Selasa, 3 April 2018

Apa Masalah Jika PAS Besengkokol Dengan DAP?

SHARE
TIDAK terkejut DAP melabelkan PAS sebagai parti yang bersengkokol dengan Barisan Nasional (BN) kecuali cicak mengkarong dan ayam itik Pakatan Haram yang diketuai DAP sahaja rasa hairan.

Mungkin bagi DAP mana-mana parti menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 yang diluluskan di Dewan Rakyat adalah satu kedangkalan.

Transformasi apa yang ada pada pemimpin DAP, pekara yang patut dipersetujui semua pihak dianggap pula tidak betul sedangkan akal menolak pekara-pekara palsu atau tidak benar.

Kemungkinan juga Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 dirasakan akan menyekat segala kehendak Pakatan Haram yang suka melebarkan pekara yang patut disempitkan.

Tidak melampau juga jika dikatakan modal utama kepada parti yang tidak mampu untuk membantu rakyat hanyalah menipu, menipu dengan nama tawaran demi satu undi musim pilihan raya.

Bekemungkinan juga, bagi DAP parti yang belum memerintah negara walaupun telah memerintah negeri tidak wajib menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 selagi parti yang digelar pembangkang tidak berjaya menumbangkan BN.

Hakikat yang perlu diterima pemimpin DAP, DAP kini tidak lagi menjadi pujaan orang Melayu setelah Pakatan Rakyat berkubur tanpa nisan.

Sebenarnya DAP tidak terkejut dengan sokongan PAS terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018. Apa yang cuba disampaikan pemimpin DAP sebenarnya ketakutan Pakatan Haram sekiranya PAS bergabung dengan Barisan Nasional dan membentuk kerajaan campuran.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ketika memberi label itu melahirkan rasa terkejut dengan keputusan PAS menyokong kerajaan dalam meluluskan rang undang-undang itu.

“Saya rasa terkejut mengapa bila dia (PAS) belum jadi parti memerintah, dia cakap macam parti yang memerintah,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen, hari ini.

Rasanya budak tadika lebih faham dari pemimpin Pakatan Haram,’ kalau tidak buat salah nak takut apa dengan sebarang akta pencegahan?.

Anggota Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz dalam kenyataannya semalam menyatakan PAS menyokong RUU Antiberita Tidak Benar 2018 dengan 10 sebab antaranya RUU tersebut merupakan asas agama, iaitu kepalsuan dan penipuan adalah fitnah yang menghancurkan masyarakat dan negara.

Selain itu, katanya, ia diharap mampu menyekat mereka yang menjadikan penyebaran berita tidak benar sebagai hobi kehidupan.

Masyarakat negeri yang diperintah PAS sejak 28 tahun sudah lama faham, demi sebuah kesejahteraan rakyat dan pembangunan PAS perlu adakan kerjasama politik dengan Barisan Nasional. Lagi pun ini zaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketua kerajaan bukannya zaman Mahathir yang menganaktirikan Kelantan selama 22 tahun.

Sebelum ini Kerajaan Negeri Kelantan menyambut baik pengumuman projek pembangunan Kelantan menerusi Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11), iaitu menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu- Kuala Krai dan tebatan banjir walaupun Najib belum sepuluh tahun dipilih rakyat untuk memikul tanggungjawab sebagai Perdana Menteri. Dan berapa bilion kerajaan DAP Pulau Pinang membantu Kelantan ketika PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat?
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers