Thursday, 5 April 2018

Akhirnya PPBM Lebur Dibumi Malaysia

SHARE
PUTRAJAYA, 5 Apr: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) hari ini mengeluarkan perintah pembubaran sementara terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), memberikannya tempoh 30 hari untuk melengkapkan butiran yang diperlukan atau berdepan pembubaran.

Ketua Pengarah RoS Surayati Ibrahim berkata perintah itu dikeluarkan mengikut Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan 1966.

Katanya PPBM tidak dibenarkan menggunakan nama, logo dan melaksanakan aktiviti berkaitan parti dalam tempoh 30 hari pembubaran sementara itu.

Surayati berkata pembubaran sementara itu dikeluarkan susulan kegagalan PPBM menyerahkan dengan sepenuhnya segala butir-butir maklumat dan dokumen-dokumen yang diminta menerusi notis statutori di bawah Seksyen 14 (2) yang dikeluarkan kepada parti itu pada 28 Feb.

“Oleh demikian, saya sebagai Pendaftar Pertubuhan mengambil tindakan lanjut menurut Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966 mengeluarkan satu perintah pembubaran sementara ke atas PPBM.

“Sekiranya PPBM dalam tempoh 30 hari daripada tarikh perintah pembubaran sementara ini dikeluarkan, menyerahkan butir-butir maklumat dan dokumen seperti diperintahkan, RoS boleh membatalkan perintah pembubaran sementara ini,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat RoS di sini hari ini.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers