Ahad, 15 April 2018

Bintang Dalam Gua Ajaib

SHARE
Kita biasa lihat indahnya pemandangan langit malam yang dipenuhi bintang.Dan kini bintang berkilauan indah bukan hanya di langit nan luas,tapi juga boleh didapati di siling gua.
Sebuah di New Zealand, membolehkan anda melihat 'kilauan bintang' yang menakjubkan dalam ruang tertutup. Ia adalah fenomena alam semulajadi ajaib.
 Gua ini dikenali dengan nama Waitomo Glowworm, sebuah gua batu kapur yang berada di luar Waitomo, North Island, New Zealand. Gua ini adalah  destinasi pelancongan yang sangat popular di sana.
Pelancong tidak hanya akan terpegun dengan keindahan stalaktit dan stalagmityang mengisi gua, malah akan terpukau dengan kemilau cahaya yang ada di dinding dan bumbung gua.Seperti gemerlap bintang di langit.
Setelah dilihat lebih dekat, cahaya tersebut sebenarnya berasal dari cacing dari spesies Arachnocampa luminosa. Dalam kegelapan, haiwan ini akan mengeluarkan cahaya berwarna hijau dan biru. Menakjubkan!





"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers