Rabu, 4 April 2018

Bakal Calon UMNO Dakwa Beliau Disabotaj

SHARE
KUALA LUMPUR, 4 Apr: Ketua Bahagian UMNO Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar menafikan dakwaan beliau terlibat dalam penyalahgunaan dadah selepas ditahan di sebuah kelab hiburan di ibu negara, awal pagi Isnin lalu.

Rizalman percaya dakwaan itu adalah satu perangkap yang bermotifkan politik bagi merosakkan nama baik dirinya.

Beliau mendakwa serbuan yang dilakukan itu khusus disasarkan kepada beliau dan rakan-rakannya memandangkan polis hanya memeriksa biliknya tanpa membuat pemeriksaan di bilik-bilik lain di premis tersebut.

“Saya mengaku saya adalah individu yang ditahan itu, tapi saya hanya mengambil kopi dan semua rakan-rakan saya mengambil minuman ringan, tiada minuman keras, jadi saya tertanya-tanya bagaimana saringan awal adalah saya positif dadah.

“… dan sebab itu saya mengesyaki saya telah diperangkap, bagaimanapun saya tidak tahu siapa yang melakukannya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sehubungan itu, Rizalman menegaskan akan menggunakan saluran perundangan yang ada bagi membersihkan namanya dan keluarga.

Ditanya mengenai kejadian itu akan menjejaskan peluang UMNO untuk bertanding kerusi Parlimen Bandar Tun Razak pada pilihan raya umum ke-14, Rizalman berkata keputusan itu bergantung kepada pucuk pimpinan parti.

“Saya rasa tidak adil untuk menghukum saya (terlibat dadah) malahan, saya belum lagi dituduh bersalah, ini adalah proses siasatan biasa oleh pihak polis.

“Saya tahu modus operandi ini untuk mencemarkan nama saya dan kemungkinan besar untuk menjejaskan peluang calon UMNO bertanding kerusi Parlimen Bandar Tun Razak,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan polis mengesahkan seorang Ketua Bahagian UMNO di Kuala Lumpur ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di ibu negara.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers