Sunday, 15 April 2018

Banduan Kes Rogol Lolos Dari Penjara

SHARE
Seorang banduan bertindak melarikan diri dari penjara Pengkalan Chepa dengan berseluar pendek dan tidak berbaju kira-kira pukul 7.15 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

Suspek, Abdullah Mat Akib, 39, sedang menjalani hukuman penjara selama 13 tahun dan 10 sebatan kerana kesalahan merogol bermula 8 Mac 2016 hingga 8 November 2024.

Suspek beralamat di Kampung Manik Urai Lama, Kuala Krai.

Pihak polis meminta kerjasama orang ramai menghubungi bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di talian 09-7450999 atau bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah Kota Bharu (09-7741022) atau mana-mana balai polis berdekatan sekiranya menjumpai atau mempunyai maklumat mengenai suspek.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers