Ahad, 8 April 2018

Inisiatif pendidikan inklusif kepada semua

SHARE
SHAH ALAM: Inisiatif pendidikan yang digariskan dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) disifatkan sebagai inklusif dan memberi manfaat kepada semua peringkat usia, selain bertepatan dengan keperluan Revolusi Industri 4.0.

Ia merangkumi pelbagai aspek, antaranya transformasi kemudahan infrastruktur, insentif atau bantuan khas pendidikan dan latihan kemahiran bermula dari sekolah rendah hingga ke universiti.

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata pemberian RM1,500 berupaya membantu mahasiswa daripada keluarga berpendapatan rendah, terutama ketika mereka mendaftar masuk ke universiti.

"Kita kerap mendengar penuntut menolak mendaftar masuk di mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) kerana masalah kewangan.

"Insentif ini adalah sumbangan terbaik kepada mereka," katanya ketika dihubungi NSTP, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, golongan muda dan belia khususnya juga perlu memiliki kemahiran digital dalam menuju Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan ke arah negara berpendapatan tinggi.

"Bagi yang tercicir dalam kemahiran berteknologi, mereka semestinya tidak dapat bersaing dengan pekerja lain kelak.

"Justeru, langkah mewujudkan kemahiran digital kepada jutaan pelajar sekolah dilihat usaha terbaik ke arah itu," katanya.

Prof Mohammad Shatar berkata, golongan itu juga perlumerebut peluang menyertai Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) 2.0, yang dapat mengukuhkan kemahiran mereka sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Beliau turut menyokong pemberian kad diskaun khas pelajar bagi mengurangkan kos pengangkutan, perkhidmatan kerajaan dan pembelian barangan keperluan pendidikan.

Manifesto BN yang diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak, merangkumi 26 inisiatif pendidikan, yang memberi tumpuan dalam aspek pemacuan modal insan dan kecemerlangan pendidikan.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers