Tuesday, 10 April 2018

Isu air, Azmin jangan `lepas tangan' - Irmohizam

SHARE
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu menilai semula kemampuan dari sudut membuat keputusan sehingga kecekapan mentadbir negeri ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim, berkata ia susulan krisis yang berlaku di negeri ini pada awal bulan lalu yang menyebabkan lebih tiga juta pengguna menjadi mangsa.

Beliau berkata, penilaian itu perlu bagi menjamin rakyat di Selangor dapat menikmati air bersih dan tidak dikenakan catuan serta bebas daripada gangguan bekalan air.

"Malah, beliau (Mohamed Azmin) kini membuat tohmahan yang tidak bertanggungjawab apabila mendakwa Kerajaan Persekutuan enggan membuat serahan separa Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2) kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.

"Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) serta Jemaah Menteri sudah pun memutuskan serahan separa LRAL2 oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) kepada Air Selangor hanya selepas kerajaan Selangor selesai melakukan skim penstrukturan bekalan air," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Justeru, Irmohizam berkata, dakwaan Mohamed Azmin jelas menunjukkan beliau mengambil sikap `lepas tangan'.

Beliau berkata Kerajaan Persekutuan memandang serius dan mengambil berat terhadap apa yang boleh membawa kebaikan untuk rakyat dan pengurusan yang sistematik.

"Adalah adil bagi PAAB mengutip semula pelaburan sebanyak RM3.7 bilion untuk menampung kos sewa pajakan.

"Ini tidak mengambil kira kos penyaluran air dari Sungai Semantan, Pahang, bernilai RM3.8 bilion yang ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan," katanya.

Beliau berkata, hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) mampu menyelesaikan masalah air yang dihadapi Selangor ketika ini.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers