Selasa, 17 April 2018

Nga Kor Ming Bertanding di Teluk Intan

SHARE


PRESIDEN GERAKAN dijangka menempuhi jalan sukar jika masih bertanding di Teluk Intan pada PRU-14 ini berikutan calon yang akan menentang beliau adalah Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang  memenangi kerusi Parlimen Taiping pada PRU-13, menewaskan Ketua Wanita GERAKAN, Datuk Tan Lian Hoe, dengan majoriti 11,745 undi.

Nga Kor Ming juga menang di Dun Jelapang, menumpaskan calon BN, Chang Kok Aun, dengan majoriti 4,604 undi.

Dengan rekod kemenangan cermelang Nga Kor Ming pasti menyukar Datuk Seri Mah Siew Keong dan Barisan Nasional yang menang dengan majoriti 238 pada PRU-13 ditentang calon wanita muda DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.

Datuk Seri Mah Siew Keong diyakini akan mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan pada PRU-14 ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, mengesahkan pencalonan Kor Ming untuk bertanding di Teluk Intan.

Nga Kor Ming, diumumkan sebagai calon pakatan pembangkang untuk kerusi Parlimen Teluk Intan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, dalam program ceramah pakatan pembangkang, di sini, malam tadi dihadapan puluhan ribu hadirin
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers