Selasa, 10 April 2018

Elak Pilih Calon Tak Reti Bahasa Melayu

SHARE
KUALA LUMPUR, 10 April — Seorang bekas pensyarah menyarankan parti politik hanya mencalonkan individu yang mahir berbahasa Melayu.

Dr S. Raja Rajeswari berkata isu wakil rakyat tidak mahir menggunakan bahasa kebangsaan ketika berbahas kerap menjadi pertikaian, lapor Utusan Online.

“Maka sewajibnya mereka menggunakan bahasa Melayu yang tulen dan santun kerana bahasa boleh melambangkan keperibadian individu selain mencerminkan identiti kebangsaan,” katanya.

Bekas pengajar Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) berkata wakil rakyat harus menjadi suri teladan kepada rakyat.

Beliau berkata, pemimpin politik harus meluaskan pembacaan dan bergaul dengan semua lapisan masyarakat.

“Mereka juga perlu melazimkan penggunaan bahasa Melayu dalam perbualan harian,” katanya, juga seorang penulis sepenuh masa.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers