Saturday, 14 April 2018

Manifesto Menyakinkan Parti Akan Menang

SHARE

Pilihan raya merupakan satu ruang kepada rakyat untuk menggunakan hak mereka untuk memilih kerajaan yang mereka percaya boleh memerintah serta mampu memenuhi kehendak rakyat.

Malaysia sebuah negara mengamalkan sistem politik pelbagai parti yang mana parti politik yangemperolehi kerusi di Parlimen atau Dun boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.

Sistem pilihan raya yang digunakan di Malaysia berasaskan First-Past-The-Post (FPTP). Ini bermakna calon yang memperolehi majoriti mudah walaupun dengan majoriti 1 undi akan diisytihar
pemenang dibahagian pilihan raya yang berkenaan.

Beberapa elemen yang penting dalam pilihan raya Malaysia ialah bahagian/kawasan pilihan raya, pemilih calon dan proses pilihan raya.

Sampingan penting pilihan raya di Malaysia Manifesto yang dilancarkan setiap parti politik bertanding dimana rakyat/pengundi menilai setiap aku janji dibuat melalui perbandingan.

Parti yang dinilai mampu menunaikan aku janji berdasarkan bukti kemampuan harapan tinggi untuk menang lebih terbuka luas.

Watak calon juga tidak diketepikan pengundi, pengundi kebiasaan berusaha mengenali latarbelakang calon dengan pelbagai cara termasuk merisik tanya bukan sahaja kelulusan untuk mereka mendapat keyakinan sebelum memilih.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers