Ahad, 15 April 2018

Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan Lawan Mahfuz Dipokok Sena

SHARE
ALOR SETAR : Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Radhi Mat Din diumumkan sebagai calon PAS bagi Parlimen Pokok Sena pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Radhi, 53, antara dua muka baharu yang diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada program ceramah Gelombang Hijau Kedah PRU-14 di Markas PAS Cawangan Alor Ibus di sini malam tadi.

Radhi dijangka bertembung dengan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Pokok Sena di atas tiket Parti Amanah Negara (PAN).

Seorang lagi muka baharu, ahli farmasi, Muhamad Riduan Mohd Othman, 43, diumumkan sebagai calon Parlimen Kuala Kedah.

PAS turut mengumumkan Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurrazi sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kundur.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers