Sabtu, 7 April 2018

PRU-14: Calon Yang Sudah Mati Lawan BN

SHARE
CITA-CITA Mahathir untuk menghidupkan masa depan politik Mukhriz dengan parti yang diasasnya sudah berkubur dan kini hanya menumpang nasib PKR.

Setelah PPBM di petiaiskan Pakatan Haram bukan lagi terdiri empat parti sebaliknya tinggal tiga parti iaitu, DAP, PAN dan PKR.

Usaha Mahathir untuk mendominasi lain-lain parti dalam Pakatan Haram akhirnya tinggal kenangan pahit buat seluruh cicak mengkarong dan ayam itik parti yang dibentuk berdasarkan dengki dan dendam terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kini PKR yang diasas ‘Anu-War’ yang pernah dimalukan dan dipenjarakan Mahathir, menjadi bekas para pemimpin elit parti yang di petiasikan setelah tidak menepati syarat yang ditetepkan undang-undang pendaftaran pertubuhan.

Beberapa jam lalu, dengan kulit muka tebal, Mahathir sebagai penghulu Pakatan Haram mengumumkan DAP, PKR, PAN akan bertanding pada PRU-14 dengan menggunakan tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pemimpin PPBM parti yang disumbat dalam peti ais buat sementara waktu juga turut bertanding atas tiket PKR.

Oleh kerana PPBM telah di petiaiskan, makanya pendaftaran sebagai ahli parti juga turut dimasukan kedalam lubang tandas. Kini cicak mengkarong dan ayam itik Mahathir sedang keliru,’ tidak tahu, kini mereka ahli parti mana.

Oleh itu, calon dari parti yang di petiaiskan juga keliru ‘sakan’, sama ada mereka sebenarnya dari parti bebas yang menyokong PKR atau DAP atau PAN.

Penghulu Pakatan Haram dengan kulit muka tebal mengumumkan dihadapan hadirin bahawa PPBM bertanding atas tiket PKR, walhal seperti megumumkan orang yang telah mati bertanding lawan orang yang hidup.

Nampaknya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) calon Barisan Nasional akan dicabar calon yang sudah mati. Peristiwa ini juga pertama kali berlaku dalam sejarah pilihan raya negara.-Hot Kelate
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers