Jumaat, 6 April 2018

DUN Kelantan Bubar Serentak Dengan Pembubaran Parlimen

SHARE
KOTA BHARU, 6 Apr: Kelantan akan turut serta membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran Parlimen, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

Ahmad berkata perkara itu menjadi satu kelaziman sejak sekian lama dan Kelantan tidak pernah ketinggalan untuk mengekalkan tradisi tersebut.

“Ya memang kita akan ikut serta (bubar DUN dengan pembubaran) Parlimen. Itu sudah menjadi kebiasaan. Saya akan menghadap Ke Bawah Duli Pemangku Raja Kelantan (Dr Tengku Muhammad Faiz Petra) secepat mungkin untuk membubarkan (DUN),” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Parlimen dibubarkan esok bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) diadakan, umum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya hari ini.

Pada PRU13 yang lepas, kerajaan Kelantan pimpinan PAS membubarkan DUN pada 4 April 2013.–Bernama
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers