Selasa, 17 April 2018

Wanita PBB kerja keras bantu rampas balik empat kerusi

SHARE

SIBU - Wanita Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan bekerja sebagai satu pasukan mantap bersama pergerakan wanita parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain dalam memastikan misi kemenangan mereka tercapai pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) 9 Mei ini.

Ketua Wanita PBB, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, misi mereka bukan hanya untuk mengekalkan 25 kerusi Parlimen milik BN di Sarawak, tetapi juga merampas empat kerusi yang dipegang pembangkang sebelum ini.


"Empat kerusi Parlimen yang menjadi sasaran itu ialah Sibu, Sarikei, Stampin dan Miri. Untuk mencapai misi ini, setiap anggota pergerakan perlu bekerja keras secara sukarela dan turun padang demi masa depan Sarawak dan negara ini," katanya pada program turun padang Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita PBB di sini hari ini.

Fatimah yang juga Menteri Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak dalam pada itu menggesa agar pergerakan itu memainkan peranan untuk meningkatkan jumlah keanggotaan PBB di seluruh 1,565 ranting parti tersebut di Sarawak.

Selain membuka kaunter pendaftaran pada setiap majlis anjuran parti itu, Wanita PBB digesa untuk mendaftar anggota keluarga masing-masing yang sudah cukup umur untuk menjadi anggota parti tersebut di samping berusaha supaya anggota sedia ada tidak keluar parti. - Bernama
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers