Friday, 13 April 2018

Saya hormati semua lawan - Ka Siong

SHARE
BATU PAHAT: Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, tidak memandang remeh cabaran dijangka diterima daripada wakil DAP, Liew Chin Tong, yang dinamakan bakal bertanding di Parlimen Ayer Hitam pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) 9 Mei ini.

Beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen itu, menghormati semua calon yang bakal bertanding di kawasan terbabit.

"Saya tidak memandang remeh siapa sahaja datang bertanding kerana itu falsafah diri, menghormati orang lain yang menawarkan diri di kawasan ini.

"Saya juga tidak akan bercakap buruk mengenai calon yang bertanding. Siapa saja yang bertanding sudah pasti mempunyai percaturan sendiri untuk mengambil hati rakyat.

"Saya menganggap sesiapa yang nak bertanding di sini (Ayer Hitam), sudah bersedia dari segi mental dan tidak mustahil orang itu memikirkan kemenangan kerana kalau tidak kenapa mahu bertanding di sini," katanya pada sidang media selepas majlis pengumuman peruntukan khas biasiswa universiti di China membabitkan 15 penerima.

Sebanyak RM750,000 diperuntukkan kepada pelajar Yong Peng High School di sini, hari ini.

Ka Siong berkata, sekiranya tercalon semula untuk mempertahankan kerusi itu, beliau bersedia memberikan perkhidmatan terbaik.

Katanya, pengumuman calon akan dibuat Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak, dalam masa terdekat dan semua pihak perlu menghormatinya.

"Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, sudah berdiam diri, bukan beliau tidak mahu umum tetapi ia membabitkan pengagihan kerusi, sekiranya ada satu, dua bertukar tetapi sudah diumumkan, payah nak atur semula," katanya.

Beliau berkata, soal pengagihan kerusi bergantung kepada perbincangan di antara parti komponen dalam BN dan mereka akan menghormati apa saja keputusan dibuat.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers