Monday, 16 April 2018

Bekas Naib Ketua Wanita Umno kini ahli Pas seumur hidup

SHARE
SHAH ALAM - Pas mengesahkan bekas Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim kini secara rasmi menyertai parti itu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, penerimaan Kamilia dalam Pas diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian Pas Pusat semalam .


“Jawatankuasa telah menerima dan meluluskan keahlian Pas kepada Kamilia sebagai ahli sekaligus ahli seumur hidup,” katanya dalam kenyataan.

Kamilia pada PRU13 lalu, mengejutkan ramai pihak dalam Umno apabila mengambil tindakan untuk bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Tindakannya itu menyebabkan beliau secara automatik dipecat daripada Umno.

Mewakili Bebas dalam PRU13, Kamilia hanya memperoleh 447 undi manakala calon BN Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-Il Anuar Wan Ahmad, memperoleh 14,218 undi dan calon Pas Khalil Idham pula meraih 13,136 undi.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers