Jumaat, 13 April 2018

Bersatu fail semakan kehakiman kedua hari ini

SHARE
PAGOH - Bersatu sekali lagi mengemukakan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar tindakan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) Surayati Ibrahim setelah semakan itu ditolak Mahkamah Tinggi, Rabu lalu.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rayuan kali pertama di bawah Seksyen 14(5) itu telah difailkan hari ini oleh peguamnya, Rosli Dahlan dan menunggu keputusan untuk mencabar ROS yang bertindak membubarkan sementara parti mereka.

“Mahkamah sebelum ini telah menolak kebenaran semakan kehakiman kita yang pertama, dan oleh demikian kita memfailkan rayuan berdasarkan Seksyen 14(5) atas tujuan untuk minta pertimbangan mahkamah agar kewujudan Bersatu dikekalkan.

“Bagi kami dalam Bersatu, segala kehendak dan syarat telah disempurnakan, tapi sehingga hari ini tak tahu apa sebab. Apakah ini menunjukkan BN cukup takut dengan kehadiran Bersatu dalam gelanggang politik negara?,” katanya.

"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers