Saturday, 14 April 2018

PRU14: PH Musuh Sebenar BN Shah Alam

SHARE
PANAS PRU-14 kian mendidih diseluruh pelusuk tanah air dan begitu juga di Shah Alam satu kawasan pilihan raya tumpuan di Selangor.

Pada PRU-13 Barisan Nasional (BN) Shah Alam 'berperang' dengan jentera PAS, kali ini suasana itu sukar dikembalikan setelah Pakatan Rakyat dikuburkan tanpa nisan.

Tertubuhnya Pakatan Harapan selepas Pakatan Rakyat di kuburkan pertandingan tiga penjuru tidak dapat dielakan.

Dengan jumlah pengundi di Parlimen Shah Alam hampir seratus tujuh belas ribu dengan pertandingan tiga penjuru pekara menarik pasti akan berlaku.

Setakat ini, tinjauan di tempat-tempat ceramah yang dianjurkan parti bertanding, BN dan PH berkedudukan sama rata dari segi kehadiran manakala PAS pula masih tercorot.

Dengan sebab itu ramai berpandangan PRU kali ini akan berlaku 'peperangan' hebat antara BN dan PH dengan logo PKR.

Kedudukan terkini, PAS semakin sukar untuk mempertahankan kerusi Parlimen Shah Alam yang dimenangi pada PRU-13 melalui Khalid Samad yang telah beralih angin ke arah PAN.

PAS setakat ini bukan sahaja akan meletakkan calon mereka di kerusi Parlimen, malah Dun Kota Anggerik dan batu tiga juga turut ditandinginya.

BN mahupun PH tidak harus melihat kelemahan PAS dari segi jenteranya yang belum bagkit, kerana PAS seperti yang diketahui telah lama melakukan gerakan secara senyap, manakala dari segi jentera 'perang' mereka sudah lama bersedia, hanya tunggu arahan.

BN setakat ini dilihat berpeluang merampas Dun Kota Anggerik dari 'penjajah' yang dipimpin Azmin Ali.

Manakala Dun Batu Tiga masih kelihatan berat untuk BN menghampiri kemenangan. Kerusi Parlimen pula masih memberati BN pada PRU kali ini.

"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers