Friday, 13 April 2018

Mahfuz Omar Bertanding di Pokok Sena

SHARE

Akhirnya Mahfuz Omar bertanding di kerusi Parlimen Pokok Sena pada Pilihan Raya Umum Ke-14 ini.

Beliau merupakan diantara 13 calon dari PAN yang bertandning di negeri Kedah pada PR-14 kali ini.

Mat Sabu yang juga Presiden PAN dilapor berkata, 13 calon itu akn bertanding di tiga kerusi Parlimen dan 10 kerusi DUN.


Katanya, bagi dua lagi kerusi parlimen, PAN mencalonkan Naib Ketua Pemuda PAN Kedah, Mohd. Khairizal Khazali bertanding di parlimen Padang Terap dan Anggota Jawatankuasa Pimpinan PAN Sik, Azli Uda bertanding di Parlimen Sik.

Mat Sabu mengumumkan perkara itu ketika berucap pada majlis ceramah perdana di Hutan Kampung dekat Alor Setar malam tadi.

Sementara itu bagi kerusi DUN, Timbalan Pengerusi PAN Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd. Zawawi yang sebelum ini merupakan penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor diumum bertanding di Alor Mengkudu.

Pengerusi PAN Kedah, Datuk Dr. Ismail Salleh pula akan bertanding di Pengkalan Kundor.

“DUN Kota Siputeh akan ditandingi Naib Pengerusi AMANAH (PAN) Kedah, Dr. Salmee Said, Ketua Pemuda AMANAH Mohd Asmirul Anuar Aris (Kubang Rotan), bekas Anggota Parlimen Jerai Mohd. Firdaus Jaafar (Tokai), bekas setiausaha kerja UMNO Kedah Zahran Abdullah (Sungai Limau),” katanya.

Di Belantek, PAN mengumumkan Abdul Rashid Abdullah sebagai calon di kawasan itu, Naib Pengerusi III PAN Kedah, Johari Abdullah (Kupang), Ketua PAN Kawasan Padang Serai Abd. Razak Salleh (Merbau Pulas) dan Ketua PAN Kawasan Sungai Petani Rosli Yusof bertanding di Pantai Merdeka.

PAN yang dijangka mengulangi kegagalan dalam pilihan raya negeri Sarawak dan PRK Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor tidak dijangka dapat bersaing dengan BN dalam PRU-14 ini.

Penolakan terhadap PAN dilihat berpunca kebencian terhadap DAP oleh pengundi Melayu memandangkan PAN pimpinan Mat Sabu merupakan proksi parti rasis (DAP).
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers