Monday, 16 April 2018

Calon PPBM Terengganu Tiada Pengalaman

SHARE
KUALA BERANG: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dibubarkan sementara, mempertaruhkan 13 calon dengan sebahagian besarnya bukan berlatar belakang politik untuk bertanding di tiga Parlimen dan 10 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu.

Pada majlis pengenalan calon yang hanya dihadiri kira-kira 30 ahli itu memperlihatkan Pengerusi PPBM Terengganu, Datuk Razali Idris bakal mencabar kerusi Parlimen Hulu Terengganu yang dikenali sebagai 'kubu kuat' UMNO.

Razali yang sebelum ini kalah kepada Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang di DUN Rhu Rendang pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) turut mengumumkan pencalonan bekas pegawai tinggi kerajaan negeri, Datuk Zulkifli Mohamad yang bakal merebut kerusi DUN Ladang.

Selain itu, PPBM yang menggunakan logo PKR pada PRU-14 kali ini, turut memperkenalkan calon termuda di negeri ini iaitu Wan Hafizie Suzlie Wan Hassan,36, bertanding di DUN Tepuh.

PPBM Terengganu turut memperkenalkan golongan profesional dalam kalangan ahli perubatan, jurutera dan ahli perniagaan yang tidak pernah bertanding pada PRU sebelum ini, sebagai calon mereka.

Calon lain yang diperkenalkan bertanding kerusi DUN adalah Datuk Seri Wan Marzuki Wan Sembok (Kijal); Che Ku Hashim Che Ku Mat (Kuala Besut); Ismail Abdul Kadir (Hulu Besut); Aidi Ahmad (Pengkalan Berangan); Zamani Mamat (Ajil) dan Mohamad Arif Ariffin (Bukit Besi).

Dua lagi calon Parlimen yang diperkenalkan adalah Datuk Ir Wan Nazari Wan Jusoh di Besut dan Datuk Dr Mohd Faudzi Musa di Setiu.

Bagaimanapun, Razali berkata, dua lagi calon kerusi DUN Langkap dan Batu Rakit masih belum diputuskan parti, namun akan diumumkan dalam masa terdekat.

Parlimen:

1) Hulu Terengganu: Datuk Razali Idris

2) Besut : Datuk Ir Wan Nazari Wan Jusoh

3) Setiu : Datuk Dr Mohd Faudzi Musa

DUN:

1) Kuala Besut : Che Ku Hashim Che Ku Mat

2) Hulu Besut : Ismail Abdul Kadir

3)Langkap : akan diumumkan kelak

4)Batu Rakit: akan diumumkan kelak

5)Tepuh : Wan Hafizie Suzlie Wan Hassan

6)Ladang : Datuk Zulkifli Mohamad

7)Pengkalan Berangan : Aidi Ahmad

8)Kijal : Datuk Seri Wan Marzuki Wan Sembok

9)Ajil : Zamani Mamat

10)Bukit Besi : Mohamad Arif Ariffin
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers