Friday, 6 April 2018

Najib Harap PRU-14 Berlaku Dalam Keadaan Harmoni

SHARE
SEBAGAI ketua kerajaan, Datuk Seri Najib sudah tentu mahu Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU14) berlangsung dalam keadaan aman dan harmoni sesuai dengan semangat dan disiplin rakyat berbilang kaum.

Walaupun pembubaran Parlimen berlaku esok 7/4/2018, Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (JPRBN) sudah lama bersiap sedia dan menunggu berita pembubaran dengan penuh tabah dan bersemangat.

Mengikut kebiasaan, selepas pembubaran Parlimen, sebulan selepas itu hari pengundian diadakan, besar kemungkinan hari pengundian berlaku antara  4 -7 Mei 2018.

Najib mengumumkan pembubaran itu di Bangunan Perdana Putra hari ini, berbeza dengan kelaziman pengumuman dan pembubaran dibuat pada hari yang sama.

Ketika mengumumkan tarikh pembubaran , Najib berkata, ' Saya ingin memaklumkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa saya telah pun menghadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V dan menyembah warkah kepada Baginda memohon perkenan supaya Parlimen ke-13 dibubarkan pada hari Sabtu, 7 April 2018,” katanya dalam ucapan khas pembubaran Parlimen ke-13. Berdasarkan kepada Daftar Pemilih Suku Keempat 2017, seramai 14.9 juta pemilih berdaftar layak mengundi Pada PRU-14.

Barisan Nasional masih diyakini rakyat sebagai parti yang akan menguasi kerusi Parlimen sekali gus membentuk kerajaan.-Hot Kelate

"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers