Ahad, 1 April 2018

Azmin enggan sahut cabaran Pemuda UMNO

SHARE
SHAH ALAM: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak memberi sebarang keputusan terhadap cabaran Pemuda UMNO untuk berdebat berkenaan isu perumahan.

Beliau sebaliknya menggunakan alasan tidak perlu membuat keputusan mengenai pelawaan berkenaan, walaupun kerajaan negeri sebelum ini dilapor membatalkan sembilan projek perumahan mampu milik di bawah Skim Rumah SelangorKu.



Mohamed Azmin turut menegaskan rakyat negeri itu sudah tahu mengenai fakta sebenar dalam isu itu.

"Kita alu-alukan amalan debat, ia satu amalan sihat tetapi kalau debat itu hanya menzahirkan emosi menjelang pilihan raya, ia tidak bawa ke mana-mana," katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Pesta Buku Selangor 2018 di sini, hari ini.

Mohamed Azmin juga seperti mempertikaikan cabaran berdebat itu selain membayangkan pelawaan Pergerakan Pemuda UMNO itu seolah-olah tidak setaraf dengan kedudukannya.

"Bukan soal kita terima atau tidak (debat). Kita kena lihat siapa yang buat dan tawaran debat itu juga," katanya.

Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar Dan Perumahan (HELP) Pemuda UMNO, Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin, sebelum ini mencabar Mohamed Azmin berdebat mengenai isu perumahan yang gagal diselesaikan di Selangor termasuk tindakan kerajaan negeri membatalkan sembilan projek Skim Rumah SelangorKu membabitkan lebih 2,000 unit rumah.

Cabaran yang sama turut dibuat terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng susulan kegagalan kerajaan negeri itu menyelesaikan isu perumahan rakyat.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Azmin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor berkata, pengagihan kerusi untuk semua parti berada di peringkat akhir.

Katanya, ia termasuk enam kerusi yang sebelum ini dilaporkan masih 'sangkut' berikutan semua parti di bawah PH enggan mengalah dan mahu bertanding di kerusi berkenaan.

"Kita dalam peringkat terakhir mencari calon. Calon kita ramai," katanya.-Berita Harian
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers