Sunday, 8 April 2018

Hebatkan Negaraku Bersama BN

SHARE
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) malam ini membentangkan dan menggariskan 14 teras utama aku janji manifesto bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razakm berkata manifesto setebal 200 muka surat dengan 365 inisiatif itu akan terus memperjuangkan untung nasib rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan, bangsa, agama mahupun darjat dan warna kulit.

"Aku janji kita dalam manifesto ini bermula dengan memberi keutamaan kepada ibu dan wanita bagi meletakkan golongan ini di tempat begitu tinggi dalam masyarakat.

"Ini melambangkan komitmen BN untuk perkasa wanita sebagai isteri, ibu, anak dan wanita yang berkerjaya supaya kita dapat imbangi peranan wanita sebagai suri rumah tangga.

"BN juga mahu melahirkan ribuan wanita profesional dan berjaya dalam bidang korporat, penjawat awam, politik dan kepimpinan lain, malah kita anggap wanita sebagai tulang belakang kepada negara, kerajaan dan pasti kepada BN jua," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Manifesto BN 'Bersama BN Hebatkan Negaraku' di Axiata Arena Bukit Jalil malam ini.

Najib berkata, aku janji seterusnya ialah menyediakan kediaman untuk 1negaraku, kediaman yang selesa, sempurna dan mampu dimiliki rakyat.

"Kerajaan juga akan perkasa lagi program perumahan melalui satu langkah baharu iaitu mewujudkan satu agensi perumahan negara di bawah satu bumbung untuk kendalikan program pembangunan perumahan seluruh negara dan untuk menentukan pembiayaan untuk bakal pemilik rumah.

"Langkah ini akan dapat gerakkan pelaksanaan program perumahan dengan lancar dan berkesan," katanya

Beliau berkata, kerajaan BN juga akan mencipta tiga juta peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun, bukan seperti pembangkang yang menjanjikan satu juta peluang pekerjaan menerusi manifesto mereka.

Katanya, kepentingan dan kebajikan pekerja juga akan dijaga dengan mensasarkan untuk meningkatkan gaji minimum kepada RM1,500 dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Kerajaan juga akan beri keutamaan kepada projek infra-rakyat yang mana kita akan terus laksanakan MRT2, MRT 3, LRT Fasa 3, lebuh raya Gemas-Johor Bahru, HSR, ECRL dan RTS.

"Aku janji keenam pula kita akan perkasakan penggunaan teknologi digital menerusi Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ)," katanya.

Beliau berkata, seterusnya bagi barangan buatan Malaysia, kita akan perkasakan sumbangan perusahaan kecil dan sederhana dengan membina lebih banyak Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), mempergiat pengeluaran dan eksport barangan tempatan serta memajukan industri halal.

"BN juga akan terus mengutamakan ekonomi kehidupan rakyat termasuk menerusi suruhanjaya kerja yang adil supaya gaji sektor swasta akan lebih setimpal," katanya.

Najib berkata, aku janji kesembilan ialah memastikan sistem pendidikan negara sesuai dengan masa depan dalam konteks industri revolusi keempat bagi melahirkan lebih ramai anak saintis data dan mereka yang mahir dalam bidang informasi dan teknologi maklumat (ICT) dan sebagainya.

Katanya, BN juga berazam bina kehidupan sihat dan berkualiti untuk rakyat dengan mencadangkan kerjasama berkonsepkan inisiatif awam swasta dengan pengamal perubatan swasta meningkatkan akses kesihatan yang lebih meluas.

"Aku janji ke11 pula BN memberi jaminan agar rakyat dapat tinggal dalam negara yang aman dan selamat dan kita akan terus perangi ideologi ektremisme dan jenayah," katanya.

Selain itu beliau berkata, BN juga berikrar untuk sediakan kepada anak muda bawah usia 30 tahun peluang pekerjaan dan latihan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian.

"Kita juga akan beri tumpuan kepada penjagaan kanak-kanak secara lebih menyeluruh yang akan kita laksanakn dalam tempoh lima tahun akan datang ini.

"Bagi aku janji ke-14, kita akan meneruskan agenda pemerkasaan Bumiputera sebagai agenda nasional, memperteguh dan meninggikan syiar Islam di Malaysia dengan melahirkan 125,000 huffaz profesional dalam tempoh lima tahun," katanya.

Tambah beliau, aku janji BN yang lalu melalui 17 inisiatif dan 156 inisiatif strategi, mencapai 99.4 peratus pelaksanaan membuktikan BN sebagai parti yang boleh dipercayai dalam mengotakan dan menepati janji.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers