Ahad, 1 April 2018

PRU-14 UMNO Selangor Hantar Tiga Nama Setiap Kerusi

SHARE
SABAK BERNAM: Tiga nama diusulkan UMNO Selangor bagi setiap kerusi pilihan raya di negeri ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar, berkata beliau percaya senarai nama yang dipilih secara adil itu sudah sampai kepada pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.



"Saya percaya Perdana Menteri ada kaedah untuk menilai nama-nama calon ini," katanya di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Malaysia Kali Ke-23 di Dewan Bangunan Umno Bahagian Sungai Besar, di sini.

Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, beliau yakin senarai yang dipilih itu ialah calon yang boleh menang dan ditapis.

Ditanya persediaan BN bagi menghadapi PRU-14, Noh mengakui BN Selangor berada pada tahap terbaik dan cukup bersedia.

"Kita menunggu bila Parlimen dibubarkan dan Insya-Allah, saya yakin (persiapan) kita BN ini luar biasa.

"Pengalaman saya empat kali bertanding (dalam PRU), saya lihat tak pernah lagi persiapan pilihan raya yang begitu terperinci dengan jenteranya yang lebih tersusun.

"Kita yakin, dengan jentera yang lebih baik, Insya-Allah, kita (BN) boleh menang," katanya.

Pada masa sama, Noh meminta supaya ahli UMNO di Selangor supaya melupakan seketika soal pemilihan parti dan memberikan tumpuan sepenuh terhadap PRU-14, seperti yang disarankan Presiden UMNO.

"Saya dapati di Selangor, (UMNO) bahagian tidak cerita pasal pemilihan, sebaliknya kita memikirkan bagaimana hendak menang di kawasan masing-masing dalam PRU-14," katanya
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers