Sunday, 1 April 2018

BN Yakin Rampas Maran

SHARE
UMNO Marang yakin akan merampas kerusi parlimen berkenaan daripada penyandangnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Marang Datuk Nik Dir Wan Ku berkata, kawasan tersebut bukan lagi kubu kuat PAS dan percaya pengaruh parti Islam itu akan berakhir pada pilihan raya umum kali ini.

“Persaingan pastinya sengit namun saya yakin BN akan menang kali ini. Keyakinan ini berdasarkan tahap perpaduan dalam parti bersama semangat, komitmen ditunjukkan semua jentera parti.

“Ini termasuklah sayap wanita dan puteri serta veteran UMNO yang konsisten berada pada tahap tinggi,” katanya seperti dilaporkan akhbar tersebut.

Selain parlimen, UMNO juga yakin dapat menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang yang turut disandang oleh Presiden PAS itu.

“Berdasarkan reaksi rakyat, saya percaya Rhu Rendang akan menjadi milik BN dengan bantuan hampir 10,000 ahli UMNO, pengundi atas pagar dan pengundi PAS yang tidak berpuas hati dengan parti mereka,” katanya.

DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang sebelum ini dianggap kubu paling kuat PAS di Terengganu.

Pada pilihan raya umum lalu, Abdul Hadi mempertahankan Parlimen Marang dengan majoriti 5,124 undi dan DUN Rhu Rendang dengan majoriti 2,819 undi.

Abdul Hadi pernah tewas kepada calon UMNO, Abdul Rahman Bakar pada PRU2004 di parlimen tersebut dengan majoriti tipis 163 undi.

Mengulas lanjut, Nik Dir yang juga pegawai penyelaras DUN Rhu Rendang berkata, UMNO tidak pernah mengabaikan pengundi di kawasan itu meskipun tewas pada PRU lalu.

Katanya selepas berakhir PRU13, jentera parti terus digerakkan untuk turun padang dan mendekati anggota masyarakat termasuk golongan muda. – 1 April 2018.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers