Monday, 9 April 2018

Tidak Wajar Perlekehkan Manifesto BN, Sedangkan Manifesto PH Layak Digelar Hikayat Mat Jenin

SHARE

KEHABISAN MODAL, Timbalan Ketua Pemuda parti PAN, Faiz Fadzil memperlekehkan manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan pada Jumaat oleh Pengerusi Barisan Nasional Datuk Sri Najib Tun Razak.

Katanya, Jika dilihat pada Manifesto BN yang telah dipersembahkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menjurus kepada apa-apa ‘reform’, sebaliknya ia hanya merupakan polisi lama yang diulang-ulang.

Menurut beliau lagi, penambahan nilai kepada Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan bantuan ‘one-off’ lain tidak dapat mengubat derita rakyat yang semakin ditekan dengan kos sara hidup yang tinggi. “Pemberian ‘one-off’ hanya bagi jangkamasa yang pendek dan singkat.

“Sedangkan tol dan harga minyak tidak dikurangkan dimana ia tidak memberi sebarang impak kepada harga barangan yang tinggi, malahan akan melonjak naik.

Bagi menjawab apa yang diperlekekan beliau rasanya tidak perlu berhujan dengan fakta atau auta. Cukuplah dengan dua gambar ini untuk dipertontonkan kepada rakyat Malaysia.



Jika diperhatikan, sejak dari awal PAN ditubuh secara sah,' bantuan untuk mengurangkan beban marhaen yang hanyalah maggi, maggi dan maggi sampai reput gigi.

Namun, disebalik ketidakmampuan para pemimpin PAN mereka cuba menonjolkan kebaikan dengan memperlekehkan apa sahaja dari Barisan Nasional.

Bandingan aku janji BN melalui manifesto dengan apa yang dijanjikan Pakatan Haram ibarat bumi dengan langit.

Manifesto Pakatan Haram jelas tidak berani meletakkan satu kos tertentu bagi membantu rakyat, sebaliknya jika kita membaca segala aku janji yang dibuat Pakatan Haram seperti membaca cerita pelacur mahu bertaubat.

Menyentuh pemberian ‘one-off’ hanya bagi jangkamasa yang pendek dan singkat seperti yang dibangkitkan Faiz, ia adalah lebih baik dan lebih membantu. Sebagai contoh,' Dalam bantuan khas 'one-off ' guru KAFA menerima RM1,500. Sebanyak RM1,000 diterima pada awal januari 2018 manakala bakinya RM500 diterima ketika menjelang Hari Raya Aidilfitri, dan bentuk bantuan one-off ini adalah sangat membantu berbanding maggi yang disumbangkan PAN.

Berjuta rakyat 'wauw' kerana gembira penambahan nilai kepada Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan bantuan ‘one-off’ lain. Dengan penambahan ini marhaen tidak lagi tertunggu-tunggu hadirnya pemimpin PAN seperti Faiz untuk mereka beli maggi.

Kata Faiz, tol dan harga minyak tidak dikurangkan dimana ia tidak memberi sebarang impak kepada harga barangan yang tinggi, malahan akan melonjak naik.

Berkaitan tol, tol sebenarnya diwujudkan semasa Mahathir si mantan maha firaun perdana menteri, jadinya;' Mahathir yang dipuja cicak mengkarong dan ayam itik Pakatan Haram itulah sebenarnya penyusah rakyat, namun Faiz buat-buat tak tahu dan cuba menutupi minda marhaen dengan sebungkus maggi.

Sekiranya tol benar-benar membebankan rakyat, kenapa pembinaan lebuh raya bertol dalam negeri yang diperintah pembangkang tidak melarang keatas pembinaan tol baharu?, sedangkan kerajaan negeri berkuasa penuh keatas undang-undang tanah negeri.

Berkaitan harga minyak tidak dikurangkan hanya satu rekaan semata-mata, kerana semasa harga minyak turun, orang-orang seperti Faiz inilah akan masuk kubur dan apabila minyak naik mereka akan mengunjungi marhaen sambil berteriak', harga minyak naik!!!, harga minyak naik!!! sambil menderma sebungkus maggi.

Harga barang sentiasa meningkat termasuklah ketika mantan maha firaun perdana menteri selama 22 tahun.

Tidak wajar Faiz perlekehkan manifesto BN, kerana manifesto Pakatan Haram layak digelar hikayat Mat Jenin.-Hot Kelate

"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers