Khamis, 12 April 2018

Pembangkang Mengkhianati Nikmat Dikecapi Rakyat

SHARE
Sejak lima tahun dahulu Barisan Nasional (BN) telah melaksanakan pelbagai transformasi sehingga diiktaraf agensi kewangan antarabangsa, ini adalah kunci kepada kejayaan menarik pelabur asing ke negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata, kejayaan melaksanakan Program Transformasi Ekonomi


Nasional (NTP) dan Program Transformasi Ekonomi ((ETP) berdasarkan model pembangunan yang inklusif dan berdaya tahan, terbukti berjaya meyakinkan pelabur asing dan agensi penarafan antarabangsa.

Beliau berkata, Dana Kewangan Dunia (IMF) menerusi laporannya meletakkan Malaysia berada pada landasan yang tepat untuk mencapai status negara maju.

"IMF menerusi laporannya mengiktiraf bahawa Malaysia berada pada landasan yang tepat untuk mencapai status negara maju.

"Bank Dunia pula mengakui negara ini membangun dengan mapan disebabkan perubahan (reform) dan pentadbiran yang cermat.

"Malah, usaha kita juga mendapat pengiktirafan daripada Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat yang menyenaraikan Malaysia sebagai negara terbaik untuk pelaburan menerusi kajiannya tahun lalu.

"Ini terbukti apabila Groupe PSA, sebuah firma pengeluaran kereta kedua terbesar di Eropah, membentuk pakatan strategik bersama Kumpulan Naza bagi membangunkan hab pengeluaran pertama pengeluaran kereta jenama Peugeot dan Citroen bagi pasaran ASEAN di Gurun, Kedah.

"Selain itu, banyak syarikat antarabangsa memindahkan pusat operasi mereka untuk rantau ini ke Malaysia," katanya ketika merasmikan Hotel Ritz-Carlton di Pantai Kok, di sini, hari ini.

Najib berkata, kerajaan mencapai beberapa kejayaan besar menerusi NTP apabila Pendapatan Kasar Nasional (GNI) meningkat lebih 50 peratus, mewujudkan 2.7 juta pekerjaan dan memastikan tahap pengangguran, inflasi dan kemiskinan tegar pada paras yang rendah.

"Dua tahun lalu, saya datang merasmikan Hotel St Regis Langkawi dan hari ini, saya dijemput merasmikan satu lagi hotel mewah dengan pelaburan RM360 juta, yang mewujudkan lebih 350 pekerjaan baharu.

"Ini adalah contoh keyakinan pelabur asing dan saya mahu lihat lebih banyak pelaburan, bukan sahaja di Langkawi, malah seluruh pelusuk negara," katanya.

Najib berkata, pelaburan untuk hotel terbaharu itu juga membuktikan tahap keyakinan tinggi jenama premium antarabangsa terhadap kestabilan ekonomi Malaysia dan kejayaan Blueprint Pelancongan Langkawi, yang dilancarkan pada tahun 2011.

"Dengan 14 inisiatif unik, Blueprint Pelancongan Langkawi berjaya menarik 3.6 juta pelancong dan RM11 bilion pelaburan sejak tahun 2011 hingga 2015, jauh mengatasi sasaran awal kita iaitu tiga juta pelancong dan RM5 bilion pelaburan.

"Pada tahun 2016, Langkawi mencatatkan kehadiran pelancong seramai 3.6 juta, yang menjana pendapatan RM4.6 bilion, manakala pada tahun 2017, Langkawi berjaya menarik 3.8 juta pelancong.

"Kita yakin angka ini akan terus meningkat untuk tahun ini dan tahun-tahun mendatang," katanya.

Najib berkata, beliau komited untuk terus memacu Langkawi sebagai destinasi pulau peranginan bertaraf dunia dan untuk tujuan itu, beliau meluluskan pembinaan 'aero-bridge' sebagai sebahagian dari projek menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

"Inisiatif ini bertujuan menarik lebih banyak penerbangan terus ke Langkawi dan dalam manifesto BN untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kita menjanjikan peruntukan RM86.5 juta untuk meningkatkan tahap kemudahan terminal jeti dan Kompleks Kastam dan Imigresen Langkawi.

"Ia adalah komitmen jangka panjang untuk mewujudkan lebih banyak pekerjaan dan meningkatkan tahap kehidupan masyarakat di sini," katanya.

Kejayaan ini pastinya dicemburui musuh politik Najib yang sentiasa tidak akui kejayaan demi kejayaan negara setelah beliau dipilih sebagai ketua kerajaan oleh rakyat.

Persepsi buruk sentiasa berlegar-legar dikotak fikiran pembangkang bagi melemahkan kepercayaan rakyat kepada Barisan Nasional sekali gus menolak apa diakui dunia terhadap negara ini.

Nikmat dikecapi daripada keamanan dan kesetabilan ekonomi hari ini tidak datang bergolek tanpa adanya sebuah kerajaan bertanggung jawab.

Rakyat Malaysia patut pupuskan pembangkang pada PRU-14 ini, adanya mereka tidak bertambah kepada kebaikan malah hilangnya juga tidak merugikan negara.

#JomBN kerana #HarapanBohong dan fitnah kepada sebuah negara aman damai ini, kerana #HarapanFitnah segala apa yang dilaksanakan kerajaan untuk rakyat ia patut ditolak kedalam longkang najis






"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers