Ahad, 1 April 2018

BN Tunai Janji Pakatan Haram Pembohong Demi Undi

SHARE
Termasuk golongan pakatan haram jadah
Usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) membantu rakyat di negara ini sema­kin jelas menerusi pelbagai skim dan projek termasuk 225 program perumahan rakyat (PPR) yang akan memberi manfaat kepada 118,250 keluarga di seluruh negara.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, daripada jumlah tersebut, seba­nyak 85,198 keluarga telah me­nerima kemudahan tersebut apabila 125 PPR yang dibina dengan peruntukan sebanyak RM6 bilion telah di­siapkan setakat ini.

Katanya, usaha ini merupakan sebahagian langkah kerajaan untuk mencapai matlamat membina satu juta rumah mampu milik seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

“Bagaimanapun pihak di se­belah sana (pembangkang) tidak yakin dengan kemampuan kita. Lihat pelbagai projek kita buat untuk semua golongan termasuk penjawat awam, artis dan mangsa penipuan skim pembelian rumah.

“Kita tidak mahu ada yang ter­tinggal dalam menerima manfaat dan ini bukti bahawa BN bukan hanya buat teori semata-mata tetapi turut menepati janji-janji sebelum ini,” katanya semasa ditemui selepas menghadiri Majlis Penyampaian Insentif Perumahan kementerian itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan, Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Mohammad Mentek dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Datuk Abdul Mutalib Alias.

Pada majlis yang sama, beliau turut menyampaikan insentif kepada lebih 1,200 penerima mengikut pecahan skim projek perumahan di bawah kementerian itu.

Sementara itu, Noh turut mengesahkan beliau tidak tersenarai sebagai calon Menteri Besar Selangor jika BN menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Saya tidak ada dalam senarai dan saya menyerahkan segalanya pada Perdana Menteri. Saya juga tidak tahu sama ada saya tersenarai sebagai calon atau tidak.

“Saya hanya nak beritahu kalau BN menang kita nak umumkan 6,000 rumah transit dan juga Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Rawang. Kita ada tanah di sana dan Kabinet bersetuju untuk ba­ngunkannya,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/bn-tidak-tabur-janji-kosong-1.639141#ixzz5BOHZPUhd
© Utusan Melayu (M) Bhd
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers