Friday, 6 April 2018

Dewan Rakyat Terima Proklamasi Perisytiharan Pembubaran Parlimen ke-13

SHARE
KUALA LUMPUR, 6 Apr: Dewan Rakyat telah menerima Proklamasi Perisytiharan Pembubaran Parlimen ke-13, yang berkuatkuasa Sabtu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau menerima proklamasi yang ditandatangani Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berdasarkan Perkara 55 (2) Perlembagaan Persekutuan.

“Dengan perisytiharan ini, maka tempoh Majlis Parlimen ke-13 berlangsung sepanjang enam penggal selama empat tahun 10 bulan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Najib, pada tengah hari ini mengumumkan, bahawa beliau telah menghadap Seri Paduka Baginda dan mendapat perkenan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan Pilihan Raya Umum ke-14 diadakan.

Pandikar berkata urusan bagi mengadakan PRU14 adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sementara itu, Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah ketika dihubungi Bernama mengesahkan telah menerima notis pembubaran itu melalui e-mel.– Bernama

"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers