Isnin, 2 April 2018

Apa Dosa Orang Kelantan Kepada Mahathir

SHARE
Apabila projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mahu dibatalkan jika Pakatan Harapan diketuai DAP menang, timbul tanda tanya apakah dosa rakyat Kelantan dan Terengganu kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad yang terus terpinggir daripada perancangan pembangunan beliau.

Alasan Dr. Mahathir bahawa projek tersebut hanya merugikan rakyat memang sukar diterima sedangkan projek infrastruktur itu diakui sebagai ‘game changer’ kepada negeri-negeri di wilayah tersebut yang selama ini seakan dianak tiri sepanjang Dr. Mahathir berkuasa.

Menurut pensyarah Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Datuk Dr. Amir Hussin Baharuddin, kenyataan Dr, Mahathir itu tidak rasional dan menunjukkan bahawa Pakatan Harapan mahu orang Melayu di Pantai Timur kekal di takuk lama dari segi ekonomi.

“Pembangunan ekonomi Pantai Timur tertinggal 70 tahun ke belakang berbanding negeri-negeri lain. Apabila kera-jaan Barisan Nasional (BN) mengumumkan mengenai projek ECRL, ia memberi peluang baru untuk rakyat di sana keluar dari kepompong ekonomi paras rendah sejak zaman pemerintahan Dr. Mahathir sebelum ini.

“Saya hairan dengan sikap Dr. Mahathir yang seperti anti dengan orang Pantai Timur. Belum lagi menjadi Perdana Menteri sudah mahu menafikan hak rakyat di sana. Adakah kerana benci dengan BN, maka dia lepaskan geram kepada rakyat di sana?,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Menurut Amir Hussin, niat untuk membatalkan projek ECRL itu menunjukkan Pakatan Harapan yang diketuai DAP tidak mempunyai matlamat jelas untuk membantu seluruh rakyat tanpa mengira wilayah.

“Semua yang kerajaan BN buat untuk membantu kebajikan rakyat mahu dibatalkan oleh Pakatan Harapan terma-suk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Jelas mereka ini tidak peduli rakyat dan hanya mahu memegang kuasa se-mata-mata,” katanya.

Semalam, Dr. Mahathir dalam satu kenyataan menegaskan bahawa Pakatan Harapan akan menghentikan projek ECRL bernilai RM55 bilion itu kerana menganggap ia sebagai satu pembaziran dan tiada keperluan kemudahan itu disediakan kepada rakyat Pantai Timur.

"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers