Monday, 2 April 2018

Rayuan BR1M Dibuka Hari Ini - Najib

SHARE
KUALA LUMPUR 2 April - Pemohon yang gagal menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 peringkat pertama boleh mula membuat rayuan bermula hari ini hingga 31 Mei depan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, rayuan boleh dikemukakan di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang terdekat.

“Kepada yang permohonan BR1M mereka tahun ini tak lulus, anda boleh buat rayuan bermula hari ini 2 April sehingga 31 Mei di mana-mana cawangan LHDN.

“Anda juga boleh menyemak status dan mendapatkan maklumat lanjut menerusi portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my,” katanya menerusi catatan di laman Twitter dan Facebook beliau, hari ini. - UTUSAN ONLINE

"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers