarakat India dengan lebih baik dibawah Barisan Nasional.

Sebelum mengakhiri ucapan, Azhari menyeru agar jentera parti dari masyarakat India Shah Alam bekerja kuat membantu calon BN.

Azhari juga menyeru pada 9 Mei ini keluar lebih awal untuk mengundi agar kedudukan BN tahu lebih awal, sekarang ini kita harus bekerja kuat terlebih dahulu untuk mempastikan ketiga-tiga kerusi Shah Alam kembali kepada BN.

Sementara itu, Calon DUN Batu Tiga (N41 Batu Tiga) Datuk Ahmad Mua'adzam Shah tidak dapat hadir, beliau difahamkan akan bertemu dengan masyarakat India pada hari lain.






Thursday, 26 April 2018

‘Tidak faham,’ Suhakam tidak dibenar pantau PRU

‘Tidak faham,’ Suhakam tidak dibenar pantau PRU

KUALA LUMPUR, 26 April — Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) "tidak faham" kenapa ia tidak boleh memantau pilihan raya umum 9 Mei ini.

Permohonan badan kerajaan itu ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata pengerusi Suhakam Tan Sri Razali Ismail hari ini.

“[Keputusan SPR] ini bermaksud Suhakam tidak dibenarkan berada di dalam kawasan pusat pengundian semasa pemantauan dijalankan,” katanya.

“Keputusan ini sukar untuk difahami terutamanya apabila Suhakam mendapat makluman bahawa terdapat pemantau pilihan raya antarabangsa yang akan membuat pemantauan semasa pilihan raya dijalankan.”

Namun Suhakam menegaskan akan tetap memantau penjalanan pilihan raya kali ini yang bermula dengan penamaan calon pada Sabtu ini.

“Dengan mengambil kira kepentingan awam, Suhakam akan tetap meneruskan pemantauan seperti yang telah dirancang,” katanya dalam satu kenyataan.

Razali juga menegaskan pilihan raya yang bebas, adil dan berintegriti sebagai daripada hak asasi manusia.

Ketika mengumumkan dua tarikh penting pilihan raya 10 April lalu, SPR memaklumkan 14 buah negara dijemput sebagai pemerhati antarabangsa.

Mereka termasuklah badan pengendali pilihan raya dari Asean, Komanwel, Asia dan Eropah serta Malaysian Commonwealth Studies Centre (MCSC).
Betulkah Pengundi Cina Wangsa Maju Terima MCA?

Betulkah Pengundi Cina Wangsa Maju Terima MCA?

Memang gembira dengan kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa Pengundi Cina di Parlimen Wangsa Maju menunjukkan sokongan terbuka kepada calon Barisan Nasional (BN) daripada MCA.
Apa yang umum mahu tahu, adakah pengundi kaum lain terutamanya Melayu menerima calon BN dari MCA?
Umumnya tahu Wangsa Maju majoriti pengundi adalah Melayu. oleh itu, kepastian kalah dan menang berada pada undi majoriti Melayu.
Ramai tahu majoriti Cina tolak BN...
Kutipan pemandu teksi Langkawi terjejas, BN atau Dr M untung?

Kutipan pemandu teksi Langkawi terjejas, BN atau Dr M untung?

KUAH, 26 April — Keluhan kecewa berbaur rasa geram pemandu teksi Langkawi masih terpendam kuat setelah setahun digugat pengusaha Uber dan GrabCar.

Walau enggan melahirkan sikap antikerajaan, setahun selepas demonstrasi antikhidmat teksi internet itu, mereka masih tidak berpuas hati.

Tinjauan ProjekMMO di dua stesen teksi di Kuah jelas menunjukkan pendapatan mereka terjejas akibat gabungan Uber dan GrabCar.

Ada berbaring sampai terlelap, bermain karom atau berbual-bual kosong sementara menunggu pelanggan yang tidak kunjung tiba walau sudah tiga jam.

April tahun lalu, kira-kira 400 daripada 1,300 pemandu teksi di pulau legenda ini mengadakan demonstrasi di Laman Marmar Langkawi.

Seperti pemandu di negeri lain waktu itu, khususnya di Lembah Kelang, mereka menyatakan bantahan walau jarang menunjukkan sikap politik.

Walau tidak jelas menyatakan sikap anti-Barisan Nasional menjelang pilihan raya 9 Mei ini, rata-rata mereka berharap kerajaan menyekat khidmat itu.

Umumnya pemandu merayu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar perkhidmatan GrabCar, yang sudah membeli Uber, dihentikan di Langkawi.

Selain teksi atas talian, mereka juga terpaksa bersaing dengan pengusaha kereta sapu di empat kawasan tumpuan: jeti utama, lapangan terbang, Pantai Chenang dan kereta kabel di Gunung Mat Cincang.

Mereka hanya bergantung kepada kedatangan pelancong tempatan dan luar kerana penduduk tempatan sudah memiliki kenderaan sendiri.
Pemandu teksi bersantai, berbaring atau berbual, sementara menunggu pelanggan di stesen di Pekan Kuah, Langkawi 25 April 2018.

Di celah-celah rungutan soal kepayahan hidup, mereka bagaimanapun mengelak apabila ditanya sokongan kepada calon-calon yang bertanding di sini.

Penyandang kerusi BN di Langkawi Datuk Nawawi Ahmad berdepan tugas berat apabila dicabar tokoh politik negara Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menang dengan 11,861 undi, ketua bahagian Umno itu bakal dirempuh bekas perdana menteri yang dianggap berjasa memajukan pulau pelancongan itu.

Semua pemandu yang ditemui ProjekMMO enggan mendedahkan nama dan tidak mahu foto mereka dirakam kecuali gambar umum perkhidmatan teksi.

“Kejatuhan pendapatan kami amat ketara, tidak cukup untuk belanja keluarga dan bayar sewa kereta, perbaiki kereta,” kata seorang pemandu.

Pemandu teksi usia 60-an ini bersama syarikat Pengusaha Tuan Empunya dan Pemandu Kereta Sewa Langkawi ditemui di sini jam 11.30 pagi semalam.

Kata-katanya itu disampuk rakannya, juga 60-an, yang masih menunggu giliran sejak 8 pagi di pondok teksi depan sebuah hotel di pekan ini.

“Dahulu [sebelum ada GrabCar] kami bolah buat simpanan RM30 hingga RM40 sehari, tapi kini pun tidak boleh buat simpanan...,” katanya.

“Hendak dapat RM30 atau RM40 pun belum tentu. Jadi kami minta GrabCar ini digunakan di tempat lain, itu saja permintaan kami.”

Membuat perbandingan, pemandu kedua itu berkata sebelum masalah ini mereka meraih pendapatan bersih antara RM70 hingga RM80 sehari.

Pemandu teksi bermain karom sementara menunggu pelanggan di stesen di Pekan Kuah, Langkawi 25 April 2018.

Antara Jun hingga Disember dulu-dulu, apabila ramai pelancong tiba dan menggunakan khidmat teksi biasa, mereka boleh meraih hingga RM150 sehari.

“Sekarang kalau [dapat] RM30, duit itulah untuk anak bersekolah, untuk selenggara kereta tidak lepas,” katanya.

“Kalau ada hutang kereta, tidak boleh nak bayar hutang, kereta kena tarik balik.”

Dulu telefon persatuan di pusat teksi mereka sentiasa berdering dengan permintaan pelanggan, kata pemandu awal tadi, dan mereka selalu sibuk.

“Kami berdepan tekanan emosi, tengok Uber dan Grab [ambil penumpang] depan mata kami. Kami masih sabar kerana terikat dengan undang-undang,” katanya.

Enggan mendedah kecenderungan politiknya, pemandu teksi pertama berkata persatuan mereka tiada masalah dengan BN atau kerajaan.

“Kami minta kepada perdana menteri tolonglah selesaikan masalah kami di Langkawi. Datuk Seri Najib sahaja yang boleh buat kata putus,” katanya.

Rungutan tentang kepayahan hidup mereka juga disuarakan oleh beberapa pemandu teksi di jeti Langkawi yang ditemui di situ semalam.

“Dahulu, satu perjalanan [pergi dan balik] dapat RM100, sentiasa ada penumpang. Sekarang tiada penumpang tahan di tepi-tepi jalan.

“Kalau hantar ke lokasi kereta kabel sejauh 30km, tidak pasti ada penumpang ke sini. Kami balik sini teksi kosong,” katanya.

“GrabCar bagi harga murah daripada teksi, jadi pelanggan cari yang murah.”


Barisan panjang teksi di jeti utama Langkawi yang setia mengharapkan kedatangan pelancong, 25 April 2018.

Berpengalaman membawa teksi sejak 1997 secara sambilan, pemandu usia hujung 50-an itu terpaksa membayar pajakan teksinya RM600 sebulan.

Beliau dan beberapa rakan pemandu melihat kehadiran Dr Mahathir dalam pilihan raya kali ini “boleh membawa perubahan” kepada Langkawi.

“Rakyat di Langkawi akan pilih Tun, kalau-kalau ada perubahan. Saluran dua dan tiga akan pilih Tun,” katanya, walau beliau sendiri enggan mendedahkan sokongannya.

Saluran dua dan tiga merujuk usia pengundi lebih muda, selalunya 50-an ke bawah, sementara saluran satu merujuk mereka yang lanjut usia.

Nawawi, yang dituduh di media sosial terlibat membawa masuk Uber dan GrabCar ke Langkawi, menafikannya malah sanggup bersumpah tidak terbabit.

Menurut Bernama, beliau sudah bertungkus-lumus mencari penyelesaian masalah yang dihadapi 1,300 pemandu yang mengalami penurunan pendapatan.

Minggu lalu beliau menyampaikan kad bantuan bahan api yang mengandungi nilai prabayar RM800 seperti dinikmati pemandu teksi di seluruh negara.

Persaingan Nawawi dan Dr Mahathir akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran calon PAS, usahawan Zubir Ahmad, yang baru diumumkan hari ini.

Dua kerusi negeri di kawasan parlimen ini juga disandang BN. Mereka juga akan menyaksikan persaingan tiga penjuru dengan PAS dan Pakatan Harapan.

BN menang di Ayer Hangat dengan majoriti 5,311 undi, sementara Kuah mendapat majoriti 6,254 undi. Kedua-dua wakil ini akan mempertahankannya.

Langkawi mempunyai 42,697 pengundi berdaftar dengan pecahan kira-kira: Melayu 91 peratus, Cina enam peratus dan India dua peratus.-ProjekMMO

Tuesday, 24 April 2018

PRU14: BN Kedah pertaruh 18 muka baharu

PRU14: BN Kedah pertaruh 18 muka baharu

ALOR SETAR, 24 Apr: Barisan Nasional (BN) Kedah hari ini mengumumkan calon bagi kesemua 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menampilkan gabungan orang lama dan muka baharu, termasuk lima calon wanita pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

BN Kedah menampilkan 18 muka baharu termasuk tiga calon bagi kerusi Parlimen iaitu Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani Datuk Shahanim Mohamad Yusoff bagi kerusi Parlimen Sungai Petani; Ketua Bahagian UMNO Pokok Sena Datuk Said Ali Said Rastan yang akan bertanding di Parlimen Pokok Sena dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan MCA Datuk Yoo Wei How (Parlimen Alor Setar).

Lima belas calon muka baharu bagi kerusi DUN ialah Ahmad Azhar Abdullah (Kota Siputeh); Mohamad Nawar Ariffin (Bukit Pinang); Abdul Malik Saad (Alor Mengkudu); Johari Aziz (Anak Bukit); Datuk Abdul Muthalib Harun (Kubang Rotan); Ahmad Fatahi Omar (Tokai); Datuk Norma Awang (Sungai Limau) dan Datuk Boey Chin Gan (Gurun).

Pengerusi MIC Kedah Datuk Jaspal Singh turut dicalonkan sebagai calon muka baharu bagi kerusi DUN Bukit Selambau; Annuar Ahmad (Tanjung Dawai); Ko Hung Weng (Bakar Arang); Tan Kok Seong (Sidam); Mohamed Noor Mohamed Amin (Bayu); K.S. M. Thuraisingam (Lunas) dan Datuk Asmadi Talib (Merbau Pulas).

Senarai calon BN Kedah itu diumumkan oleh Menteri Besar yang juga Pengerusi BN Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Dewan Seri Mentaloon, di sini hari ini.

Tiga calon wanita yang lain termasuk dua bekas exco kerajaan negeri Datuk Suraya Yaacob dan Datuk Norsabrina Mohd Noor masing-masing mempertahankan kerusi DUN Sungai Tiang dan Bandar Baharu manakala Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Padang Terap Datuk Kama Noriah Ibrahim mempertahankan kerusi DUN Pedu.

Menerusi pencalonan itu, 14 lagi penyandang kerusi DUN yang mempertahankan kerusi masing-masing ialah Ahmad Bashah (Suka Menanti) dan lima exco kerajaan negeri iaitu Datuk Mohd Rawi Abd Hamid (Ayer Hangat); Datuk Aminuddin Omar (Jitra); Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail (Guar Chempedak); Datuk Mohd Tajudin Abdullah (Belantek) dan Datuk Badrol Hisham Hashim (Kuala Nerang).

Selain itu, Datuk Ahmad Zaini Japar (Bukit Kayu Hitam); Datuk Cheah Soon Hai (Derga); Mahadzir Abdul Hamid (Jeneri); Datuk Ali Yahaya (Pantai Merdeka); Datuk Harun Abdul Aziz (Kupang); Mohd Khairul Azhar Abdullah (Kuala Ketil); Chua Thiong Gee (Kulim) dan Nor Saidi Nanyan (Kuah).

Pencalonan itu turut menyaksikan dua exco kerajaan negeri berpindah kerusi DUN ke Parlimen iaitu Datuk Dr Leong Yong Kong dari kerusi DUN Gurun ke Parlimen Padang Serai dan Datuk Tajul Urus Mat Zain dari DUN Tanjung Dawai ke Parlimen Merbok.

Sembilan penyandang kerusi Parlimen yang mempertahankan kerusi masing-masing adalah Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz (Jerlun); Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharom (Kubang Pasu); Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Jerai).–Bernama

Tak Gentar Lawan Mahathir

Tak Gentar Lawan Mahathir

ALOR SETAR, 24 Apr: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad berkata beliau tidak gentar berhadapan dengan bekas perdana menteri selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mempertahankan kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Ketua UMNO Bahagian Langkawi itu berkata beliau yakin rakyat Langkawi akan membuat pilihan bijak dengan memilih anak watan yang benar-benar bekerja demi menyelesaikan masalah mereka dan tidak terpengaruh dengan sentimen nostalgia semata-mata.

“Dalam kes wakil rakyat kita perlu pilih orang yang boleh kerja siang malam bukan nak pilih seorang wakil rakyat yang hanya datang untuk bertanding dan kemudian dia berada di Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pengumuman Calon-Calon BN Kedah di Seri Mentaloon di sini, hari ini oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Nawawi dipilih mempertahankan kerusi Parlimen itu bersama-sama Datuk Mohd Rawi Abd Hamid dan Nor Saidi Nanyan yang juga akan mempertahankan kerusi masing-masing iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hangat dan DUN Kuah.

​​​​​​​Sehubungan itu, beliau berharap pengundi Langkawi memberi undi pada calon yang boleh membawa lebih banyak pembangunan untuk penduduk Langkawi dan masa depan negara.

Ditanya tentang kemungkinan penduduk Langkawi akan terpengaruh dengan isu kontroversi yang dibawakan Dr Mahathir, Nawawi berkata kebanyakan isu tersebut sudah basi dan hanya diceritakan berulang kali.

Dalam pada itu, katanya walaupun beliau yakin dengan kekuatan BN di pulau peranginan itu namun tidak memandang remeh pihak lawan.

Pada 15 April lepas, Pengerusi PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Dr Mahathir sebagai calon pakatan pembangkang di kawasan Parlimen Langkawi yang mempunyai 42,697 pengundi berdaftar.– Bernama
 Lebih 50,000 graduan dikecualikan bayaran semula PTPTN

Lebih 50,000 graduan dikecualikan bayaran semula PTPTN

KULIM, 24 Apr: Hingga Mac 2018 lepas, seramai 50,153 graduan kelas pertama di seluruh institusi pengajian tinggi di negara ini dikecualikan untuk pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Pengurus Besar Kanan Jabatan Pemasaran Dan Komunikasi Strategik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Abdul Ghaffar Yusop berkata keseluruhan jumlah pinjaman yang dikecualikan itu ialah RM1.526 bilion.

“Di Kedah sahaja, seramai 3,346 graduan kelas pertama mendapat kelebihan ini, yang mana jumlah pinjaman mereka ditukar kepada status biasiswa, berjumlah RM96.91 juta.

“Ini adalah antara kaedah kerajaan melalui PTPTN, mengiktiraf pelajar cemerlang di semua institusi pengajian tinggi, tidak kira awam atau swasta,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Dana Warisan Pendidikan Anak Kedah 2018 Peringkat Parlimen Kulim-Bandar Baharu di sini hari ini.

Pada program tersebut, seramai 1,940 pelajar Tahun Satu dalam Parlimen Kulim-Bandar Baharu menerima Dana Warisan Pendidikan Anak Kedah 2018 bernilai RM100 seorang dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M).

Abdul Ghaffar berkata jumlah graduan kelas pertama yang dikecualikan pembayaran semula itu dijangka meningkat menjelang hujung tahun ini.

“Saya percaya, ramai siswazah mula sedar dan berubah dari aspek pemikiran serta budaya terhadap ilmu apabila daya saing semakin meningkat dan rata-rata mereka mahu berebut kelebihan ini,” katanya.

Dalam pada itu, jumlah pendeposit SSPN1M melalui SSPN1M-I dan SSPN1M-i Plus turut meningkat kepada pembukaan 3.41 juta akaun dengan deposit berjumlah RM3.61 bilion setakat 31 Mac lepas.

Beliau berkata peningkatan ini turut melibatkan pendeposit dari luar bandar.

“Ramai ibu bapa daripada semua peringkat sosioekonomi semakin sedar mengenai simpanan pendidikan ini, memandangkan perbelanjaan pendidikan bukan murah dan mahu membuat persiapan seawal mungkin bagi memastikan anak mereka dapat belajar dengan baik,” katanya.– Bernama
Bekas Naib Pengerusi DAP Raub calon PAS di DUN Tras

Bekas Naib Pengerusi DAP Raub calon PAS di DUN Tras

KUANTAN, 24 Apr: Bekas Naib Pengerusi DAP Raub Chin Choy Hee yang mengesahkan keluar daripada DAP dua hari lepas, dinamakan sebagai calon PAS untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Tras pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengumuman itu dibuat Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli Jabar selepas Chin mengesahkan keanggotaannya dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) hari ini.

Chin mengesahkan beliau telah keluar daripada DAP pada dua hari lalu, selepas menyertai parti itu sejak tahun 2007.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kerusi DUN yang ditandingi PAS di Pahang menjadi 41 dengan DUN Triang menjadi satu-satunya kerusi DUN yang tidak ditandingi parti itu.

Pada 19 April lalu, Rosli juga mengumumkan PAS akan bertanding di semua 14 kerusi Parlimen di Pahang.

DAP pula telah mengesahkan Chow Yu Hui akan mempertahankan DUN Tras pada pilihan raya kali ini manakala calon Barisan Nasional (BN) masih belum diputuskan.– Bernama

Monday, 23 April 2018

Nama-Nama Calon BN Selangor PRU-14

Nama-Nama Calon BN Selangor PRU-14

BERIKUT senarai calon pru14 BN Selangor:

P92 Sabak Bernam - Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh


N1 Sg Air Tawar - Rizam Ismail

N.2 Sabak - Sallehuddin Mohd. Iskan

P93 Sungai Besar - Budiman Mohd Zohdi

N3 Sg Panjang- Imran Tamrin

N4 Sekinchan - Lee Yee Yuan

P4 Hulu Selangor - Datuk P.Kamalanathan A/L P.Panchanathan

N5 Hulu Bernam - Datuk Rosni Sohar

N6 Kuala Kubu Baharu - Datuk Wong Koon Mun

N7 Batang Kali - Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan

P95 Tanjong Karang - Tan Sri Noh Omar

N8 Sg Burong - Dato Samsudin Lias

N9 Permatang - Datuk Sulaiman Abd Razak

P96 Kuala Selangor - Datuk Seri Irmohizam Ibrahim

N10 Bukit Melawati - Tuan Jakiran Jacomah

N11 Ijok - Parthiban A/L Karuppiah

N12 Jeram - Zahar Azlan Ariffin

P97 Selayang - Tuan Kang Meng Fuat

N13 Kuang - Datuk Shukor Idrus

N14 Rawang - Tuan Chan Wun Hoong

N15 Taman Templer - Dato Ir Md Nasir Ibrahim

P98 Gombak - Datuk Haji Abdul Rahim Pandak Kamarudin

N16 Sungai Tua - Datuk Rawisandran A/L Narayanan

N17 Gombak Setia - Datuk Megat Zulkarnain Omardin

N18 Hulu Kelang - Ismail Ahmad

P099 Ampang - Leong Kim Soon

N19 Bukit Antarabangsa - Salwa Yunus

N20 Lembah Jaya - Muhamad Nizam Bi Shith

P100 Pandan - Datuk Leong Kok Wee

N21 Pandan Indah - Datuk Mohd Haniff Koslan

N22 Teratai - Tuan Liew Pok Boon

P.101 Hulu Langat - Azman Ahmad

N23 Dusun Tua - Md Zin Isa

N24 Semenyih - Datuk Johan Aziz

P.102 Bangi - Dato Liew Yuen Keong

N25 Kajang - Teh Yeoh Meng

N26 Sungai Ramal - Mejar (B) Abdul Rahim Bin Mohd Amin

N27 Balakong - Lim Chin

P103 Puchong - Dato Ang Chin Tat

N28 Seri Kembangan - Chang Toong Woh

N29 Seri Serdang - Dato Mohamad Satim Diman

P104 Subang - Tan Seong Lim

N30 Kinrara - Chiew Kai Heng

N31 Subang Jaya - Mejar (B) Chong Ah Wat

P105 Petaling Jaya - Dato Chew Hian Tat

N32 Seri Setia - Datuk Yusoff Hm Haniff

N33 Taman Medan - Abdul Mutalif Abd Rahim

N34 Bukit Gasing - Chai Ko Thing

P106 Damansara - Ho Kwok Xheng

N35 Kampung Tunku - Tan Gim Tuan

N36 Bandar Utama - Ch’Ng Soo Chau

N37 Bukit Lanjan - Syed Abdul Razak Syed Al Sagoof

P107 Sungai Buloh - Pakas Rao A/L Applanaidoo

N38 Paya Jaras - Dato Zein Isma Ismail

N39 Kota Damansara - Datuk Halimaton Saadiah Bohan

P108 Shah Alam - Datuk Azhari Bin Shaari

N40 Kota Anggerik - Jumaeyah Masdi

N41 Batu Tiga - Datuk Ahmad Mua’Adzam Shah Ya’Kop

P109 Kapar - Dato Mohana Muniandy Raman

N42 Meru - Khairul Anuar Saimun

N43 Sementa - Saroni Judi

N44 Selat Kelang - Khairi Hussin

P110 Klang - Tuan Ching Eu Boon

N45 Bandar Baru Klang - Teoh Kah Yeong

N46 Pelabuhan Klang - Sheikh Rajesh Bin Sheikh Ahmad

N47 Pandamaran - Tee Hooi Ling

P111 Kota Raja - V.Gunalan A/L Velu

N48 Sentosa - Datuk Subramaniam T. Retnam

N49 Sungai Kandis - Datuk Ir Kamaruzzaman Johari

N50 Kota Kemuning - Tuan Tiew Hock Huat

P112 Kuala Langat - Sharil Sufian Hamdan

N51 Sijangkang - Datuk Sulaiman Karli

N52 Banting - Ng Siok Hwa

N53 Morib - Rozana Kamarulzaman

P113 Sepang - Dato Marsum Paing

N54 Tanjung Sepat - Dato Dr Karim Mansor

N55 Dengkil - Shahrum Dato Mohd Shariff

N56 Sungai Pelek - Dato Ng Chok Sin

Sunday, 22 April 2018

Netizen Sindir Mat Sabu Rindu PAS

Netizen Sindir Mat Sabu Rindu PAS

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu menyindir PAS dengan berkata sekarang bendera PAS pakai besi, gantung poster besar naik kren.

Beliau membuat perbandingan PAS sekarang dengan waktu beliau masih berada bersama PAS.

“Kami dulu habis bulu dada luruh panjat pokok nyior, tebang pokok buluh, tebang pokok pinang.

“Sekarang bendera PAS pakai besi, gantung poster besar naik kren.

“Kami dulu nak sewa kren macam mana? Kutip duit pun dalam plastik. Orang kata parti kopiah bergerak,” sinis beliau.

Beliau mengimbau kenangan indah berada dalam PAS itu di dalam Majlis Makan Malam Dana dan Amanat, Dewan Perdana Zafran, Kepong Kuala Lumpur.

Kenyataannya tersebut walaubagaimanapun mendapat komen-komen sinis daripada netizen.

“Tak boleh move on lagi ke AMANAH ni? Dok terkenang sana sini masa dalam PAS. Nak dekat pilihan raya, orang nak dengar apa visi AMANAH kalau dapat perintah Malaysia.

“Banyakkan cerita manifesto PH la. Bagi rakyat faham apa korang nak buat kalau menang.

“Nak jadi pemerintah, tapi gaya dan visi kekal mentaliti pembangkang.

“Bang Mat teringat keindahan masa silam ketika bersama PAS.

“Terasa nyesal tinggalkan PAS, nak kembali rasa malu pulak oleh itu, nak menyedapkan hati yang kecewa maka hari-harilah dia buat fitnah,” demikian antara komen netizen.
Generasi Reformasi Jangan Lupa Siapa Yang Kata Mahathir Menzalimi Anuar

Generasi Reformasi Jangan Lupa Siapa Yang Kata Mahathir Menzalimi Anuar

Slogan ‘Reformasi’ yang dilaungkan 20 tahun dahulu kini menimbulkan persoalan adakah Datuk Sri Anwar Ibrahim betul-betul memaafkan Tun Dr Mahathir yang pernah memfitnah dan memecatnya dari jawatan Timbalan Perdana Menteri suatu ketika dahulu?

Terbaru, DAP dilihat mengeluarkan kenyataan di laman Facebook rasminya seolah-olah cuba menjadi orang tengah mendamaikan antara Mahathir dan seteru politiknya, Anwar Ibrahim.

“Biduk lalu kiambang bertaut, begitulah adatnya. Kembali bersatu hati, menyusun gerakan, melupakan perselisihan, memaafkan kesalahan; demi masa depan negara. Kerana Malaysia milik kita bersama.

“Selepas 20 tahun saling berseteru, Tun Dr Mahathir bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saling berjabat tangan, bertukar senyuman,” tulisnya.

Menariknya Pilihan Raya kali ini menyaksikan gelombang generasi era 90 an yang membesar dengan kisah-kisah tragis antara ‘Mahathir & Anwar’ yang kebanyakannya merupakan pengundi baru dalam PRU ke 14.

Selain itu, Mahahtir juga cukup dikenali sebagai punca kezaliman ke atas Marhum Ustaz Ibrahim Libya dan anak-anak muridnya dalam peristiwa Memali pada tahun 1985, akta ISA dan isu penarikan bantuan PERKAPITA ke atas Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Selain itu, adakah anak-anak muda ini akan memberi sokongan kepada DAP salah sebuah parti komponen Pakatan Harapan yang dikenali dengan sikap sinis beberapa orang pimpinannya terhadap Islam?

Terbaru, PAS menawarkan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) dan Dokumen Hijau sebagai rangka dalam pentadbiran negara dan penyelesaian masalah ekonomi yang berteraskan penyelesaian Islam.
Mat Sabu Bertanding di Kota Raja

Mat Sabu Bertanding di Kota Raja

SHAH ALAM, 22 April : Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu akan bertanding di Parlimen Kota Raja pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Mengumumkannya dalam sidang media khas di sini hari ini, Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim turut mengumumkan Amanah akan bertanding di empat kerusi Parlimen dan 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

Pengarah Komunikasi Nasional parti itu, Khalid Abd Samad dicalonkan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Shah Alam yang disandangnya selama dua penggal ketika bersama PAS dan Mohamed Hanipa Maidin dicalonkan mempertahankan kerusi Parlimen Sepang yang dimenangi pada PRU13 juga atas tiket PAS.

Dua lagi calon Amanah yang bakal bertanding di kerusi Parlimen adalah Pengarah Strategik Nasional, Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan Naib Presiden Amanah Hasanuddin Mohd Yunus di Hulu Langat.

Dzulkefly yang bertanding di kerusi Parlimen Kuala Selangor atas tiket PAS tewas kepada calon BN Datuk Seri Irmohizam Ibrahim pada PRU13 manakala Hasanuddin yang bertanding di kerusi Parlimen Simpang Renggam, Johor, atas tiket PAS pada pilihan raya umum 2008 pula tewas kepada calon BN, Ayub Jamil.

Bagi kerusi DUN, penyandang DUN Hulu Klang Saari Sungib dan DUN Morib Hasnul Baharuddin akan mempertahankan kerusi masing-masing yang dimenangi pada PRU13 atas tiket PAS, sementara bekas Anggota Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud akan bertukar ke kerusi DUN Seri Serdang.

Tujuh muka baharu yang akan bertanding di kerusi DUN adalah Izham di Pandan Indah (nama lama Chempaka); Ahmad Mustain Othman (Sabak); Mariam Abdul Rashid (Sungai Panjang); Mohd Amran Sakir (Hulu Bernam); Mohd Sany Hamzan (Taman Templer); Mazwan Johar (Sungai Ramal) dan Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (Meru).

Ditanya langkah bertanding di kerusi Parlimen Kota Raja disebabkan ia kerusi ‘selamat’, Mat Sabu berkata ia diputuskan oleh parti : “Tidak tahu (Kota Raja) selamat atau tidak, ia bergantung kepada sokongan pengundi di situ. Yang penting kita kena bekerja kuat, kena jual diri.”

Pada PRU13, Mat Sabu yang juga bekas Timbalan Presiden PAS tewas kepada calon BN Datuk Othman Abdul di kerusi Parlimen Pendang, Kedah, dengan majoriti 2,638 undi.

–BERNAMA
BN Selangor Umum Calon Esok

BN Selangor Umum Calon Esok

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor akan mengumumkan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) esok.

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, keputusan pemilihan itu muktamad dan berharap semua ahli parti memberi sokongan kepada calon yang bakal diumumkan.

"Esok saya akan umumkan calon-calon BN Selangor jam 10 pagi di tingkat 3 Bangunan UMNO Selangor.

"Keputusan ini adalah muktamad dan kita tidak akan melayan sebarang rayuan kerana penapisan untuk menjadi calon dibuat secara teliti oleh pucuk pimpinan.

"Justeru, kita kena terus berjuang dan akur dengan keputusan tertinggi itu," katanya pada sidang media selepas Sesi Townhall bersama JPP dan JKKKP di sini, hari ini.

Kata Noh, empat Ketua UMNO Bahagian menemui beliau lebih awal untuk tidak bertanding sebaliknya mahu bekerja untuk parti.

"Ada Ketua Bahagian yang beritahu saya lebih awal, mereka hendak bekerja untuk parti dan mereka tidak berminat (bertanding).

"Mereka iaitu Ketua UMNO Bahagian Kapar, Datuk Faizal Abdullah; Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo; Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunus dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor, Datuk Ishak Harun.

"Ketua Wanita UMNO negeri, Datuk Norhayati Onn; Ketua Pemuda UMNO negeri, Zainuri Zakaria; Ketua Puteri UMNO negeri, Salbiah Saari dan Naib Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan juga datang berjumpa saya memaklumkan mereka juga tidak mahu bertanding," katanya.

Beliau menjangkakan sekurang-kurangnya enam calon wanita BN Selangor yang bakal bertanding pada pilihan raya kali ini manakala sebahagian besar penyandang juga kekal di kedudukan kerusi masing-masing.

Ketika ditanya kemungkinan berlaku sabotaj, Noh berkata, pemantauan akan dilakukan supaya tidak berlaku keadaan itu.

"Kita akan pantau sama ada mana-mana pihak akan sabotaj calon. Kita di Selangor ada pengalaman dan pernah ambil tindakan terhadap Ketua Bahagian.

"Kita akan pantau mana-mana pihak yang cuba sabotaj parti dan mengambil tindakan sekiranya terbukti calon disabotaj. Tiada tolak ansur," katanya.

Dalam pada itu, kata beliau, semua calon dari UMNO yang diumumkan juga perlu menandatangani akujanji khas supaya tidak menentang sesama mereka bagi pemilihan UMNO akan datang.

Saturday, 21 April 2018

Saman DOJ: ‘Pelik…kenapa masih tiada perbicaraan? – Arul Kanda

Saman DOJ: ‘Pelik…kenapa masih tiada perbicaraan? – Arul Kanda

HULU SELANGOR, 21 Apr: Kelewatan pendengaran kes saman terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) menunjukkan DOJ tidak mempunyai kes yang kukuh ke atas 1MDB, kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan itu Arul Kanda Kandasamy.

Beliau berkata saman pelucutan hak aset belum lagi didengar sejak sidang akhbar sensasi pada Julai 2016, dan pada Mac lepas, DOJ meminta lanjutan enam bulan lagi yang akan berakhir pada September.

“Pelik … Jika DOJ mempunyai kes yang kuat, kenapa masih tiada perbicaraan selepas dua tahun?

“Bagi saya penghakiman yang lewat, keadilan dinafikan. Jika memang ada kes yang kuat dan sah, biarkan ia didengari,” katanya kepada pemberita selepas bercakap mengenai isu 1MDB di sini malam tadi.

DOJ mendakwa dana US$4.5 bilion wang cabang pelaburan strategik itu telah disalahgunakan dari tahun 2009 hingga 2015.

Arul Kanda berkata 1MDB, sebagai sebuah syarikat, akan membantu jika ia diminta, dan tindakan undang-undang mesti diambil berdasarkan undang-undang jika ada kesalahan.

“Dan kita semua mahu mendapat gambaran dan pemahaman yang jelas mengenai hal ini,” katanya, sambil menambah bahawa 1MDB bukanlah pihak kepada tuntutan DOJ itu.

Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata 1MDB sedang berunding dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) bagi mendapatkan semula deposit jaminan US$3.5 bilion yang telah dibuat kepada Aabar Investments PJS Ltd (Aabar BVI) mengikut arahan dana kekayaan negara Abu Dhabi.

Beliau berkata tuntutan 1MDB adalah terhadap Aabar BVI, anak syarikat milik penuh Aabar Investment PJS, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh IPIC.

“Apa yang mereka lakukan (Aabar BVI) dengan wang itu, bukan dalam pengetahuan dan tanggungjawab kita, itu bukan syarikat kita.

“Sekiranya dakwaan DOJ itu betul, bahawa Aabar BVI membayar wang itu untuk membeli hartanah dan sebagainya, kita tidak boleh menuntut aset itu. Tuntutan kami terhadap Aabar BVI (bukan ke atas aset),” katanya.

Pada akhir Februari, pihak berkuasa Indonesia merampas kapal layar mewah, Equanimity, yang didakwa dikaitkan dengan Low Taek Jho, juga dikenali sebagai Jho Low, di Telok Benoa, Bali atas arahan DOJ, sebagai sebahagian daripada siasatan saman bagi merampas aset berkenaan.

DOJ mendakwa kapal layar itu dibeli menggunakan dana yang disalurkan daripada 1MDB.

Sementara itu, dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB, syarikat dana itu mengisytiharkan ia telah membayar sejumlah US$3.51 bilion kepada Aabar BVI.

Pembayaran itu termasuk US$1.367 bilion sebagai deposit jaminan bagi bon bernilai US$3.5 bilion pada 2012, US$993 bilion untuk penamatan opsyen yang diberikan kepada IPIC atau Aabar pada November 2014 dan US$855 juta dan US$295 juta lagi sebagai tambahan deposit jaminan, masing-masing pada September dan Disember 2014.
Daripada 14,940,624 Juta Pengundi 7,557,187 Wanita

Daripada 14,940,624 Juta Pengundi 7,557,187 Wanita

PILIHAN Raya Umum ke-14 (PRU-14) Selangor merekodkan jumlah pemilih berdaftar paling ramai iaitu 2,415,074 orang.

Sebanyak 2,388,614 pengundi di Selangor merupakan pemilih biasa, pengundi awal tentera, polis dan pasangan 25,462 dan pengundi tidak hadir luar negara 998 orang.

Negeri kedua yang mempunyai jumlah pemilih berdaftar paling tinggi ialah Johor dengan 1,817,999 orang.

Manakala Perak negeri ke tiga dengan rekod jumlah pemilih 1,510,864 , Sarawak dengan rekod jumlah pemilih berdaftar 1,220,960 menduduki negeri keempat. Dengan jumlah pemilih berdaftar seramai 1,146,492 Kedah berada di bawah Sarawak.

1-Selangor-2,415,074
2-Johor-1,817,999
3-Perak-1,510,864
4-Sarawak- 1,220,960
5-Kedah-1,146,492

Daftar pemilih suku keempat 2017 yang menyenaraikan 14,940,624 pengundi akan digunakan pada PRU14.

Daripada jumlah itu 7,557,187 pengundi wanita 50.58 peratus dan pengundi lelaki 7,383,437 bersamaan 49.42 perratus.-Suara Biru
Perubahan Persempadanan Semula Selangor PRU-14

Perubahan Persempadanan Semula Selangor PRU-14

SHAH ALAM: Persempadanan semula di Selangor boleh dibayangkan seolah-olah negeri ini seperti negeri baharu yang pertama kali mengadakan pilihan raya.

Apa tidaknya, Parlimen Kapar (P109) sahaja menunjukkan perubahan ketara melibatkan tiga Dun di bawahnya iaitu Dun Meru (N42), Dun Sementa (N43) dan Dun Selat Klang (N44).

Bagi Dun Meru, sebelum ini ia mempunyai 14 daerah mengundi namun selepas persempadanan semula, enam daerah mengundi dikeluarkan dan digantikan dengan lima daerah mengundi lain menyaksikan Dun Meru kehilangan 2,051 pemilih.

Daerah mengundi yang dikeluarkan adalah Kapar, Bukit Kapar Utara, Taman Klang, Jalan Meru, Bukit Kapar Selatan dan Klang Kawasan 19 manakala lima daerah mengundi baharu adalah Pekan Kapar, Batu 9 Kapar, Batu 10 Kapar, Sungai Kapar Indah serta Taman Kapar Indah.

Dun Sementa yang sebelum ini mempunyai 17 daerah mengundi mengalami perubahan melibatkan tujuh daerah mengundi dikeluarkan dan ditambah dengan lapan daerah mengundi lain.

Tujuh daerah mengundi tersebut ialah Kapar, Bukit Kapar Utara, Bukit Kapar Selatan, Kampung Sungai Pinang, Rantau Panjang, Kampung Batu Tiga, Teluk Kapas dan lapan daerah lain yang dimasukkan ke Dun Sementa adalah Pekan Kapar, Batu 9 Kapar, Bandar Sultan Sulaiman, Taman Klang, Utama 1, Taman Kapar Indah, Batu 10 Kapar, Sungai Kapar Indah, Taman Klang Utama 2 menyebabkan Dun Sementa hilang 4,248 pemilih.

Sama keadaannya di Dun Selat Klang (N44), PRU kali ini menyaksikan satu daerah mengundi ditambah menjadikan bilangan keseluruhannya 16 daerah mengundi dan kesannya, Selat Klang kehilangan 85 pemilih.

Dua daerah mengundi yang dikeluarkan itu adalah Sungai Bertih Selatan yang mempunyai 4,478 pemilih dan Sungai Bertih Utara (4,050 pemilih) manakala tiga daerah mengundi yang dimasukkan ke dalam Dun Sementa adalah Bandar Sultan Sulaiman (3,390 pemilih), Kampung Raja Uda Timur (3,693 pemilih) dan Kampung Raja Uda Barat (1,360 pemilih).

Dun Bandar Baru Klang (nama asal Dun Sungai Pinang) yang sebelum ini di dalam Parlimen Kapar pula dipindahkan ke Parlimen Klang (P110).

Ketara di sini, persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tiga kawasan parlimen itu berkait rapat antara satu sama lain.

Malah parlimen lain seperti Subang, Shah Alam, Petaling Jaya, Bangi turut terkena tempias yang ketara disebabkan persempadanan semula.

Parlimen Subang (nama asal Puchong) sahaja menyaksikan pertambahan banyak daerah mengundi.

Dun Kinrara, pertambahan 13 daerah mengundi iaitu Batu 13 Puchong (3,029), Bandar Kinrara Seksyen 1 (2,054), Pusat Bandar Puchong (4,866), Bandar Kinrara Seksyen 2 (1,473), Bandar Kinrara Seksyen 3 (906), Bandar Kinrara Seksyen 4 (2,001), Bandar Kinrara Seksyen 5 (4,902) Bandar Puteri (3,373), Puchong Indah 1 (2,800), Puchong Perdana 1 (1,756), Puchong Perdana 2 (3,439), Puchong Indah 2 (1,525) dan Puchong Intan (1,814).

Manakala dua daerah mengundi di Dun Kinrara iaitu USJ 16 hingga 22 (3,372) dipindahkan ke Dun Subang Jaya menakala Kampung Batu 13 (3,205) ke Dun Seri Serdang.

Bagi Parlimen Sungai Buloh (nama asal Parlimen Subang) menyaksikan perpindahan lima daerah mengundi Dun Paya Jaras (N38) iaitu Sungai Buloh (2,714), Desa Aman Puri (4,993), Taman Ehsan Jalan 2 (2,313), Taman Ehsan Jalan 4 (2,445) dan Taman Ehsan Jalan 5 (2,306) dipindahkan Ke N37 Bukit Lanjan.

Manakala berlaku pertambahan daerah mengundi bagi Dun Paya Jaras dengan kemasukan Taman Saujana Utama (3,117) dari Dun Jeram (N12).

Bagi Parlimen Shah Alam (P108) menyaksikan pertukaran beberapa daerah mengundi iaitu bagi Dun Kota Anggerik (N40) dua daerah mengundi Bandar Baru Klang (732), Taman Berkeley (3,765) dipindahkan ke Dun Bandar Baru Klang (N45) dan Taman TTDI Jaya (4,646) dipindahkan ke Dun Seri Setia (N32).

Manakala bagi daerah mengundi Shah Alam S18 Barat 1 (2,629), Shah Alam S18 Timur (2,921) dan Shah Alam S18 Barat 2 (2,541) dipindahkan ke Dun Batu Tiga (N41).

Bagi Dun Batu Tiga turut menyaksikan perpindahan keluar dua daerah mengundi iaitu Shah Alam S26 (1,280) ke Dun Kota Ke-muning (N50) dan Bukit Kuda (3,011) ke Dun Bandar Baru Klang (N45).
Jika diimbas melalui keputusan PRU13 lalu, BN hanya memenangi 12 kerusi Dun daripada 56 kerusi yang dipertandingkan dan adakah dengan persempadan semula ini boleh memberi kelebihan kepada BN untuk kembali merampas Selangor?

Ataupun Pakatan Harapan terus kekal memerintah negeri kaya raya ini buat penggal ketiga?

Sama seperti di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga turut terkesan dengan persempadanan semula.

Parlimen Lembah Pantai (P121) menyaksikan tiga daerah mengundi dipindahkan iaitu Kampong Bahagia dengan 3,678 bilangan pemilih dan Kampong Bohol (1,154) dipindahkan ke Parlimen Seputeh (P122).

Manakala daerah mengundi Jalan Tun Sambanthan (2,031) dipindahkan ke Parlimen Bukit Bintang P.120.

Parlimen Lembah Pantai turut menyaksikan pertambahan daerah mengundi iaitu Tarik Perdana dengan 6,598 bilangan pemilih. - Sinar Online

Radhi akui ‘underdog’, tak serang peribadi Mahfuz

Radhi akui ‘underdog’, tak serang peribadi Mahfuz

ALOR STAR, 21 April — Calon PAS Pokok Sena tidak akan sesekali menyerang peribadi Datuk Mahfuz Omar dalam perebutan kerusi Parlimen itu.

Menganggap dirinya sebagai “underdog”, Radhi Mat Din mengakui bekas bosnya itu lebih popular pada peringkat nasional.

Namun, anak jati Pokok Sena itu tidak mahu menggunakan menyerang secara peribadi termasuk memaki dan melempar kata kesat kepada penyandang kerusi Parlimen itu.

“Kita tidak boleh memaki hamun dan menuduh pihak lawan dengan macam-macam tuduhan,” kata bekas kapten bola sepak pasukan Kedah, lapor Harian Metro.

“Jika dihina, dituduh atau difitnah, kita tidak boleh ikut jejak sama, kita kena lawan dengan cara bijaksana dan berilmu.”

Namun, Radhi kesal kerana lawannya pernah “bercuti panjang” ketika masih dalam PAS dan menggunakan kesempatan itu untuk membantu Parti Amanah Negara (Amanah).

“Bagi kami (PAS), adanya beliau tidak menambah, tidak mengurang,” katanya.

Friday, 20 April 2018

 Ahmad Dusuki Abd Rani Calon Kota Anggrik Shah Alam

Ahmad Dusuki Abd Rani Calon Kota Anggrik Shah Alam

SHAH ALAM: Keputusan PAS Selangor menampilkan tiga personaliti televisyen yang juga penceramah dikenali ramai membuktikan parti itu serius menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ia dilihat antara strategi menarik parti itu apabila menyedari pengaruh calon mungkin memainkan peranan penting apabila PRU kali ini dijangka menyaksikan banyak pertandingan tiga penjuru atau lebih.

Pemilihan Mohd Zamri Mohd Zalnudin, 39, atau lebih dikenali sebagai 'Ustaz Zamri Mantop' adalah antara muka baharu yang diketengahkan PAS pada PRU kali ini.

Beliau yang sebelum ini hos rancangan 'Mari Mengaji' terbitan TV9 akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong.

Zamri yang juga anak jati kawasan itu adalah Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor dan Yang Dipertua PAS Tanjung Karang, dijangka berdepan saingan sengit daripada Barisan Nasional (BN).

Kali terakhir PAS memenangi DUN Sungai Burong adalah pada 1999 menerusi pakar motivasi, Datuk Dr Hassan Ali namun tewas semula kepada BN pada 2004.

Menerusi pengumuman Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi semalam, seorang lagi bekas hos rancangan terbitan Astro Oasis, Nushi Mahfodz, 43, akan mewakili parti itu di Parlimen Bangi.

Pengaruh Nushi dilihat antara tawaran terbaik dikemukakan PAS bagi kerusi Parlimen yang majoritinya pengundi Melayu.

Namun, penceramah terkenal yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Selangor, Ahmad Dusuki Abd Rani, 42, yang disebut-sebut akan bertanding bagi Parlimen Shah Alam hanya bakal dipertaruhkan di kerusi DUN Kota Anggerik.

Beliau dijangka berdepan penyandang DUN berkenaan, Yaakob Sapari dari PKR selain calon BN.

Ahmad Dusuki yang sering muncul menerusi kuliah agama di Astro Oasis sebelum ini berdepan kontroversi berikutan tauliah mengajar kuliah agama digantung oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Bagi kerusi Parlimen Shah Alam, PAS mempertaruhkan Pengarah Penyelidikan PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki dan bakal berdepan penyandang dari Parti Amanah Negara (PAN) Khalid Samad serta calon dari BN.

Sebanyak 47 kerusi DUN dan 20 kerusi Parlimen di Selangor bakal diwakili PAS pada PRU-14 ini.
Setakat Ini Empat Penjuru di Bagan Datuk

Setakat Ini Empat Penjuru di Bagan Datuk

BAGAN DATUK, 20 April : Persaingan bagi merebut kerusi Parlimen Bagan Datuk yang disandang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada Barisan Nasional (BN) dijangka sengit apabila menyaksikan pertandingan sekurang-kurangnya empat penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.
Sehingga kini, seorang calon Bebas iaitu Raja Bomoh atau nama sebenarnya Datuk Ibrahim Mat Zin, 68, telah mengumumkan hasratnya untuk bertanding di Parlimen itu dalam satu sidang media di Ipoh, 17 April lalu.

Presiden Persatuan Seni Silat Gayung Ghaib Malaysia itu akan bertanding di tempat kelahirannya bagi menunaikan hasrat penyokongnya 10 tahun lalu untuk menjadi wakil rakyat sekali gus membela nasib rakyat.

Malah di pihak Pakatan Harapan sudah mengesahkan akan bertanding di kerusi Parlimen Bagan Datuk yang akan diwakili calon PKR yang akan diumumkan namanya dalam masa terdekat.

Blok ketiga pembangkang, Gagasan Sejahtera pula mengumumkan ketua penerangan PAS di Bagan Datuk, Ata Abdul Muneim Hasan Adli sebagai calon bertanding di kerusi Parlimen Bagan Datuk.

Gagasan Sejahtera ialah gabungan parti-parti pembangkang terdiri daripada PAS, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Sehingga kini, BN masih belum mengumumkan calon di kawasan itu yang disandang Ahmad Zahid selaku Timbalan Perdana Menteri yang menang dengan majoriti 2,108 undi pada pertemuan satu lawan satu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Beliau mendapat 17,176 undi menewaskan calon PKR Mahdi Hasan 15,068 undi.

Ahmad Zahid sudah lima penggal menjadi Anggota Parlimen Bagan Datuk sejak memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 1995.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian PRU14 pada 9 Mei manakala penamaan calon pada 28 April.

— BERNAMA
PAN Atau PAS Yang Akan Dihukum

PAN Atau PAS Yang Akan Dihukum

Presiden PAN, Mohamad Sabu diingatkan supaya tunggu dan lihat sama ada parti beliau (PAN) atau PAS yang akan ditolak serta dihukum oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, PAN sepatutnya sedar diri dengan kemampuan sendiri kerana parti serpihan itu sebenar langsung tidak berfungsi dalam gabungan pembangkang PKR.

Soal Idris, adakah PAN sedar, mereka bukan sahaja diberikan kerusi paling sedikit oleh gabungan pembangkang PKR, tetapi turut diletakkan di kawasan tidak selamat berbanding parti-parti lain.

“Kita tengoklah pilihan raya nanti, siapa yang rakyat hendak hukum PAS atau PAN itu sendiri.

“Kalau kita tengok, kerusi mana sahaja yang PAN selamat. Kerusi yang peluang untuk mereka menang antara 60 hingga 70 peratus juga langsung tidak ada. Sedarkah PAN langsung tidak berfungsi dalam Pakatan Harapan,” katanya.

Dalam satu ceramah gabungan pembangkang PKR di Bulatan Lapangan Terbang Padang Mat Sirat, Langkawi Kedah, Ahad lalu, Mohamad Sabu mengajak penyokong serta ahli PAS menghukum parti Islam itu dalam PRU-14.

Dalam masa sama, Mohamad Sabu turut menuduh pemimpin-pemimpin tertinggi PAS telah dibeli oleh UMNO iaitu skrip sama yang sentiasa diulang di setiap ceramah-ceramah beliau.
Guru wanita disamun depan 40 pelajar dalam kelas

Guru wanita disamun depan 40 pelajar dalam kelas

PUCHONG, 20 April ― Seorang guru wanita disamun ketika mengajar dalam kelas di sebuah sekolah di Puchong Indah, di sini semalam.

Beg tangan mangsa, 30 tahun, dilarikan seorang lelaki di depan 40 pelajar ketika suspek pura-pura bertanya lokasi kelas lain, lapor Harian Metro.

“Sebaik mangsa hendak menunjukkan lokasi kelas yang ditanya, suspek terus menarik beg tangan mangsa di atas meja,” kata ketua polis daerah Subang Jaya.

ACP Mohamad Azlin Sadari berkata mangsa terjatuh ketika cuba mengelakkan beg tangannya dilarikan dan cedera di lutut kanan dalam kejadian jam 5.20 petang.

Beg tangan itu mengandungi wang tunai dan dokumen peribadi. Kes disiasat bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.
Pegawai MB bertanding, cuba kukuhkan Azmin di Gombak

Pegawai MB bertanding, cuba kukuhkan Azmin di Gombak

PETALING JAYA, 20 April — Seorang pegawai menteri besar Selangor bakal dicalonkan di kerusi negeri bagi memantapkan parlimen Gombak.

Muhammad Hilman Idham disebut-disebut akan diletakkan di Gombak Setia, kerusi bekas sekutu PKR yang bakal dipertahan Hasbullah Mohd Ridzwan.

Diumumkan oleh PAS malam tadi, ustaz itu mendapat 1,681 undi pada 2013.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dijangka kekal di Gombak, parlimen yang dimenanginya dengan 4,734 undi berbanding 6,867 pada 2008.

Muhammad Hilman, bekas aktivis mahasiswa, dijangka bergabung dengan Amirudin Shari, exco negeri yang menyandang Sungai Tua (dulu Batu Caves).

Dijangka mengekalkan kerusinya itu, Amirudin meraih majoriti 3,261 undi.

Dianggap kubu kuat PAS, Gombak bakal menyaksikan pertembungan antara Azmin dengan pemimpin nombor dua Pemuda PAS Khairil Nizam Khirudin.

Tanggapan popular kerusi ini tidak selamat untuk timbalan presiden PKR sehingga beliau diura-ura berpindah kerusi parlimen lain.

Namun sumber PKR percaya kawasan ini “dekat dengan Azmin”, yang dibesarkan di Hulu Kelang, kerusi negeri yang pernah diwakili pada 1999.

“Apabila menjadi menteri besar, Gombak antara daerah yang menerima limpahan pembangunan hasil daripada kepimpinannya yang peduli rakyat.

“Jadi kami cukup yakin, rakyat Gombak akan menobatkan Pakatan Harapan sekali lagi dalam pilihan raya kali ini,” kata sumber kepada ProjekMMO.

Ditanya tentang pengagihan kerusi lain, sumber menyatakan beberapa kerusi masih dibincangkan dan dimuktamadkan sebelum pengumuman rasmi Isnin ini.

Selain PKR dan PAS, calon Barisan Nasional Datuk Megat Zulkarnain Omar Din, anak arwah guru silat terkenal, diura-ura menyertai persaingan ini.

Namun belum dapat dipastikan sama ada di parlimen atau kerusi negeri. BN belum mengumumkan calon-calonnya.

Hulu Kelang pula dijangka dipertahan oleh Saari Sungib, wakil PAS yang menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), yang menang dengan 2,881 undi.

Amirudin dan Saari masing-masing akan bersaing dengan calon PAS Mohammad Ibrahim dan Kamalulhysham Mohd Suhut dalam persaingan minima tiga penjuru.

Majoriti timbalan ketua PKR cabang itu merosot sedikit daripada 3,639 undi pada 2008, sementara undi Saari meningkat sedikit daripada 2,134 undi.

Muhammad Hilman enggan mengulas ketika dihubungi tadi tetapi Facebook Gombak Kita Setia menunjukkan beliau terlibat aktif di sana.

Bertanding kali pertama, beliau dijangka terpaksa bekerja keras untuk merampas kerusi tersebut, yang dipegang PAS sejak 2008.

Waktu itu pakar motivasi Hassan Mohamed Ali menang dengan kelebihan 2,797 undi, lebih 1,000 daripada yang dicapai Hasbullah.

Kerusi ini dimenangi PAS kali pertama pada 1999, susulan isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sementara Azmin memenangi kerusi Hulu Kelang.

Susulan persempadanan semula, calon PAS waktu itu ustaz Datuk Ismail Kamus gagal mempertahankan kerusi tersebut pada pilihan raya 2004.

Bagi kerusi Gombak, pemimpin PAS waktu itu Dr Mohd Hatta Ramli gagal menawannya pada 1999 apabila tewas dengan majoriti tipis 803 undi sahaja.

Kini menyertai Amanah dan bertanding di parlimen Lumut, beliau mencuba lagi pada 2004 tetapi tewas lebih besar, 13,207 undi.

Selain Muhammad Hilman, PKR Selangor dijangka meletak beberapa lagi calon muda. Pengumuman dijadual dibuat di stadium Kuala Selangor.

Ia akan disertai semua pemimpin atasan Pakatan Harapan, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu.
PM sasar tiga juta peluang kerja pendapatan tinggi

PM sasar tiga juta peluang kerja pendapatan tinggi

KUALA LUMPUR, 20 April — Program MyApprenticeship akan menyediakan satu juta peluang pekerjaan tambahan kepada rakyat Malaysia, kata perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Semasa melancarkan program perantisan itu hari ini, beliau berkata ia menyediakan peluang perantisan di sektor awam dan swasta sehingga 2019 serta menyasarkan golongan wanita dan belia di negara ini.

Beliau berkata program itu diputuskan dalam mesyuarat Lautan Strategi Biru Kebangsaan (NBOS) pada 22 Februari lepas dengan Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kewangan bertindak sebagai peneraju program berkenaan.

Najib yang juga menteri kewangan berkata kerajaan turut komited untuk mewujudkan tiga juta peluang pekerjaan baharu khususnya yang berpendapatan tinggi dalam tempoh lima tahun akan datang menerusi AkuJanji Ketiga dalam Manifesto Kerajaan Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Ini adalah strategi kerajaan secara menyeluruh yang bersandarkan kepada pencapaian kita sejak 2010. Kita telah berjaya menyediakan 2.26 juta peluang pekerjaan,” katanya ketika berucap pada program MyApprenticeship di sini.

Najib berkata program itu, yang merupakan cetusan ideanya, merupakan satu agenda besar negara untuk melahirkan tenaga kerja mahir lagi kompeten dalam pelbagai bidang serta jaminan pekerjaan yang menjanjikan pendapatan lebih tinggi.

“Program ini menggambarkan usaha komprehensif serta pemerkasaan modal insan bagi menjamin peluang pekerjaan dan latihan secara menyeluruh serta inklusif. Ini akan menyediakan kemahiran pekerjaan sesuai dengan keperluan masa kini dan akan datang dalam konteks industri revolusi 4.0,” kata beliau.

Bagi menjayakan program MyApprenticeship, Najib berkata kerajaan perlu mewujudkan jalinan kerjasama erat antara sektor awam, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta dalam menyediakan peluang perantisan melalui satu sistem latihan yang sistematik.

Kerajaan juga bersetuju untuk memberi potongan cukai berganda kepada semua syarikat yang terlibat dalam merealisasikan program MyApprenticeship sebagai insentif, kata beliau.

Pada majlis itu yang dihadiri kira-kira 6,000 belia, perdana menteri turut melancarkan portal MyApprentinceship bagi memudahkan capaian kepada maklumat, pendaftaran, hebahan, carian dan padanan program perantisan di antara penyedia latihan.

“Portal ini bertindak sebagai Platform Sehenti bagi menyediakan maklumat mengenai peluang perantisan, peluang pekerjaan termasuk memadankan program perantisan dengan majikan yang bersesuaian mengikut bidang pekerjaan,” kata Najib.

Beliau juga menyaksikan pertukaran 18 dokumen kerjasama dan memorandum persefahaman yang melibatkan agensi kerajaan dengan pihak swasta yang menyediakan 3,000 tempat skim perantisan.

Antara syarikat swasta itu ialah AirAsia Bhd, Malindo Airways Sdn Bhd, Gamuda Bhd, Brahim's Sats Food Services Sdn Bhd, Eco World Development Group Bhd, Western Digital (M) Sdn Bhd dan 7-11 Malaysia Sdn Bhd.

Program sehari ini turut membabitkan 73 ruang pameran merangkumi pameran kerjaya, peluang perantisan, proses temuduga terbuka untuk mengisi kekosongan jawatan, seminar mengenai IR4.0 dan ceramah. — Bernama
Dr. Mahathir Pilih Langkawi Kerana Takut Ditolak Di Kubang Pasu

Dr. Mahathir Pilih Langkawi Kerana Takut Ditolak Di Kubang Pasu

PAS berpandangan keputusan Tun Dr. Mahathir Mohamad memilih Parlimen Langkawi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah disebabkan beliau takut ditolak oleh pengundi di Kubang Pasu.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, di atas kebimbangan tersebut, Dr. Mahathir akhirnya memilih kawasan yang dilihat lebih selamat meskipun Kubang Pasu adalah kawasan tradisi beliau yang ditandingi sejak 1974 lagi.

Bagaimanapun katanya, terserah kepada rakyat untuk menilai sendiri sikap bekas Pengerusi PPBM itu sebelum memilihnya pada pilihan raya nanti.

“Dia (Dr. Mahathir) memilih Langkawi kerana tidak yakinlah bertanding di Kubang Pasu, tempat dia sendiri. Apa-apa pun, itu hak dia, kita tidak mahu pertikai,” katanya ketika ditemui selepas program soal jawab ‘anda tanya PAS jawab’ di Guar Sanji, Perlis.

Beliau diminta mengulas pengumuman Dr. Mahathir untuk bertanding di Parlimen Langkawi sekali gus mungkin akan tersenarai sebagai calon tertua dalam PRU-14.

Pencalonan ahli politik berusia 93 tahun itu sememangnya sudah dijangka bagi membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri sementara jika gabungan pembangkang PKR itu memenangi PRU-14.
Sejauh mana faktor Mahathir, Mukhriz di Kedah ?

Sejauh mana faktor Mahathir, Mukhriz di Kedah ?

ALOR SETAR, 20 April : Pengaruh Timbalan Presiden PBBM Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak cukup kuat di Kedah untuk menggoyahkan pendirian pengundi yang menyokong Barisan Nasional khususnya di kawasan luar bandar, kata Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek.


Pengaruhnya sebagai bekas menteri besar dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini bukanlah kegusaran kepada BN kerana beliau menang mudah pun pada PRU13 hanya semata-mata tiket BN.

Kali ini beliau akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Jitra di kawasan Parlimen Kubang Pasu dan kerusi Parlimen Jerlun atas tiket pembangkang, tentunya amat berbeza, katanya.

Adakah faktor Mukhriz di Jitra dalam kubu kuat Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad selama tiga dekad sejak 1974 di kawasan Parlimen Kubang Pasu ketika Tun bersama UMNO mampu menggugat pendirian penyokong BN dan beralih arah?

Abdul Halim berkata rakyat negeri ini sedia maklum kelebihan Mukhriz ketika dalam UMNO semata-mata atas tiket beliau sebagai anak kepada bekas perdana menteri yang memimpin selama 22 tahun.

Kemungkinan Mukhriz kalah di Kedah pada PRU14 ini besar kerana beliau tidak pernah aktif berkhidmat sebagai wakil rakyat di Kedah, katanya.

“Walaupun menang pada PRU13 dan menjadi Menteri Besar, dia (Mukhriz) dipilih bukan sebab ada kredibiliti, tetapi sebab BN dan orang ramai marah dengan PAS yang bergabung dengan pakatan pembangkang ketika itu ,” katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas peluang dan pengaruh Mukhriz pada PRU14 yang akan berlangsung 9 Mei .

“Faktor Tun Mahathir dan Mukhriz ini jugalah yang memecahkan UMNO negeri…

Abdul Halim berkata UMNO dan BN kini lebih bertaut kukuh selepas Dr Mahathir dan Mukhriz tidak lagi berjuang bersama BN yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

“Faktor Tun Mahathir dan Mukhriz ini jugalah yang memecahkan UMNO negeri… sedangkan ada lagi calon lebih layak dan berpengalaman untuk menjadi Menteri Besar ketika itu.

Akhirnya sewaktu memimpin Kedah, Mukhriz tidak jadikan negeri itu sebagai ‘rumahnya’ dan gagal menyentuh kemahuan dan keperluan rakyat,” katanya yang yakin peluang UMNO dan BN di Kedah menang khususnya di kawasan Parlimen Kubang Pasu tetap cerah.

Sementara itu, anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra, Datuk Aminuddin Omar berkata UMNO dan BN sentiasa berpegang kepada prinsip beristiqomah dalam perjuangan serta ketaatsetiaan yang menguatkan lagi parti.

“Berdepan dengan siapa pun calon lawan bukanlah soalnya, kerana saya yakin jentera parti akan bersama menggerakkan serta memperjuangkan kemenangan calon BN. Siapa juga lawan kita (BN) akan sedia berdepan, tidak kira kawan atau lawan, kejayaan parti itu lebih utama.

“Saya yakin rakyat melihat siapa yang benar-benar menjadi wakil rakyat dan bekerja untuk mereka. Rakyat di setiap kawasan cukup tahu akan hakikat ini,” katanya yang yakin mana-mana calon diketengahkan BN, akan sentiasa bersedia berdepan bekas “menteri besar itu.

Aminuddin turut mengingatkan para penyandang atau mereka yang tidak tercalon pada PRU14 untuk terus konsisten dalam perjuangan parti yang jelas dengan matlamat membangunkan negara dan melihat anak bangsa terus maju.

“Semangat kesetiaan dan kebersatuan dalam menjaga parti itu perlu diutamakan sebagai mendukung tampuk kepimpinan, kerana mereka lebih tahu siapa calon yang betul-betul mempunyai kredibiliti untuk diketengahkan. Janganlah kita sabotaj parti sekiranya tidak dipilih.

“Usahlah mengikut kehendak hati kita sahaja. Kalau hari ini kita tidak dipilih mungkin pada masa yang lain kita akan dipilih… kalau masa kita terpilih orang rela bekerja untuk kita, maka apabila orang lain pula terpilih kita perlu bersedia bekerja untuk orang itu pula,” jelasnya. — BERNAMA
Manifesto BN Kelantan Cetusan Idea Rakyat

Manifesto BN Kelantan Cetusan Idea Rakyat

Barisan Nasional (BN) Kelantan menyenaraikan tujuh jaminan utama di dalam manifesto PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) yang merangkumi 60 perkara untuk negeri itu dan masa hadapannya.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ia merupakan satu agenda pembangunan seimbang dari aspek duniawi dan ukhrawi, yang akan dilaksanakan menerusi pendekatan berteraskan Maqasid Syariah.

“Segala cetusan idea dan keluhan rakyat yang didengari kita terjemahkan ke dalam pelan komprehensif yang terkandung dalam Manifesto PRU14 BN Kelantan ini,” katanya semasa berucap dalam majlis pelancaran Manifesto PRU14 BN Kelantan di Kota Bharu, malam ini.

Mustapa berkata, tujuh jaminan itu ialah memartabatkan syariat dan syiar Islam, membangun ekonomi mapan, mengutamakan kebajikan rakyat, memperkasakan belia, menambahbaik infrastruktur, melestarikan alam sekitar dan membela kaum minoriti.

Beliau berkata, kerajaan BN percaya mampu merealisasikan tawaran tersebut dengan sebaik mungkin sekiranya diberi mandat mentadbir negeri itu pada PRU14 nanti.

Katanya, Kelantan memerlukan satu transformasi yang radikal justeru, seluruh rakyat negeri ini perlu bangkit memberi sokongan kepada BN dalam usaha merealisasikan pelan hala tuju pembangunan demi Kelantan.

“Saya berikrar bahawa seandainya BN membentuk kerajaan negeri yang baharu nanti, kita akan amalkan pendekatan yang terbuka. Niat kami cuma satu, untuk membangunkan Kelantan yang tercinta,” katanya.

Mustapa memberitahu, satu Majlis Perundingan akan ditubuhkan sebagai platform bagi menghimpunkan golongan profesional, cendekiawan dan agamawan untuk mencetuskan idea-idea terbaik bagi menjadikan Kelantan sebuah negeri yang terbilang.

Dalam pada itu, beliau menyelar tohmahan sesetengah pihak kononnya Islam akan terpinggir dan dipijak sekiranya BN berkuasa di negeri ini.

“Walhal Kerajaan BN lah selama ini yang mengetengahkan konsep wasatiyah dalam menegakkan syariat dan syiar Islam, sehingga Malaysia dikenali di mata dunia sebagai model negara Islam progresif,” katanya.
Di Selangor, PKR dapat 21 kerusi DUN

Di Selangor, PKR dapat 21 kerusi DUN

BANTING, 20 April : Seperti dijangka, PKR mendominasi agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pakatan pembangkang Selangor yang akan ditandingi pada pilihan raya umum ke-14, dengan diperuntukkan 21 kerusi.
Parti gabungan dalam pakatan itu iaitu DAP pula diberi 16 kerusi; Amanah sebanyak 10 kerusi manakala PPBM mendapat sembilan kerusi.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Selangor, Dr Xavier Jayakumar ketika ditemui pemberita pada majlis pecah tanah bangunan baharu Majlis Daerah Kuala Langat, di sini hari ini, yang disempurnakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurut Xavier, calon-calon akan diumum dalam masa terdekat.

Sebelum ini, PH Selangor dilapor menyatakan agihan kerusi akan diumum sebelum pembubaran Parlimen namun ia tertangguh beberapa kali susulan wujudnya ketidaksepakatan antara kepimpinan pakatan itu berhubung perkara berkenaan.

Antara punca yang didakwa menyebabkan kelewatan PH memuktamadkan agihan tersebut adalah kerana PPBM dilapor bertegas mahu bertanding di 12 kerusi DUN yang disandang Barisan Nasional (BN).

Selangor mempunyai 56 kawasan DUN dengan DAP dan PKR masing-masing menguasai 14 kerusi, PAS dan BN masing-masing 12 kerusi serta Amanah dan Bebas masing-masing dua kerusi.
Tiada tekanan untuk umum calon BN di Melaka – Idris Haron

Tiada tekanan untuk umum calon BN di Melaka – Idris Haron

MELAKA, 20 April : Barisan Nasional (BN) Melaka tidak mahu memberi tekanan terhadap pucuk kepimpinan tertinggi parti dalam soal pemilihan calon BN di Melaka bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dan menyerahkan sepenuhnya kepada Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata beliau percaya pihak kepimpinan tertinggi parti masih lagi mencari calon yang terbaik bagi mewakili parti pada PRU14 dan pihaknya akan mengumumkan senarai calon BN di Melaka selepas mendapat arahan daripada Najib yang juga Perdana Menteri.

“Belum sampai masanya, saya tidak boleh bagi tarikh yang tepat untuk umumkan calon yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dan tidak ada tekanan seperti mesti umumkan… Saya yakin ikut pengalaman lalu dalam tempoh lima hingga tujuh hari sebelum penamaan calon,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran 1 Masjid 1 Polis di Ayer Keroh di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Jalil Hassan.

Semalam, Timbalan Pengerusi BN yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata BN negeri-negeri akan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen dan DUN masing-masing pada PRU14, bila-bila masa dari sekarang.



Ahmad Zahid berkata Perdana Menteri selaku Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi kuasa kepada semua pengerusi BN negeri untuk mengumumkan calon masing-masing.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRU14 pada 9 Mei, tarikh penamaan calon pada 28 April, manakala tarikh pengundian awal pada 5 Mei.

Sementara itu, mengulas mengenai calon PAS Melaka yang diumumkan malam tadi Idris yang juga Pengerusi BN Melaka berkata negeri ini sentiasa mengamalkan demokrasi tulen dan pihaknya tidak menghalang mana-mana parti atau anggota bebas untuk bertanding pada PRU14 kerana memberi peluang kepada rakyat untuk memilih.

“Saya anggap PRU14 kali ini mungkin meriah dan kita akan dapat lihat banyak calon yang masing-masing mempunyai peluang untuk buktikan kebolehan dan keupayaan serta kaedah tersendiri untuk memenangi hati rakyat. Namun di Melaka, BN tetap menjadi pililihan rakyat,” katanya.

Malam tadi Pesuruhjaya Pas Melaka, Kamarudin Sidek mengumumkan PAS Melaka bakal bertanding di lima kerusi parlimen dan 24 kerusi DUN di negeri ini pada PRU14.

— BERNAMA
Rais Yatim jangan kacau kerja KP ROS – Nazri

Rais Yatim jangan kacau kerja KP ROS – Nazri

KUALA LUMPUR, 20 Apr: Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Nazri Abdul Aziz membidas Tan Sri Rais Yatim yang membangkitkan isu kesahihan parti itu.

Malaysiakini dipetik berkata, Nazri berkata, Rais tidak perlu masuk campur memandangkan soal itu bawah bidang tugas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

ROS sudah membuat keputusan berhubung penangguhan pemilihan Umno berdasarkan peruntukan sedia ada, katanya lagi.

“Sejak bila Rais jadi ketua pengarah (ROS)? Selepas ini dia boleh memohon untuk jadi ketua pengarah secara kontrak, biar dia buat kerja kalau dia rasa (ada perkara) tidak betul.

“Bagi Bagi saya tak perlu kacau kerja ketua pengarah ROS. Biarkan dia buat kerjanya dan jangan ada tekanan daripada mana-mana pihak,” katanya.

Semalam, Rais yang merupakan tokoh veteran Umno menggesa MT parti itu mendapatkan pengisythiran mahkamah sama ada penangguhan dua kali pemilihan Umno sah atau tidak.

Beliau mengakui gesaannya itu pasti mencetuskan kritikan daripada sesetengah pihak, tetapi meminta mereka membaca Fasal 10 Perlembagaan Umno dan Seksyen 13 dan 14 Akta Pertubuhan 1966 yang menyentuh soal pembatalan dan penggantungan persatuan.

Menurut Fasal 9.3 perlembagaan Umno, Majlis Tertinggi hendaklah dipilih setiap tiga tahun, dengan lanjutan tambahan 18 bulan dibenarkan di bawah Fasal 10.16.
Umno membuat pemilihan parti terakhir pada 19 Oktober 2013.

Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum ini berkata ROS telah memberikan kelulusan kepada parti itu untuk menangguhkan pemilihan sehingga 19 April 2019.

Image result for nazri aziz
Nazri Aziz

Hari ini seramai 16 anggota Umno memfailkan permohonan di mahkamah untuk mencabar kesahihan Umno kerana menangguhkan pemilihan parti itu.

Difahamkan permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Anggota Umno berkenaan diwakili peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla.

Mohd Haniff juga bertindak bagi pihak bekas presiden Umno dan pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Terdahulu dalam tulisan di blog, Mohd Haniff berkata Umno harus mematuhi nasihat veteran parti itu Tan Sri Rais Yatim supaya mendapatkan pengisytiharan mahkamah sama ada tindakan parti itu menangguhkan pemilihannya adalah sah.

“Oleh itu, jika pada bila-bila masa, mana-mana anggota Umno memutuskan untuk memfailkan tindakan mahkamah untuk menyelesaikan krisis perlembagaan parti, maka Umno tidak mempunyai hak untuk menyalahkan anggota atas kecuaian dan kegagalan kepimpinan parti untuk membawa perkara itu ke mahkamah,” katanya.

Google+ Followers