Tuesday, 17 April 2018

MIC bertanding di Cameron Highlands

SHARE
PUTRAJAYA, 17 Apr: MIC hampir pasti akan bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti sungguhpun ada parti lain dalam komponen Barisan Nasional (BN) yang mengintai kerusi itu.

Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata MIC akan mempertahankan kerusi tersebut yang dimenanginya pada pilihan raya umum lepas melalui Datuk Seri G.Palanivel yang ketika itu menjadi presiden MIC sebelum beliau meninggalkan parti itu.

Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Presiden MyPPP Tan Sri M.Kayveas dilaman sosial Facebooknya bahawa beliau telah diminta untuk bertanding di Parlimen Segambut pada PRU14 namun menolaknya.

MyPPP sebaliknya mengintai kerusi Parlimen Cameron Highlands yang secara tradisinya ditandingi MIC.

Dalam pada itu, Dr Subramaniam berkata senarai calon MIC sudah dimuktamadkan dan hanya menunggu pengumuman rasmi Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.–Bernama
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers