Friday, 13 April 2018

Anak Nik Aziz Atau Husam Sebagai Menteri Besar Kelantan

SHARE
Nik Omar Nik Abdul Aziz bakal calon Menteri Besar Kelantan sekiranya PAN dipilih untuk menjadi kerajaan negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Pengerusi PAN Kelantan, Wan Abd. Rahim Wan Abdullah berkata, anak kedua bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu mampu menyambung legasi ayahandanya di negeri itu.

“Ini kerana, supaya Nik Omar boleh menyambung legasi Tok Guru iaitu ayahandanya di negeri ini,” katanya dalam sidang media di Kota Bharu Kelantan hari ini.

Tambah Wan Abd. Rahim, perkara itu bagaimanapun akan diputuskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, khabar angin mengenai Nik Omar bakal menyertai PAN sebelum ini adalah benar dan ia akan dimuktamadkan esok.

“Berita itu betul dan esok kita akan memberikan jawapan muktamad. Ini kerana, fikrah dan pemikiran beliau sudah selari dengan kita, namun ada masalah teknikal berkaitan keluarga yang sedang diselesaikan,” katanya.

Pada masa sama, beliau memberitahu PAN juga tidak menolak kemungkinan untuk mengangkat Naib Presiden PAN Husam Musa sebagai Menteri Besar.

Bagaimanapun kata beliau, perkara itu belum dibincang secara rasmi kerana fokus utama PH kini ialah untuk menawan Kelantan.

“Calon menteri besar kita tidak bincang lagi, tetapi kalau ikutkan Penasihat DAP (Lim Kit Siang) dahulu, Husam sebagai Menteri Besar. Namun, Husam juga pernah berkata di hadapan khalayak sekiranya Nik Omar (menyertai PAN), bertanding dan menang, beliau akan diangkat sebagai menteri besar,” katanya. – 13 April 2018.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers