Sunday, 1 April 2018

Mahathir Sanggup Tipu Tak Sedar Usia Dipintu Kubur

SHARE
UNDI sikit boleh tipu, undi banyak tidak boleh tipu. Begitulah pukul canang daripada calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan yang diketuai DAP, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi mentohmah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menguruskan sistem demokrasi di negara ini.

Segala bentuk kepercayaan rakyat terhadap ketelusan sistem pilihan raya turut 'ditong sampahkan' Dr. Mahathir dengan mempertikaikan kelulusan usul kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya.

Tidak cukup dengan itu, bekas Perdana Menteri itu juga membuat tuduhan peti undi pos akan disorok dengan undi palsu bagi memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Serangan-serangan liar kononnya sistem pilihan raya telah dimanipulasi dan SPR menyebelahi pihak tertentu sememangnya telah dijangkakan tetapi untuk mendengarnya keluar dari mulut Dr. Mahathir sendiri adalah bagai menampakkan Pengerusi PPBM itu berada dalam kecelaruan.

Andai kata segala proses demokrasi di negara ini penuh dengan penipuan bak kata 'skrip' di setiap ceramah pakatan, bagaimanakah pula Dr. Mahathir mengekalkan kuasanya sepanjang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum ini?

Adakah segala-gala 'suci' selagi mana Dr. Mahathir berkuasa tetapi akan bertukar menjadi 'kotor' tat kala beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri. Lebih menghairankan, fitnah-fitnah berkenaan adalah apa yang telah dikumandangkan oleh pembangkang semasa Dr. Mahathir memerintah negara.

Dalam hal ini, mungkin tampak kekok apa yang cuba dicapai oleh Dr. Mahathir serta rakan-rakanya dalam Pakatan Harapan tetapi matlamatnya adalah bukan membuktikan sebarang penipuan sebaliknya mempermainkan emosi serta menimbulkan keraguan dalam kalangan rakyat yang bakal mengundi semasa PRU-14.

Sekiranya, pada tahun 2013 dahulu Tsunami Cina telah dapat ditimbulkan pembangkang dengan mempermainkan emosi pengundi Cina, kali ini sasaran lebih besar pula iaitu Tsunami Melayu bagi memecah-belahkan kaum majoriti di negara ini.

Dr. Mahathir yang berusia 93 tahun itu bagai sudah tidak sabar untuk menjadi Perdana Menteri ketujuh tetapi tidakkah beliau sedar yang paling mengalami kerugian adalah bangsa Melayu yang juga merupakan darah dagingnya.

Tiada dendam peribadi yang patutnya mendahului nasib bangsanya sendiri kerana segala perpecahan dan kemusnahan itu akan menyaksikan DAP dengan slogan Malaysian Malaysia meraih untung paling besar sekali. - UTUSAN ONLINE
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers