Selasa, 10 April 2018

Elak pasang bendera parti di kawasan persimpangan jalan, lampu isyarat

SHARE
SEREMBAN, 10 Apr: Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin menasihati parti-parti politik supaya tidak memasang bendera parti masing-masing terlalu banyak di kawasan-kawasan yang boleh menyebabkan kemalangan seperti di persimpangan jalan dan lampu isyarat.

Noor Azam juga mengingatkan mereka supaya tidak memasang bendera berhampiran kawasan istana.

“Saya berharap mana-mana parti politik dapat mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa sepanjang pilihan raya umum ini,” katanya.

Tinjauan Bernama di sini mendapati ‘perang bendera’ kian rancak di negeri ini dengan bendera parti-parti yang akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-14 mula dinaikkan dan berkibar di sepanjang jalan.

Bendera parti yang bertanding dalam PRU mewarnai sepanjang jalan, kaki lima, tiang lampu jalan dan pokok di beberapa kawasan di Seremban dan Port Dickson.– Bernama

"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers