Selasa, 3 April 2018

ECRL Buka Peluang Pekerjaan Kepada 80,000 Rakyat Malaysia

SHARE
RATA-RATA penduduk negeri di Pantai Timur Semenanjung bersyukur keatas usaha kerajaan Barisan Nasional wujudkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bernilai 55 bilion yang akan memudahkan perjalanan mereka ke Kuala Lumpur, meningkatkan Ekonomi, membuka peluang pekerjaan dan sebagainya.

Projek ECRL merupakan rahmat yang ditunggu-tunggu warga pantai timur sejak sekian lama, kerana perjalanan dapat dipendekkan tidak lagi bersesak-sesak diatas jalan raya terutamanya pada musim cuti perayaan.

Oleh kerana, Pakatan Haram (PH) yang diketuai DAP melalui lidah Mahathir bercita-cita untuk membatalkan projek ECRL, warga pantai timur patut menolak mana-mana parti dalam barisan Pakatan Haram dengan memilih Barisan Nasional pada PRU-14 nanti.

Kita rakyat pastinya mahu sebuah kerajaan yang bertanggungjawab untuk mentadbir negara, bukan sebuah kerajaan yang dihasilkan dari hasad dengki dan dendam sehingga projek ECRL yang menguntungkan rakyat hendak dibatalkan.

Pengundi pantai timur semenanjung bukan sahaja perlu bersyukur dengan adanya projek ECRL, malah patut bertanya pada diri sendiri,’ apakah projek yang telah dimulakan itu akan dibatalkan kiranya kerajaan melantik syarikat milik anak dan kroni Mahathir untuk melaksanakan ?. Pastinya tidak ada sebarang kemungkinan untuk membatalkan.

Pelaksanaan ECRL bukan sahaja dapat mengelakkan kesesakan diatas jalan raya dan memendekkan masa perjalanan ke ibu negara, sebaliknya turut membabitkan penyediaan kereta api kargo yang membolehkan barangan dibawa dari Pantai Barat ke Pantai Timur sekali gus ekonomi juga turut bertambah baik.

Rakyat sepatutnya rasa terkejut apabila Mahathir yang dipuja-puja sebagai seorang pemikir yang baik oleh fanatik Pakatan Haram, tiba-tiba mengeluarkan kenyataan bahawa pembangkang akan menghentikan ECRL jika menang PRU-14.

Pada February 2018, portal berita atas talian milik pembangkang dengan tajuk “ECRL buka peluang kerja pembersihan, jaga untuk rakyat tempatan?” melaporkan Syarikat pelaburan China bagi projek Landasan Pantai Timur (ECRL) dijangka membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan sebagai Pengawal Keselamatan atau kerja-kerja pembersihan bangunan.

Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakob berkata, berbeza dengan syarikat pelaburan Jepun, mereka membuka ribuan peluang pekerjaan berorientasikan kemahiran dalam sektor perindustriaan untuk rakyat tempatan
Rakyat faham apa niat sebenar Dr Rosli Yaakob yang secara sukarela jadi kuda dan cuba sampaikan.

Dr Rosli Yaakob mahu rakyat melihat, ketika Mahathir perdana menteri selama 22 tahun telah membawa masuk pelabur dari Jepun yang kononya lebih baik dari pelabur dari negara China sehingga beliau merendahkan peluang pekerjaan yang dibuka kepada rakyat negara ini.

Selama 22 tahun Mahathir perdana menteri, Kelantan dianak tirikan, Terengganu dan Pahang pula hanya dilihat ketika musim PRU tiba.

Untuk pengetahuan rakyat negeri pantai timur yang lebih cerdik dari Dr Rosli, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan melatih dan menawarkan pekerjaan kepada 3,600 penuntut yang lengkap dengan kemahiran teknologi kereta api, langkah ditetapkan untuk meningkatkan kebolehan bekerja golongan muda khususnya dari Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Kenyataan itu dikeluarkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak .

Sejak dari awal perancangan untuk pembinaan ECRL, kerajaan menjangkan projek ECRL mewujudkan lebih 80,000 pekerjaan kepada rakyat Malaysia semasa tempoh pembinaannya manakala 6,000 pekerjaan lagi akan ditawarkan semasa pengoperasiannya.

Di negara maju lain rakyatnya telah lama menikmati sistem kereta api laju untuk meningkatkan perhubungan dan pada masa sama memberi limpahan ekonomi dan pekerjaan dikawasan berhampiran.

Untuk pengetahuan adik kakak, pakcik makcik di Pahang, Terengganu, Kelantan. Kereta api yang akan meluncur di atas rel projek ECRL yang dijangka siap pada 2024 bukan seperti biasa yang dilihat sekarang, kelajuannya 200 kilometer sejam dan tidak hiaranlah perjalanan ke Kuala Lumpur hanya mengambil masa singkat.

Tetapi Paktan Haram melalui lidah Mahathir tidak mahu melihat apa menjadi kebangaan rakyat semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerana ia lebih menguntungkan umum berbanding perojek pembinaan KLCC yang hanya mampu dilihat rakyat pantai timur.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers