Tuesday, 10 April 2018

Kes sup babi untuk buka puasa, Vivian Lee didenda RM5,000

SHARE
KUALA LUMPUR, 10 April ― Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengetepi hukuman penjara enam bulan ke atas penulis blog seks Vivian Lee.

Namun, hakim menetapkan denda RM5,000 sebagai ganti hukuman penjara lima bulan dan 22 hari yang ditetapkan Mahkamah Sesyen di sini.

"Pada fikiran saya, perkara itu telah lama berlalu; ia terjadi pada 2013 dan sekarang kita di 2018," kata Datuk Mohd Sofian Abd Razak yang turut memberi amaran supaya Vivian tidak mengulangi kesalahan.

Pada 2016, bekas teman wanita penulis blog Alvin Tan itu dihukum penjara lima bulan 22 hari oleh Mahkamah Sesyen.

Vivian dikenakan hukuman kerana menyiarkan gambar mereka dengan keterangan mempersenda Islam di Facebook.

Didakwa melakukan kesalahan pada 9 pagi 13 Julai 2013, foto itu ditulis "Selamat Berbuka Puasa (with bak kut teh...fragrant, delicious and appetising)".

Mereka didakwa bawah Seksyen 5 (1) Akta Penapisan Filem, Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan dan Seksyen 298A (1) Kanun Keseksaan.-Malay Mail
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers