Sabtu, 14 April 2018

PH Takut Jika BN dan PAS Bentuk Pakatan Memerintah Selangor

SHARE
Barisan Nasional (BN) Selangor dijangka menang 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-14(PRU-14).

Dengan jumlah kemenangan yang dijangka itu tidak membolehkan BN memerintah Selangor tanpa ada kerjasama dari parti lain.

Ada pun sebab-sebab kemenangan BN dengan jumlah itu rasanya tidak perlu dirincikan secara langsung, sama ada sebab persempadanan semula kawasan pilihan raya atau sebab kelemahan dalaman Pakatan Harapan (PH) perlu menggunakan ketajaman fikir seseorang jika benar berminat dengan situasi politik semasa.

PAS dijangka memenangi 9 atau 11 kerusi DUN pada pilihan raya kali ini, dengan jumlah itu sukar bagi parti Islam itu untuk bersuara dalam apa jua keadaan.

Daripada 56 kerusi DUN Selangor sekiranya diambil dengan kemenangan PAS 9 kerusi dicampur 20 dari BN, pastinya kerajaan Selangor hari ini akan tumbang kiranya BN dan PAS bergabung membentuk pakatan yang membolehkan negeri terkaya diperintah bersama.

Berdasarkan hubungan PAS dan UMNO tunggak BN, tidak mustahil akan berlaku sekali lagi kerjaan campuran di Selangor. Bezanya BN campur PAS tidak DAP campur PKR.

Perkembangan inilah digeruni PH, kerana keseluruhan kepimpinan PH tidak menolak sebarang kemungkinan akan berlaku sama ada Selangor kekal dengan kerajaan sekarang atau mereka terpaksa meninggalkan kerusi pemerintahan dan jadi pembangkang negeri.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers