Thursday, 31 May 2018

Pagar sempadan Malaysia-Thailand usang, tidak kukuh untuk keselamatan

Pagar sempadan Malaysia-Thailand usang, tidak kukuh untuk keselamatan

Tembok dan pagar sempadan Malaysia-Thailand sepanjang 29 km dari Padang Besar, di Perlis ke Bukit Kayu Hitam di Kedah didapati telah usang dan tidak lagi kukuh untuk tujuan keselamatan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, berikutan itu, pagar itu kini menjadi laluan utama penceroboh terutama pendatang asing tanpa izin dan golongan ekstrem untuk memasuki Malaysia.

“Perkara ini memang disedari oleh pegawai Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang telah membuat tinjauan. MKN juga sedar implikasi terhadap keselamatan negara.

“Bagi pihak polis, kita telah mengemukakan cadangan dan saranan yang termasuk penggunaan teknologi canggih seperti kamera litar tertutup (CCTV) dan drone di kawasan panas untuk memberi kawalan maksimum,” katanya.

Bagaimanapun belum ada keputusan dibuat, katanya kepada media selepas meninjau pagar sempadan itu semalam.

Keseluruhan sempadan dari Bukit Putih di Kuala Perlis ke Bukit Kayu Hitam adalah 105 km panjang. Sebahagian pagar dibina dengan kawat berduri dan sebahagian tembok konkrit.

“Pagar yang daif 29 km panjang boleh mengundang bermacam perkara. Justru, saya harap kerajaan memberi keutamaan untuk membina pagar baharu atau menggantikan kawat berduri seberapa segera.

“Pada sama ini kita berikan kawalan terbaik untuk mengekang pencerobohan,” katanya.

Beliau berkata, polis Malaysia dan Thailand sentiasa bekerjasama selain bertukar maklumat dan pandangan dalam usaha membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan.

Mengenai penyeludupan barang dagangan, beliau berkata dari Januari hingga April lepas, Pasukan Gerak Am membuat 167 tangkapan di Kedah, Perlis dan Kelantan manakala barang yang dirampas bernilai RM1.3 juta.
UMNO potong elaun pentadbiran, bukan gaji

UMNO potong elaun pentadbiran, bukan gaji

KUALA LUMPUR: UMNO memberhentikan penyaluran peruntukan elaun pentadbiran pejabat di peringkat bahagian di seluruh negara dan bukannya bayaran kepada ahli berkaitan seperti diuar-uarkan.

Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abd Aziz, menyifatkan keputusan itu adalah percaturan kewangan parti terhadap kos 'overhead' atau tidak langsung yang sebelum ini disalurkan untuk menampung bebanan jentera.

"Pemotongan membabitkan kos penyelenggaraan pejabat dan 'overhead', bukan gaji kepada ahli, justeru tidak timbul sebarang isu kerana mungkin ada penjelasan tersendiri daripada kepemimpinan pusat.

"Ini mungkin sebahagian daripada langkah awal memandangkan kita dalam keadaan serba kekurangan, maka penjajaran semula terhadap kos berkaitan perlu dilaksanakan," katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima salinan surat berkenaan dikeluarkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Selasa lalu menerusi kiriman e-mel.

Johan berkata, kandungan surat itu antara lain memaklumkan peruntukan bulanan ke bahagian dan pergerakan sayap terpaksa ditamatkan mulai bulan ini, selepas meneliti kedudukan kewangan parti.

"Pada saya, kita perlu peka dengan makluman ini supaya meneliti pengurusan kos pada peringkat bahagian, selaras kedudukan kewangan parti," katanya.

Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong, Datuk Zulkarnain Kamisan, yang menerima salinan surat berkenaan diedarkan menerusi aplikasi WhatsApp pula berkata, keputusan itu berkemungkinan dibuat Tengku Adnan tanpa mengadakan perbincangan dengan ahli Majlis Tertinggi (MT) parti.

Katanya, langkah sedemikian sewajarnya diketengahkan pada mesyuarat MT bagi mendapat reaksi menyeluruh, selain meneliti penyelesaian lain yang boleh diambil mengikut kesesuaian kedudukan kewangan parti.

"Saya tidak rasa ada perbincangan dengan MT. Ini (pemotongan peruntukan) Tengku Adnan yang buat keputusan," katanya.

Sementara itu, Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, ketika ditanya berhubung surat berkenaan hanya berkata: "Saya pun tak tahu, u (awak) tanya Ku Nan.".
 https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/05/432366/umno-potong-elaun-pentadbiran-bukan-gaji
Lelaki rugi RM466,000 disyaki ditipu sindiket Macau Scam

Lelaki rugi RM466,000 disyaki ditipu sindiket Macau Scam

SUBANG JAYA: Seorang lelaki kerugian RM466,000 disyaki ditipu sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai polis dan memaklumkan kononnya maklumat peribadi mangsa digunakan penjenayah dalam kes berkaitan dadah.

Pada mulanya, mangsa dikenali sebagai Chan dikatakan diberitahu ada tunggakan hutang dengan sebuah syarikat perbankan sebelum bercakap dengan seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai Sarjan Wong.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari, berkata mangsa mendakwa lelaki itu kemudian memaklumkan bahawa maklumat peribadinya digunakan sindiket dadah untuk kegiatan jual beli bahan terlarang itu, justeru dia boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Berikutan itu, beliau berkata, mangsa mendakwa diminta memindahkan wang ke dalam satu akaun lain kononnya bagi memudahkan polis menyiasat kerana akaun peribadi dia dikhuatiri turut digunakan sindiket untuk menyimpan wang hasil jual beli dadah.

"Akibat takut, mangsa dikatakan terus mempercayai kata-kata lelaki berkenaan sebelum membuat pindahan wang ke dalam tiga akaun berbeza diberikan oleh sindiket menyamar polis itu.

"Mangsa dipercayai membuat transaksi pindahan wang secara berperingkat dari 16 hingga 21 Mei lalu membabitkan jumlah keseluruhan RM466,000," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Muhammad Azlin berkata, mangsa mendakwa sekali lagi dihubungi 'Sarjan Wong', 21 Mei lalu, yang memaklumkan akan memulangkan wang berkenaan sebaik siasatan selesai pada hari sama.

"Bagaimanapun, selepas empat jam menunggu dan gagal menghubungi semula lelaki dikatakan Sarjan Wong itu, mangsa mengesyaki ditipu sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya," katanya.
Porsche terperosok bawah SUV

Porsche terperosok bawah SUV

SYDNEY: Seorang petugas valet di Hotel Hyatt Regency di sini, secara tidak sengaja meletakkan sebuah kereta Porsche Carrera di bawah sebuah kenderaan lain.

Difahamkan, ketika cuba meletakkan kereta mewah itu, beliau secara tidak sengaja menyebabkan ia memecut ke depan dan terperosok di bawah sebuah lagi kenderaan utiliti sukan (SUV).

Berikutan itu, polis segera dihubungi untuk membantu mengeluarkan pemandu yang tidak mengalami sebarang cedera itu dari kenderaan terbabit.

"Kali pertama melihatnya, saya fikir ia rakaman program televisyen atau filem, rupa-rupanya ia benar-benar terjadi," kata seorang saksi, Jonathan Bayle.

Dalam pada itu, pihak polis sedang menyiasat bagaimana kemalangan itu boleh berlaku. - Reuters
PAS: Jakim mahu disemak, pusat judi subur maksiat

PAS: Jakim mahu disemak, pusat judi subur maksiat

KUALA LUMPUR, 31 Mei — PAS menyelar usaha pihak tertentu yang menuntut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dimansuh.

Ketua penerangannya berkata walau Jakim perlu ditambah baik namun kerajaan Pakatan Harapan (PH) seharusnya memberi tumpuan kepada usaha membasmi maksiat.

“Perkembangan yang tidak selesa apabila melihat tekanan ke atas kerajaan PH supaya kaji dan mansuhkan institusi agama Islam seperti Jakim.

“Sedang tiada kedengaran sama sekali langkah kerajaan PH untuk kaji kedudukan Sports Toto, Magnum, premis perjudian, pelacuran, rumah urut, kelab malam dan sebagainya, yang nyata menyuburkan industri dosa dalam negara,” katanya.

Nasrudin Hassan yang memberi pandangan itu menerusi akaun Facebook miliknya malam tadi, sebaliknya mahu Jakim diperkasa walau diakui “barangkali ada kelemahan”.

Perdana menteri semalam berkata peranan Jakim akan disemak semula bagi mengelak jabatan itu dipandang negatif.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata satu kumpulan dari kalangan ulama dan orang berpengetahuan agama akan berbincang sama ada Jakim akan dikekalkan atau dihidupkan semula.
Tiada peruntukan bulanan untuk bahagian Umno, sayap

Tiada peruntukan bulanan untuk bahagian Umno, sayap

Semua bahagian Umno termasuk sayap bahagian tidak lagi menerima peruntukan bulanan.

Ahli majlis tertinggi Umno merangkap ahli parlimen Gading berkata perkara itu berdasarkan surat pekeliling bertarikh 22 Mei lalu.

Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata kewangan Umno terjejas berikutan polis merampas RM114 juta dalam 26 mata wang asing di dua kondomunium anak bekas perdana menteri.

“Sekarang kami pembangkang manakala presiden letak jawatan sedangkan semua dana datang dari beliau. Pada masa ini, wang berada di tangan polis. Jadi, dana terhad," katanya kepada Malay Mail.
Bekas teman lelaki disambung reman

Bekas teman lelaki disambung reman

PORT DICKSON: Penuntut kolej yang dipercayai membunuh bekas teman wanitanya, Nur Alya Damia Hairi, 19, di Taman PD Permata di sini, malam Khamis lalu, disambung reman sehingga 7 Jun depan.

Majistret Siti Khairiah Abdul Razak membenarkan permohonan dikemukakan pegawai penyiasat kes itu bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, lelaki berusia 19 tahun itu yang memakai pakaian lokap berwarna jingga, tiba di Mahkamah Majistret di sini, menaiki van polis pada jam 9.10 pagi.

Akhbar sebelum ini melaporkan, dalam kejadian jam 10.30 malam itu, mayat Nur Alya yang juga penuntut Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD), ditemui seorang penduduk di tepi jalan di Lorong 4, Taman PD Permata, di sini, sebelum dia menghubungi polis.

Susulan itu, polis dalam tempoh 15 minit, mengesan dan menahan tertuduh yang juga pelajar kolej sama, di rumah sewanya di Taman PD Idaman, kira-kira satu kilometer dari lokasi mayat mangsa ditemui.

Siasatan awal mendapati, mangsa keluar dari rumah sewanya di Taman Selasih selepas dijemput tertuduh dengan menaiki PROTON Wira dan mereka dikatakan ke satu lokasi berdekatan perumahan itu sebelum pertengkaran tercetus.

Mahkamah Majistret di sini, sebelum ini membenarkan lelaki itu direman tujuh hari bermula Jumaat lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Usul Ku Li jadi Presiden UMNO

Usul Ku Li jadi Presiden UMNO

KOTA BHARU: UMNO Cawangan Banggol Lepah, Ketereh, di sini, mencalonkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan Presiden UMNO pada Pemilihan Agung UMNO 2018.

Usul itu dibawa pada Mesyuarat UMNO Cawangan Banggol Lepah Sabtu lalu dan disokong semua 112 ahli UMNO kawasan terbabit.

Ketuanya, Mohd Noor Yaakob, berkata pihaknya menaruh keyakinan pencalonan Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li berupaya membina kembali semangat baharu dalam parti bagi menerajui semula negara ini.

"Pemilihan Ku Li sebagai Presiden UMNO bukan bermakna kami tidak percaya dengan kepemimpinan sedia ada, tetapi ahli mahukan perubahan pada peringkat tertinggi parti termasuk barisan ahli Majlis Tertinggi (MT).

"Perubahan bukan sekadar dalam barisan kepemimpinan tetapi hala tuju parti selepas UMNO dan Barisan Nasional (BN) kini menjadi pembangkang.

"Justeru, pemilihan kepemimpinan UMNO kali ini adalah untuk berubah dengan suara ahli lebih radikal dalam menentukan masa depan parti," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

MT UMNO menetapkan tarikh persidangan cawangan termasuk pergerakan sayap bermula 19 Mei hingga 10 Jun ini, manakala peringkat Bahagian bermula 30 Jun depan.

Mohd Noor berkata, mesyuarat pada peringkat cawangan berjalan lancar dan tertib dalam suasana semua ahli parti sudah menerima kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) baru-baru ini.

"Isu yang dibawa pada mesyuarat cawangan ini lebih berkisar kepada keinginan semua ahli melihat perubahan menyeluruh dalam parti sama ada di peringkat cawangan atau pusat," katanya.
Isa Samad serah surat letak jawatan sebagai Pengerusi SPAD

Isa Samad serah surat letak jawatan sebagai Pengerusi SPAD

Tan Sri Isa Samad telah menyerahkan surat letak jawatan sebagai Pengerusi SPAD.
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Isa menghantar surat peletakan jawatan dua hari lalu.

“Isa Samad telah meletak jawatan, berkuat kuasa serta-merta,” katanya semasa sidang akhbar di Kementerian Pengangkutan di Putrajaya semalam.

Minggu lepas, Loke memberikan tempoh satu minggu kepada Isa untuk meletak jawatan sebagai pengerusi SPAD.

“Saya berharap sebagai bekas menteri, dia boleh melakukan perkara yang terhormat dan meletakkan jawatan,” katanya pada Rabu lepas.
Musa Aman di London?

Musa Aman di London?

KOTA KINABALU: Seorang pengguna laman sosial Facebook mendakwa melihat kelibat Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman di Stesen Keretapi St Pancras International, London.

Pengguna Facebook yang dikenali sebagai Az Eem itu turut memuatnaik video berdurasi 10 saat yang turut tular sejak 13 jam lalu.

Video itu yang dimuatnaik beberapa jam lalu yang bertarikh hari ini dengan kapsyen: 'Ex-cm Sabah spotted at St. Pancras, London. Rafizi Ramli INVOKE Malaysia' atau bekas CM (Ketua Menteri) Sabah dilihat di St Pancras, London.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jika individu yang memakai jaket merah dan topi itu dengan troli bagasinya serta ditemani seorang individu dan anak kecil itu adalah Musa.

Sebelum ini, ada yang mendakwa Musa lari ke London namun ia tidak dapat dipastikan.

Baru-baru ini, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, Musa dikesan tidak mengikut sistem dan undang-undang Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) bagi urusan keluar masuk di negara ini jika benar beliau kini berada di luar negara.

Mustafar dilaporkan berkata, berdasarkan rekod jabatan itu, kali terakhir Musa keluar negara dari Lapangan Terbang Subang pada 10 April lalu jam 8.02 malam menggunakan pasport diplomatik dan tiada rekod masuk dan keluar semula dalam sistem rekod yang ada.

Sebelum ini, berdasarkan rekod, Musa dikesan berlepas ke Kuala Lumpur dengan penerbangan Malindo dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam 9 pagi, 14 Mei lalu.

Beliau dikatakan menghadiri mesyuarat parti dipengerusikan bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini juga hadir di rumah Musa di sini, namun tidak dapat memasuki kediaman itu kerana beliau tiada di rumah.

Ia dipercayai ada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang bekerjasama dengan BN bagi usaha membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Menteri: Tiada sekatan lagi, 433,000 peminjam PTPTN boleh ke luar negara

Menteri: Tiada sekatan lagi, 433,000 peminjam PTPTN boleh ke luar negara

PUTRAJAYA, 31 Mei — Kira-kira 433,000 peminjam PTPTN sedang dikeluarkan daripada senarai hitam Jabatan Imigresen secara berperingkat, kata Menteri Pendidikan Maszlee Malik, lapor Bernama.

Tahun lalu, ketua pengarah Jabatan Imigresen berkata seramai 447,890 peminjam disenarai hitam kerana gagal membayar semula pinjaman.

Datuk Seri Mustafar Ali berkata mereka antara golongan terbesar yang disekat dari membuat perjalanan ke luar negara. — Bernama
-Projekmm
Sebahagian Ahli MIC Tidak Undi Barisan Nasional

Sebahagian Ahli MIC Tidak Undi Barisan Nasional

Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam yang tersungkur di Parlimen Segamat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lepas mendedahkan sebahagian daripada ahli MIC sendiri tidak mengundi Barisan Nasional (BN) kali ini dalam satu majlis perjumpaan dengan pemimpin MIC Kedah baru-baru ini.

Menurut laporan akhbar harian Tamil Makkal Osai edisi semalam, Dr Subramaniam berkata setelah 60 tahun BN kalah buat pertama kali kerana kempen di media sosial yang terlalu hebat dan kuat yang digerakkan oleh parti pembangkang khususnya melalui rangkaian ‘WhatsApp’ dan telefon.

“Inilah puncanya BN kalah, apa yang BN tidak buat ? Datuk Seri Najib Tun Razak telah banyak membantu masyarakat India di negara ini, saya juga melalui MIC telah meberikan pertolongan lebih berganda. Hampir sebahagian ahli MIC tidak mengundi untuk BN Kali ini,” beliau dipetik seperti berkata oleh akhbar Tamil itu.

Dr Subramaniam juga dipetik berkata, hampir 72 tahun MIC telah menjadi parti tunggal mewakili masyarakat India di Malaysia, kini untuk tempoh lima tahun akan datang akan menjadi parti pembangkang di mana beliau menggesa semua ahli parti itu bertindak menunjukkan kekuatan mereka dalam menjamin harapan masyarakat India di negara ini. Beliau juga menyarankan semua ahli MIC bergiat aktif dalam kempen media sosial untuk tempoh lima tahun yang akan datang.

Baru-baru ini Dr Subramaniam juga dipetik berkata beliau akan menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan kepada anggotanya untuk mengubah cara berpolitik selaras dengan peranan BN selaku pembangkang ketika ini.

Beliau berkata perubahan itu perlu agar MIC dapat memainkan peranan sebagai pembangkang yang efektif selari dengan lanskap politik semasa bagi memastikan parti itu terus relevan dan diterima masyarakat India di negara ini.

“MIC kini berdepan cabaran politik yang amat besar yang menuntut perubahan dilakukan untuk membolehkan kita terus diterima,” kata bekas Menteri Kesihatan itu ketika ditemui selepas majlis serah terima tugas kepada Menteri Kesihatan baharu Dr Dzulkefly Ahmad.

Dr Subramaniam tewas dalam usahanya mempertahankan kerusi Parlimen Segamat pada PRU14 dan telah mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti Oktober depan.

Beliau membuat keputusan tersebut rentetan kekalahan teruk parti komponen BN itu dalam PRU14 yang menyaksikan parti kaum India itu hanya memenangi dua daripada sembilan kerusi Parlimen yang ditandingi.

Wednesday, 30 May 2018

Ketika Jadi PM, Najib Bersin Depa Tepuk Tangan

Ketika Jadi PM, Najib Bersin Depa Tepuk Tangan

KETIKA ada kuasa mereka jadi lembu dicucuk hidung, apa sahaja ketua cakap disambut yes bos, yes bos, yes bos.

Orang Umno-BN kalau pemimpin bersin pun mereka tepuk tangan, mereka bersorak seolah-olah bersin adalah satu amanat penting dari pucuk kepimpinan parti yang juga pemimpin negara.

Bagi marhaen, orang tepuk tangan dia pun ikut tepuk, orang bersorak dia pun bersorak, janji dapat tengok muka, bersalam dengan pemimpin, dapat selfie untuk berbangga kepada rakan taulan, jiran dan anak-anak. Apa yang diucapkan, yang dijelaskan berkaitan isu semasa negara mereka tidak peduli.

Kini pasukan 'yes bos' mula tuding menuding antara satu sama lain, mencari salah, mencari silap selepas kalah.

Paling teruk ketika bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang tertekan ibarat orang sakit yang perlu mendapat rawatan sewajarnya, pemuda tonggak negara bangkit mendesak supaya Najib letak jawatan presiden parti, sedangkan orang tua berpesan!, jangan sesekali hadiahkan kain kapan kepada pesakit.-Suara Biru

1. Beberapa pemimpin UMNO mula mengecam pucuk pimpinan parti peringkat pusat atas kekalahan Barisan Nasional.

2. Terbaru ialah bekas Menteri Kewangan Ke-2 yang kalah di Titiwangsa. Sebelum ini Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pembangkang Johor.

3. Oleh kerana sekarang soal perebutan jawatan dalam parti maka jari bukan sahaja ditunding kepada Najib Razak tetapi juga kepada Ahmad Zahid dan Hishammudin Tun Hussien.

4. Saya faham jika mereka yang di bawah – ahli biasa dan pemimpin-pemimpin peringkat Cawangan – marah. Mereka tiada di koridor kuasa untuk mempengaruhi polisi.

5. Sebaliknya, kita tidak faham mereka yang dalam kepimpinan sekarang turut mengkritik. Ketika memegang jawatan mereka turut sama bersetuju, hari ini mereka mencuci tangan dan menyalahkan orang lain.

6. Johari Ghani suatu ketika mengkritik Najjb Razak dan 1MDB. Lucunya apabila ditawar jawatan Timbalan Menteri Kewangan dengan pantas beliau menyambar. Kemudian dengan pantas juga beliau menyakin Najib Razak untuk dilantik menjadi Menteri Kewangan Kedua.

7. Johari Ghani kata BN kalah sebab sombong dan gagal tangani isu GST serta kos sara hidup.

8. Mari kita tanya apa Menteri Kewangan Kedua buat dalam isu GST dan kos sara hidup?

9. Ada nampak beliau turun ke seluruh ceruk kawasan menerangkannya kepada rakyat? Ada nampak beliau memberi cadangan polisi yang boleh menggembirakan hati rakyat dalam kos sara hidup?

10. Masalah dengan pemimpin UMNO seperti Johari Ghani ialah mereka melepaskan tanggungjawab berjumpa rakyat dan menerangkan isu kepada Najib Razak dan Ahmad Zahid.

11. Mereka sendiri goyang kaki menjaga kawasan sendiri dan menguruskan hal-hal kroni. Mereka membuat program sambil lewa dan ala kadar bila bersama rakyat.

12. Jika BN “arrogant” saya fikir Johari Ghani adalah salah seorangnya. Beliau bergaduh dengan Drs Sulaiman Mohamad (bekas Ketua UMNO bahagian) dan dengn sombongnya mengatakan tidak memerlukan sokongan Ketua Pemuda UMNO Bahagian.

13. Ketika dalam pilihan raya kita perlukan sokongan semua pihak, Johari Ghani dan ramai lagi pemimpin peringkat bahagian dan negeri memilih untuk menjatuhkan “musuh peribadi”. Begitu sombongnya mereka kerana yakin orang Melayu akan sokong.

14. Akhirnya ramai antara mereka terkorban. Malah Johari, Menteri Kewangan Kedua, kalah kepada Rina Harun, bekas Ketua Puteri UMNO Sepang, yang sangat naif dalam politik.

15. UMNO masih belum sedar bahawa dalam keadaan mahu menang semula, cara terbaik ialah melemahkan kerajaan hari ini, bukannya menunding jari sesama sendiri.

16. Parti lawan kalah pilihan raya berpuluh kali tidak pula bergaduh dan menunding jari kepada pemimpin mereka semata-mata.-Mykmu.net
Mahathir umum 'DEDAK' dan 'rasuah' Aidilfitri

Mahathir umum 'DEDAK' dan 'rasuah' Aidilfitri

 Kerajaan Pakatan Harapan mengumumkan 'hadiah' atau 'dedak'sempena Adilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia bagi membolehkan mereka merancang perbelanjaan bulan depan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Jemaah Menteri bersetuju memberi bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM400 kepada penjawat awam bagi kategori Gred 41 ke bawah.

Malah beliau berkata bantuan sebanyak RM200 turut akan dinikmati pesara kerajaan.

Katanya, bantuan itu akan dibayar pada 6 Jun ini.

Pada masa sama, beliau turut mengumumkan potongan diskaun tol sebanyak 50 peratus di semua lebuhraya bagi tempoh dua hari sebelum 1 Syawal.

Selain itu, Dr Mahathir berkata, harga bahan api bagi RON 95 dan diesel akan dikekalkan, manakala RON97 akan diapungkan mengikut harga pasaran.

Ketika ini, harga petrol RON95 kekal pada RM2.20 seliter manakala diesel pada RM2.18 seliter.

Harga RON97 pula ditetapkan pada RM2.47 seliter.

Berita gembira ini diumumkan Dr Mahathir pada sidang media khas selepas mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya sebentar tadi.

Dengan itu rakyat Malaysia patut bersyukur diatas sikap berbesar hati Dr Mahathir dan seluruh pemimpin PH yang telah bersetuju bagi 'rasuah' 'dedak' kepada rakyat kelaparan untuk menyambut Aidilfitri tahun ini.



Apa Yang Mahathir?

Apa Yang Mahathir?

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak maklum berhubung tindakan mengurangkan dan menarik balik pegawai keselamatan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengulas status yang dimuat naik bekas perdana menteri itu di media sosial berhubung perkara itu, Dr Mahathir berkata: "Dia kini disiasat."

"Jika didapati tidak bersalah, tentunya dia akan mendapat layanan seperti perdana menteri lain," katanya selepas menghadiri majlis iftar di Bukit Aman di sini, Selasa.

Kenyataan itu bagi merujuk kekuatan pasukan keselamatan Najib mempunyai kaitan dengan siasatan yang dijalankan terhadapnya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, bukan semua pegawai keselamatan Najib telah ditarik balik.

"Kita mengekalkan beberapa pegawai seiring prosedur operasi standard ketika ini.

"Bekas perdana menteri layak menerima beberapa perkara. Kami akan mengekalkan aide-de-camp untuk Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor, pengawal dan pemandu tetapi jumlahnya dikurangkan," katanya.

Tuesday, 29 May 2018

 Pengiring keselamatan Najib secara rasmi ditarik

Pengiring keselamatan Najib secara rasmi ditarik


Hari ini, saya membalas tabik hormat dan mengucapkan selamat tinggal kepada kumpulan pengawal pengiring, Unit Tindakan Khas, polis pengiring dan pegawai, yang ditugaskan untuk menyediakan kawalan keselamatan dan bantuan kepada saya dan keluarga sama ada di Pejabat Perdana Menteri serta di kediaman rasmi Seri Perdana.

Sejak beberapa minggu ini, kesemua pegawai keselamatan, polis pengiring serta pegawai bantuan yang ditugaskan kepada saya sudah ditarik balik oleh kerajaan baharu kecuali seorang pegawai ADC (Aide De Camp).

Tak dapat dinafikan, mereka berselubung emosi dan ada yang menitiskan air mata ketika kami berlafaz kata perpisahan.

Saya dan keluarga tidak akan lupakan jasa, persahabatan dan kesetiaan mereka sepanjang 9 tahun ini - termasuk mereka yang sudah berjasa kepada kami selama 14 tahun semasa saya masih Timbalan Perdana Menteri.

Sehingga kita bertemu lagi, saya ucapkan kepada mereka selamat maju jaya dan berharap mereka akan terus berkhidmat kepada kerajaan baharu dengan dedikasi dan kesetiaan yang sama ketika bersama saya.

Saya juga mohon kerajaan baharu supaya sentiasa menjaga kebajikan mereka kerana mereka adalah anggota dan pegawai berdedikasi yang akan berkhidmat kepada kerajaan hari ini dengan penuh kesetiaan.

Shahidan utus surat pada Azlan minta lepas jawatan?

Shahidan utus surat pada Azlan minta lepas jawatan?

KANGAR 29 Mei - Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim dikatakan mengutus surat kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man meminta beliau melepaskan jawatan.

Menurut sumber, difahamkan surat tersebut dihantar kepada Azlan beberapa hari lalu bagi memaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong itu perlu segera bertindak demikian kerana tidak mendapat sokongan wakil rakyat BN yang lain.

Kata sumber tersebut, kesemua ADUN itu sebenarnya tidak bersetuju Azlan dilantik sebagai Menteri Besar bagaimanapun mereka akur dan menjunjung titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

“Apabila media bertanya mereka mengakui akur dan menjunjung perintah Raja Perlis. Namun mereka tidak menyatakan sokongan mereka terhadap Azlan,” katanya di sini hari ini.

Semalam tujuh Ahli Dewan Undangan ADUN BN yang tidak menghadiri Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Menandatangani Watikah Pelantikan Menteri Besar di Istana Arau dekat sini pada 24 Mei lalu, menyatakan pendirian menjunjung titah Tuanku Syed Sirajuddin.

Isu pelantikan Menteri Besar mendapat perhatian meluas media-media massa kerana sebaik sahaja Azlan diperkenankan Tuanku Syed Sirajuddin untuk memegang jawatan nombor satu negeri itu, Timbalan Pengerusi UMNO negeri tersebut dipecat keahliannya daripada parti.

Sementara itu, ketika dihubungi, Shahidan mengakui mengutus surat kepada Azlan, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan isi kandungan surat itu.

Sebaliknya, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu meminta pihak media bertanya kepada Azlan sendiri mengenai isi kandungan surat tersebut.

"Kalau awak nak tahu, hubungi tanya Azlan apa surat tu," katanya. - UTUSAN ONLINE


Kali pertama, ketua sami serah tubuh kepada UM

Kali pertama, ketua sami serah tubuh kepada UM

GEORGE TOWN, 29 Mei — Bersempena sambutan Hari Wesak hari ini, ketua sami Kuil Buddha Mahindarama di sini berikrar menyerahkan seluruh jasadnya kepada Universiti Malaya bagi membolehkan semua organnya digunakan dalam bidang perubatan dan sains, selepas kematiannya.

E. Indaratana Maha Thera berkata hajat terakhir beliau adalah untuk menyerahkan jasadnya kepada dunia dan berbakti kepada mereka yang sakit serta golongan tua dan tidak bernasib baik.

“Saya lahir dan membesar dalam keluarga miskin tetapi mendapat bantuan serta sokongan yang tidak terkira banyaknya daripada orang lain.

“Maka, saya ingin melakukan perkara serupa dengan menabur bakti serta membantu mereka yang memerlukan bantuan,” katanya.

Menurut setiausaha kuil itu, Dr Surya Dharamdass, ini merupakan kali pertama seorang sami berikrar untuk menyerahkan seluruh jasadnya sebagai sumbangan kepada masyarakat.

Beliau juga berkata sambutan Hari Wesak tahun ini cukup bermakna bagi kuil itu kerana ia bertepatan dengan ulang tahun ke-100 penubuhannya.

“Pengunjung bukan sahaja datang ke kuil ini untuk bersembahyang kepada Buddha, tetapi juga untuk menghayati warisan peninggalan Samma Sambuddha berasal dari Sri Lanka dan India,” katanya.

Mereka juga berpeluang melihat sebuah kereta berhias bertemakan Taman Lumbini, tempat kelahiran Buddha, terletak di kuil itu.

Kereta berkenaan dihiasai dengan beberapa bunga teratai yang satu daripadanya berukuran sekurang-kurangnya 3.04 meter tinggi di samping beberapa ukiran dihasilkan oleh para sami dari Sri Lanka.

Kereka berhias itu akan menyertai 19 kereta berhias lain dari seluruh Pulau Pinang dalam perarakan sejauh 7 kilometer bertemakan ‘Masyarakat Harmoni Melalui Toleransi dan Persefahaman’, yang akan bermula pada 7 malam ini dari premis Persatuan Agama Buddha Malaysia di Jalan Burmah dan berakhir di tempat sama. — Bernama
Tipu mayat bayi sendiri, remaja 18 tahun ditahan

Tipu mayat bayi sendiri, remaja 18 tahun ditahan

KUALA LUMPUR, 29 Mei — Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun ditahan kerana membuat laporan palsu mengenai penemuan mayat bayi lelaki di kediamannya semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Lim Bak Phai berkata remaja berkenaan membuat laporan pada 9 pagi tadi, kononnya menjumpai mayat bayi lelaki yang ditinggalkan di atas kerusi di belakang rumahnya di Bukit Sentosa, Hulu Selangor dekat sini, semalam.

“Remaja berkenaan mendakwa membawa balik mayat tersebut dan membersihkannya sebelum meletakkannya semula di tempat asal.

“Hasil soal siasat, remaja berkenaan kemudian mengaku membuat laporan palsu di mana (beliau) sebenarnya melahirkan bayi tersebut bersendirian pada 12.05 tengah malam dalam tandas di rumahnya pada hari yang sama,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata remaja terbabit dihantar ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.

“Tangkapan akan dibuat selepas remaja berkenaan keluar daripada wad,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian. — Bernama
PAS, Umno kritik Kadir isu ‘reformasi institusi raja’

PAS, Umno kritik Kadir isu ‘reformasi institusi raja’

SHAH ALAM, 29 Mei — PAS menganggap kenyataan Datuk A Kadir Jasin yang mencadang “institusi raja perlu direformasi” sebagai “gopoh dan mengundang benci”.

Sementara Umno pula menyifatkan tulisan editor kanan berpengalaman itu, kini ketua media Majlis Penasihat Kerajaan, sebagai “ugutan dan hasutan.”

Timbalan presiden PAS berkata cadangan penambahbaikan institusi raja berperlembagaan mempunyai asas yang boleh difikirkan bersama.

Dalam kenyataan hari ini, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata namun cara Kadir “dilihat agak gopoh dan boleh mengundang kebencian terhadap institusi raja.”

PAS menggesa tokoh kewartawanan itu “lebih berhati-hati membuat teguran kepada institusi raja tanpa melibatkan cubaan bermain dengan emosi rakyat yang boleh mengundang kebencian yang tidak perlu.”

Kadir menulis isu tersebut dalam artikel bertajuk ‘Masukkan institusi raja dalam reformasi’ di Sinar Harian kelmarin.

Pakatan Harapan mendakwa kerajaan dahulu “menodai dan merosakkan banyak institusi utama negara lantas berjanji melakukan reformasi institusi,” katanya.

“Maka wajarlah institusi raja dikaji dan, jika perlu, direformasi,” coretnya lagi dalam tulisan tersebut.

Manakala ketua penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata idea Kadir itu petanda jelas bahawa kerajaan cuba mereformasikan institusi raja.

“Kenyataan Kadir dilihat sebagai satu isyarat dan amaran kepada raja-raja Melayu apabila beliau secara terang-terangan membangkitkan isu kontrak sosial antara raja dan rakyat!

“Lebih tepat lagi ia berbaur hasutan,” katanya di Facebook semalam.

Annuar juga melihat tulisan Kadir yang mengungkit kemewahan istana dan pembiayaannya oleh rakyat “jelas untuk menyemarakkan kemarahan dan kebencian rakyat terhadap institusi raja.”

Kadir mengulas peranan Majlis Raja-Raja dalam siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya waktu itu SRC International.

Majlis ini didakwa menghampakan pegawai penyiasat kanan untuk meneruskan siasatan walau ia menyatakan ia memandang berat skandal tersebut.
PH Harus Waspada Terhadap Golongan Parasit

PH Harus Waspada Terhadap Golongan Parasit

29 MEI — Pakatan Harapan harus waspada terhadap golongan parasit yang hanya muncul selepas Pakatan Harapan (PH) berada di puncak kuasa.

Golongan parasit ini tidak seharusnya dilayan dan diberikan tempat. Mereka adalah golongan hipokrit yang hanya mahukan kuasa dan bukannya membawa agenda perjuangan rakyat.

Sebaliknya PH perlu saling mengenang jasa para pejuang dan aktivis politik yang telah sekian lama berjuang menentang Umno dan Barisan Nasional.

Terdapat mereka yang sudah mula berjuang sejak kebangkitan Gerakan Reformasi 1998 lagi dan perjuangan mereka begitu konsisten bagi melawan rejim Umno dan BN sehingga kini.


Tentunya kecekalan dan pengorbanan mereka yang menjadi faktor kejatuhan terhadap Umno dan BN sehingga memuncakan kemarahan rakyat untuk menzahirkan penolakan terhadap BN pada pilihan raya yang lalu.

Para pejuang dan aktivis politik hari ini tidak seharusnya mendabik dada jika mereka hanya muncul sewaktu kempen pilihan raya dan kemudiannya berhujah kononnya perjuangan merekalah yang menjadi punca kemenangan.

Sesungguhnya kemenangan Pakatan Harapan hari ini adalah kerana tsunami rakyat yang bangkit menolak rejim bobrok Umno dan BN.

Tentunya ini adalah hasil titik peluh mereka yang telah berjuang dan berkorban sekian lama sehingga berjaya membuka mata rakyat.

Justeru para pimpinan Pakatan Harapan harus mengiktiraf perjuangan mereka sebagai tunjang kekuatan Pakatan Harapan hari ini.

Mengetepikan mereka yang telah sekian lama berjuang dan kemudiannya memberi laluan kepada mereka yang baru muncul, dikhuatiri akan menggagalkan usaha PH untuk mempertahankan kemenangan kelak.

* Syed Badli Shah ialah penolong setiausaha Angkatan Muda Keadilan Nasional.
Tidak Tahu Hanya Ikut Arahan Istana

Tidak Tahu Hanya Ikut Arahan Istana

KOTA BARU, 29 Mei — Setiausaha kerajaan (SUK) Kelantan hanya mematuhi arahan istana berhubung larangan terhadap dua pemimpin Pakatan Harapan (PH) negeri.

Namun Datuk Nazran Muhammad tidak tahu alasan larangan itu dibuat ke atas bekas exco negeri Husam Musa dan bekas speaker Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

“Sebab [mereka] dihalang, saya tidak tahu. Pihak istana tidak nyatakan sebab dan saya hanya bertindak ikut arahan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

“Setakat ini sememangnya dua invididu ini dimasukkan ke dalam senarai tambah tidak dibenarkan masuk,”

Dua pemimpin kanan Parti Amanah Negara (Amanah) itu dilarang memasuki premis kerajaan dan istana di Kelantan dalam surat yang dikeluarkan kelmarin.

Pada Februari lalu, sultan Kelantan menarik pingat kebesaran bergelar Datuk Paduka daripada Husam dan Wan Rahim.
Dalang bunuh di stesen minyak JB ditahan di Thailand

Dalang bunuh di stesen minyak JB ditahan di Thailand

BANGKOK, 29 Mei — Setelah diburu selama beberapa bulan, lelaki dipercayai mendalangi pembunuhan kejam seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Johor Baharu, Disember lepas, akhirnya ditangkap di Thailand.

Suspek (namanya dirahsiakan) yang berusia dalam lingkungan 40 tahun dan mempunyai satu tatoo besar di lengan kanan, ditangkap sekumpulan pegawai polis Thailand di wilayah Chaiyaphum, kira-kira 260km di timur laut Bangkok pada kira-kira 7 pagi ini.

“Lelaki itu merupakan suspek paling dikehendaki dalam kes pembunuhan (di sebuah stesen minyak di Johor Baharu). Dia dipercayai menjadi dalangnya,” kata penolong pegawai perhubungan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Thailand Supt Ridzuan Abdul Aziz kepada Bernama di sini hari ini.

Penangkapannya oleh polis Thailand pagi ini berikutan permohonan bantuan oleh rakan sejawatan mereka dari Malaysia beberapa bulan lepas, menamatkan operasi memburu secara besar-besaran oleh pihak berkuasa kedua-dua negara, yang turut meliputi dua sempadan sepanjang beberapa ribu kilometer.


Menurut Ridzuan, suspek datang ke Thailand Disember lepas, tidak lama selepas berlaku kes pembunuhan yang mengejutkan rakyat Malaysia itu, dalam keadaan kepalanya bercukur licin, kemungkinan besar bagi menyembunyikan identiti sebenarnya daripada pihak berkuasa.

Apabila tiba di Thailand, suspek tinggal dalam keadaan penuh berahsia di sebuah wilayah kurang tersohor yang terletak beberapa ratus kilometer dari Bangkok.

Bernama difahamkan bahawa polis Thailand dijangka memanggil sidang media dalam tempoh terdekat untuk membuat pengumuman tentang penangkapan suspek dan beberapa maklumat lain berkaitan penangkapannya.

Mereka juga dijangka memberi penjelasan tentang isu berkaitan penghantaran pulang suspek ke Malaysia untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

Dalam temu bual dengan Bernama di Bangkok Januari lepas, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata beberapa orang yang disyaki terlibat dengan pembunuhan berprofil tinggi di stesen minyak itu melarikan diri dan bersembunyi di Thailand.

Polis Malaysia, kata beliau, telah memohon kerjasama polis Thailand untuk mengesan suspek, termasuk suspek utama dalam kes bunuh yang mendapat liputan meluas itu.

Dalam temu bual itu, ketua CID berkenaan menyuarakan keyakinan polis untuk berjaya mengesan suspek dan membawa mereka pulang ke Malaysia untuk dibicarakan berhubung pembunuhan kejam itu.

Beliau berkata polis juga mempunyai foto suspek dan rekod lain berhubung kemasukan mereka ke Thailand.

Dalam pembunuhan kejam pada 17 Disember itu, yang klip videonya tular melalui media sosial, seorang lelaki berusia 44 tahun dikenali sebagai “Ah Chiu” ditikam dan dilanggar dengan sebuah kereta BMW putih di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, Johor.

Susulan pembunuhan yang menggemparkan negara itu kerana ia dilakukan dengan amat kejam dan di tempat awam pula, polis bertindak segera dan berjaya menangkap beberapa lelaki serta wanita yang disyaki mempunyai kaitan dengannya.

Polis juga membawa ke muka pengadilan dua suspek Januari lepas dan terus memburu beberapa suspek yang masih bebas. — Bernama
Penilaian semula tentukan kedudukan projek HSR

Penilaian semula tentukan kedudukan projek HSR

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu membuat penilaian terperinci terhadap Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura terlebih dulu sebelum membuat keputusan membatalkan projek infrastruktur berkenaan.

Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga profesor ekonomi, Tan Sri Prof Dr Noor Azlan Ghazali, berkata penilaian semula itu memerlukan masa dan boleh dibandingkan dengan penilaian dibuat kerajaan terdahulu bagi menilai kesannya.

Beliau berkata, jika didapati penilaian projek dilaksanakan kerajaan terdahulu tidak tepat, kerajaan perlu membuat penilaian semula bagi menentukan sama ada projek itu perlu diteruskan atau dibatalkan.

"Jika hasil penilaian menyatakan perlu dibatalkan, jadi ia perlu dibatalkan dengan segera. Ada kemungkinan projek ini boleh dilakukan mengikut fasa tertentu seperti pelaksanaan projek Lebuhraya Utara-Selatan dan pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur.

"Mungkin juga dengan penilaian baharu dapat disesuaikan dengan kedudukan kewangan termasuk pengurangan hentian HSR," katanya ketika dihubungi NSTP.

Beliau mengulas pembatalan projek HSR diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang dikatakan projek tidak memanfaatkan Malaysia kerana membabitkan perbelanjaan besar dan negara tidak mendapat keuntungan memandangkan ia membabitkan trek pendek.

Dr Mahathir berkata, keputusan itu muktamad tetapi mengambil masa kerana mempunyai perjanjian dengan Singapura mengenainya dan dengan pembatalan itu, Malaysia mungkin perlu membayar pampasan sehingga RM500 juta kepada Singapura.

Noor Azlan berkata, penilaian itu penting kerana projek pembangunan HSR ini bukannya projek swasta, sebaliknya projek infrastruktur awam yang membabitkan kos manfaat langsung dan tidak langsung.

"Kos maklumat langsung adalah mengenai nilai perlu dibelanja untuk projek ini dan ia mesti diimbangkan dengan kesan manfaat limpahan projek termasuk potensi penerokaan nilai dan pertumbuhan bandar serta peluang pekerjaan dicipta melaluinya," katanya.

Beliau berkata, projek HSR diluluskan kerajaan terdahulu mungkin sudah membabitkan kos pembangunan awal termasuk kemungkinan adanya perjanjian pengambilan tanah dan perundingan awal.

"Jadi, jika kita batalkan projek ini, kemungkinan akan ada banyak lagi kerugian manfaat yang wujud. Jika melalui penilaian baharu itu, kerajaan mendapati ada isu membabitkan integriti dan tadbir urus, maka ia perlu diperbetulkan. Projek HSR ini adalah mengenai usaha menghubungkan dua bandar global yang mana minggu lalu KL disenaraikan tangga ke-22 negara berdaya saing di dunia, manakala Singapura sudah tentu di kedudukan tiga teratas," katanya.

Sementara itu, pakar ekonomi dari Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak), Datuk Dr Barjoyai Bardai berkata, pembatalan HSR oleh kerajaan sememangnya satu tindakan sudah dijangka kumpulan pelabur antarabangsa apabila berlaku pertukaran pentadbiran negara.

Beliau berkata, pelabur juga sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan dan keputusan diambil kerajaan baharu termasuk pembatalan projek yang sudah diputuskan kerajaan terdahulu.

Katanya, pembatalan itu dilihat sebagai prinsip perniagaan kerajaan baharu yang mungkin dilihat negatif jika ia mahu dilihat dari sudut berkenaan.

"Namun, pelabur kini sedang memerhati bagaimana kerajaan menangani isu pembatalan ini terutama dalam isu pampasan dan penalti. Masyarakat pelabur antarabangsa sudah menjangka lebih banyak projek dirancangkan akan diubah kerajaan baharu dan kini mereka sedang menilai cara Malaysia menangani perkara ini sama ada secara berhemah atau sebaliknya.

"Saya rasa pasaran antarabangsa melihat pembatalan ini satu yang positif kerana mereka berpandangan banyak pembaziran dari segi kos kerana projek ini ditawarkan pada harga terlalu tinggi berbanding projek sama di negara lain," katanya.

Barjoyai berkata, pada masa sama, pasaran untuk projek HSR masih belum bersedia ketika ini berikutan kemudahan pengangkutan udara dan jalan raya yang efektif, mudah dan diyakini.

Katanya, untuk masa depan, kemungkinan HSR diperlukan dan waktu itu dengan kecanggihan teknologi, kos pembinaannya akan lebih murah dan mampu dibiayai kerajaan.

"Pelabur tidak melihat pembatalan ini satu keputusan drastik, sepatutnya lebih baik jika ia bukan satu pembatalan tetapi satu penangguhan sesuai dengan kedudukan kewangan negara serta perkembangan ekonomi semasa," katanya.

Ketua Ekonomi Bahagian Penyelidikan MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Dr Kamaruddin Mohd Nor pula berkata, pembatalan itu dirasakan sesuai dilaksanakan kerajaan pada masa ini berdasarkan faktor semasa.

Katanya, langkah itu dirasakan perlu selepas mengambil kira keadaan semasa kewangan negara.

"Ia juga memberi ruang pentadbiran negara memberi penekanan kepada projek berimpak tinggi yang perlu didahulukan," katanya.

Beliau berkata, pembatalan projek infrastruktur itu tidak memberi kesan langsung kepada sentimen pelabur, sebaliknya ia dapat memberi gambaran positif terhadap penekanan kerajaan kepada isu kewangan dan keutamaan melaksanakan projek.
Zaman BN BR1M Rasuah, Zaman PH BR1M Selesai Masalah Rakyat

Zaman BN BR1M Rasuah, Zaman PH BR1M Selesai Masalah Rakyat

Menyentuh dasar penyaluran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Dr Mahathir menjelaskan ia akan terus diberikan kepada individu yang layak.
menepati kebenaran,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Presiden Pakatan Harapan (PH) di Menara Yayasan Selangor, di Petaling Jaya, hari ini.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebelum ini dilaporkan berkata unjuran pertumbuhan ekonomi negara

Pada 12 April lalu, Bank Dunia turut menaikkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tahun ini kepada 5.4 peratus daripada 5.2 peratus sebelum ini, disokong perbelanjaan sektor swasta yang lebih tinggi.

“BR1M juga tidak boleh dianggap sebagai rasuah, selain dianggap sebagai kewajipan untuk menyokong kerajaan, sebaliknya ia wajar dilihat sebagai pemangkin menyelesaikan masalah sosial,” katanya.


Bantah Cadangan Buka UiTM Kepada Semua Kaum

Bantah Cadangan Buka UiTM Kepada Semua Kaum

KUALA LUMPUR, Mei 28 : Presiden Persatuan Alumni UiTM Malaysia Datuk Mohd Zaini Hassan dalam satu kenyataan media hari ini menyatakan bahawa Persatuan Alumni Universiti Teknologi Malaysia (PAUiTM) yang mewakili 700,000 alumni UiTM di seluruh negara memandang serius tuntutan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF 2.0) hari ini yang antara lain mendesak supaya membuka kemasukan UiTM dibuka kepada semua kaum.

“PAUiTM dengan ini berdiri teguh dan secara sebulat suara membantah sebarang cubaan untuk membuka kemasukan ke UiTM kepada semua kaum. Ini berdasarkan premis bahawa kedudukan UiTM sebagai persada pendidikan peringkat tinggi untuk anak Melayu dan Bumiputera adalah sebahagian daripada komponen hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Maka berdasarkan hakikat ini, sebarang langkah untuk mencabar keistimewaan itu dilihat sebagai melanggar Perlembagaan Persekutuan.

“Walaupun PAUiTM sedar bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu mengambil maklum sebarang tuntutan yang mewakili pelbagai masyarakat di negara ini, namun perkara berkenaan perlu ditangani dengan tegas bersama kesemua komponen kerajaan Pakatan Harapan dalam konteks pemeliharaan hak keistimewaan orang Melayu.

“PAUiTM bimbang kenyataan Hindraf seperti ‘menuang minyak ke api’ itu akan mencetuskan kemarahan umat Melayu Bumiputera di negara ini”, katanya dalam satu kenyataan melalui laman sesawangnya hari ini.

Zaini menambah “Sehubungan itu kami mahu kenyataan berbau hasutan seperti itu dihentikan sama sekali oleh mana-mana pihak sekali pun.

“Sebaliknya PAUiTM mencadangkan pihak kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan terus mencari jalan bagi memperkasakan lagi institusi pendidikan ulung Bumiputera itu.

“Bagi mempastikan UiTM tidak terus diganggu-gugat oleh mana-mana pihak lagi kami mencadangkan ia diletakkan di bawah satu inisiatif perlindungan Majlis Raja-Raja Melayu”, ujarnya dalam kenyataan itu.

KERAJAAN PERTIMBANG – TUN M

Sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohamad dipetik berkata kerajaan akan meneliti dan mempertimbangkan 25 tuntutan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF 2.0) termasuk berkaitan tanah rancangan FELDA dan kemasukan ke Universiti Teknologi MARA (UiTM).

“Kita akan mempertimbangkan tuntutan (HINDRAF2.0) itu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Menara Yayasan Selangor, hari ini.

Perdana Menteri mengulas tuntutan HINDRAF 2.0 supaya kerajaan menyediakan tanah seperti tanah rancangan FELDA kepada kaum India yang berpendapatan rendah, selain membuka kemasukan UiTM kepada semua kaum.

Ketua Umum HINDRAF, P Uthayakumar, dilaporkan berkata mereka menuntut supaya UiTM yang diwujudkan khusus untuk Bumiputera dan Melayu dibuka untuk semua kaum terutama kaum India dari golongan B75.

Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) menuntut kerajaan Pakatan Harapan menyediakan lebih banyak peluang kepada kaum India berpendapatan rendah untuk memperbaiki taraf hidup mereka, termasuk dengan pemberian tanah rancangan seperti Felda serta peluang pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

P. Uthayakumar mendakwa, langkah itu penting kerana sepanjang lebih 60 tahun negara ditadbir Barisan Nasional (BN), kerajaan sebelum ini gagal membangunkan kaum India yang ketinggalan berbanding kaum lain.

“UMNO mengamalkan politik dan polisi perkauman selain orang Cina yang menguasai sektor swasta menyebabkan kaum India berpendapatan rendah tersisih daripada pembangunan ekonomi negara.

“Kami mahu bergerak ke hadapan dan membantu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengatasi masalah kemiskinan dalam kaum India,” katanya ketika ditemui semasa menyerahkan memorandum tuntutan itu kepada Sekretariat Majlis Penasihat Kerajaan, Zawiyah Mohd. Yusof di Menara Ilham, di sini hari ini.
Ringgit kekal antara mata wang paling kukuh Asia

Ringgit kekal antara mata wang paling kukuh Asia

KUALA LUMPUR: Ringgit masih kekal antara mata wang Asia paling kukuh pada tahun ini, meskipun Malaysia adalah kalangan ekonomi berisiko hutang di rantau ini, demikian menurut Moody's Investors Service's.

Firma penarafan itu menerusi indeks ketidaktentuan luaran berkata India dan Indonesia muncul mata wang paling teruk terjejas di Asia pada tahun ini.

Katanya, ia berdasarkan pendedahan hutang luar dan paras rizab yang perlu ditampung oleh kedua-dua negara berkenaan.

Indeks ketidaktentuan luaran Moody's Investors Service's adalah nisbah hutang jangka pendek, hutang jangka panjang matang dan deposit bukan residen dalam tempoh setahun daripada sebahagian rizab.

Ia meletakkan Indonesia pada 51 peratus dan India pada 74 peratus.

"Malaysia dan Filipina agak berbeza. Ringgit menokok pada tahun ini walaupun Malaysia adalah antara negara paling berisiko hutang di Asia, manakala Filipina mempunyai pendeahan luar yang rendah, namun mata wangnya adalah yang kedua paling terjejas di Asia apabila susut hampir lima peratus berbanding dolar," katanya.

Persekitaran kewangan global yang lebih ketat menjadikannya lebih mahal untuk membiayai semula hutang luar dan menambah tekanan ke atas mata wang.

Moody's berkata, di sesetengah negara, termasuk Indonesia dan Filipina, pulangannya telah meningkat.

Namun, darjah penurunan dan secara umumnya persekitaran kewangan lebih ketat, adalah sama sekali tidak sama magnitud berbanding keadaan pada 2013.

Sementara itu, ringgit dijangka diniagakan dalam lingkungan RM3.95 hingga RM4.00 pada zon sokongan dan rintangan, ketika Malaysia cuba menguruskan hutang kerajaan yang didedahkan berjumlah RM1 trilion, demikian menurut firma tukaran asing, Oanda.

"Pada perkiraan saya, berurusan dengan risiko politik adalah tekaan yang boleh dikira memandangkan risiko politik adalah amat sukar untuk dihitung.

"Situasi politik domestik kekal menjadi cabaran, namun jangkakan faktor luaran akan memacu momentum di mana mata wang pasaran sedang pesat membangun, secara umumnya terus jatuh di bawah tekanan kerana dolar Amerika Syarikat (AS) terus dalam kedudukan baik berbanding euro menuju hujung minggu ini," kata Ketua Asia Pasifik Oanda, Stephen Innes.
Jamal Jumpa Polis Esok

Jamal Jumpa Polis Esok

KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dijangka tampil memberi keterangan berhubung isu 'kehilangannya' kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, esok.

Menerusi satu rakaman suara yang diedarkan kepada pihak media, hari ini, Jamal berkata, beliau turut akan mengadakan sidang media berhubung perkara itu sebaik selesai memberi keterangan.

"Saya ingin memberi sidang media berhubung kemelut yang saya hadapi sekarang kononnya saya melarikan diri daripada reman, daripada kawalan polis.

"Sebenarnya perkara ini tidak berlaku, cuma sedikit salah faham seperti yang saya nyatakan sebelum ini. Untuk menyelesaikan kemelut ini, esok saya akan hadir ke IPD Ampang Jaya (untuk beri keterangan)," katanya menerusi rakaman suara itu.

Jumaat lalu, Jamal dilaporkan menjadi buruan polis selepas menghilangkan diri dari Hospital Pakar Ampang Puteri.

Beliau sebelum itu didakwa atas tuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak, tahun lalu, ketika menerima rawatan di hospital terbabit pada jam 10.45 pagi.

Difahamkan kehilangan Jamal disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang datang ke hospital itu pada jam 5.30 petang.

Jamal dikatakan tiada di bilik wad, namun peguam dan penjaminnya masih berada di hospital berkenaan.

Peguam Jamal mendakwa beliau didapati hilang sejak jam 3 petang sebaik kesnya didengar Majistret Raja Noor Dilla Raja Mahyaldin dan diberi jaminan sebanyak RM3,000.

Bagaimanapun, Jamal akhirnya muncul dan menghubungi pasukan peguamnya untuk menyelesaikan proses ikat jamin yang tergendala, Ahad lalu.

Peguamnya, Datuk Mohd Imran Tamrin memaklumkan Jamal sudah menghubunginya dan memaklumkan sedia memberikan kerjasama kepada pihak polis untuk menyempurnakan proses berkenaan.

Jamal mendakwa pada petang hari kejadian, beliau bergegas keluar dari hospital selepas selesai proses `discharge' (keluar wad) untuk mengejar urusan waktu pejabat yang lain.

Pada ketika itu, beliau beranggapan proses ikat jamin sudah selesai dan sempurna.
Husam, Abdul Rahim dilarang masuk Istana dan Jabatan kerajaan Negeri

Husam, Abdul Rahim dilarang masuk Istana dan Jabatan kerajaan Negeri

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan hari ini mengesahkan mengedar pekeliling larangan terhadap Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Husam Musa dan Pengerusi Amanah negeri, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, daripada memasuki semua Jabatan Kerajaan Negeri.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Nazran Muhamad, berkata pekeliling itu diedarkan kepada lebih 2,000 kakitangan kerajaan negeri, semalam.

Katanya, kedua-dua individu itu turut tidak dibenarkan memasuki enam istana di negeri ini.

"Saya menerima arahan untuk menghalang mereka dari memasuki Kompleks Kota Darulnaim, semua jabatan negeri dan juga enam istana termasuk Istana Telipot, Istana Kota Lama dan Istana Balai Besar.

"Jika mereka ingin memasuki tempat ini kerana urusan penting, mereka mesti mendapatkan kebenaran," katanya ketika dihubungi NSTP hari ini.

Ketika ditanya mengenai punca pekeliling dikeluarkan, Nazran bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, Wan Abdul Rahim ketika dihubungi, berkata beliau sedih dengan keputusan itu namun menerimanya dengan hati terbuka.

"Sudah tentu perkara itu memeranjatkan saya dan sebagai rakyat yang setia, saya akan mematuhi arahan itu. Saya mengetahui perkara ini selepas ianya viral dalam media sosial sejak semalam.

"Saya percaya Husam juga mengetahui tentang larangan itu dan menerimanya," katanya.-Berita Harian
Drama Bersiri PH Untuk Lekakan Rakyat Tuntut Janji

Drama Bersiri PH Untuk Lekakan Rakyat Tuntut Janji

KONONYA krisis dalaman sedang berlaku dalam Pakatan Harapan selepas berjaya menurunkan Barisan Nasional (BN) hanyalah rekaan untuk rakyat tidak memberi tumpuan kepada janji-janji terkandung dalam manifesto PH terutamanya berkaitan janji 100 hari.

Hari ini Berita Harian melaporkan Pengerusi PPBM Terengganu, Datuk Razali Idris menyelar Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berhubung kenyataan bahawa Mahathir Mohamad bukan faktor kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Semalam, Rafizi mengeluarkan kenyataan Mahathir bukan faktor kemenangan PH pada PRU-14, sebaliknya isu kenaikan kos sara hidup dan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah sebab utama PH berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu dilaporkan berkata, perkara itu terbukti berdasarkan tinjauan pasca PRU-14 INVOKE yang mendapati pengundi lebih terkesan dengan dua isu itu berbanding taat setia kepada Mahathir.



Kononya Panas telinga dengan kenyataan Rafizi itu, Razali bingkas menjawab bahawa Rafizi mengambil jalan ke belakang dengan mencipta krisis dalaman antara komponen PH.

"Antara strategi ampuh yang disusun Mahathir ialah bertanding menggunakan satu logo, mengumumkan Perdana Menteri dan timbalannya seandainya PH menang serta menyelesaikan isu pembahagian kerusi.

"Kalau ikut kajian INVOKE, PAS tak dapat satu kerusi pun di Terengganu dan Kelantan tapi apa yang berlaku, PAS menang dua pertiga sekali gus membuktikan kajian itu tidak tepat,"
Sekiranya Mahathir boleh menangis dalam siri lakonan selepas PH berjaya tubuh kerajaan, semestinya yang lain boleh menjerit dalam siri drama mereka.

Barisan penyokong UMNO diharap tidak terjerat dengan drama bersiri yang dilakonkan PH. Pemimpin PH sedar untuk menunaikan kesemua janji tempoh 100 hari bukannya pekara mudah, tidak semudah membeli juadah berbuka di Bazar Ramadan.

Oleh kerana itu, tidak hairanlah jika semakin banyak drama bersiri akan diterbitkan mereka dalam tempoh terdekat ini.
Pelajar 'kantoi' curi bagasi

Pelajar 'kantoi' curi bagasi

POLIS di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Jakarta menahan seorang lelaki berusia 15 tahun yang disyaki mencuri 10 bagasi dari Terminal 3 di lapangan terbang tersebut.

Gambar paparan skrin dari rakaman CCTV yang tular menunjukkan suspek mengangkat beg-beg dari tempat mengambil bagasi dan berjalan keluar dari terminal seolah-olah dia seorang pengembara biasa.

Polis mengenal pasti dan menangkap DV, pelajar sekolah menengah, di rumahnya di Tigaraksa, Tangerang pada Sabtu.

Pihak polis berkata DV pergi ke Terminal 3 untuk mencuri bagasi sebanyak lima kali sejak November, membawa pulang dua beg pakaian setiap kali ke sana.

"Dia biasanya memandu ke lapangan terbang menggunakan kereta orang tuanya. Dia membawa beg sendiri untuk mengaburi pegawai keselamatan bahawa dia adalah seorang penumpang," kata Ketua Polis Soekarno-Hatta, Victor Togi Tambunan, memetik Kompas.


Dipecat' Shahidan? MB Perlis masih lagi ahli Umno, kata ahli MT

Dipecat' Shahidan? MB Perlis masih lagi ahli Umno, kata ahli MT

KUALA LUMPUR, 28 Mei — Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man masih lagi ahli Umno, kata seorang ahli Majlis Tertinggi Umno.

"Majlis Tertinggi Umno yang menentukan penyingkiran, bermakna Azlan masih ahli Umno," kata Datuk Ab Aziz Kaprawi kepada Malay Mail.

Ketua Umno bahagian Sri Gading itu berkata setakat ini tiada keputusan untuk memecat Azlan daripada parti.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim minggu lalu mencadangkan Azlan dipecat keahliannya serta merta kerana mengangkat sumpah sebagai menteri besar tanpa sokongan majoriti.
1MDB dalam siasatan, Najib enggan ulas lanjut

1MDB dalam siasatan, Najib enggan ulas lanjut


KUALA LUMPUR, 29 Mei — Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah dinasihatkan bahawa tidak wajar untuk menjawab soalan-soalan Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kerana pihak berkuasa menyatakan siasatan masih dijalankan.

1MDB dalam siasatan, Najib enggan ulas lanjut
Diterbitkan 1 jam yang lalu pada 28 May 2018

Najib berkata beliau tidak nampak apa-apa faedah untuk melibatkan diri dalam wacana umum dengan Lim mengenai isu tersebut.

Najib berkata beliau tidak nampak apa-apa faedah untuk melibatkan diri dalam wacana umum dengan Lim mengenai isu tersebut
-Malay Mail
Tujuh umat Islam tidak puasa ditangkap

Tujuh umat Islam tidak puasa ditangkap

MELAKA 28 Mei - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menahan tujuh umat Islam yang tidak berpuasa termasuk seorang warga emas berusia 67 tahun dalam `Op Plastik Hitam' yang dijalankan pasukan penguat kuasa jabatan itu sejak 17 Mei lalu.

Lelaki warga emas itu ditahan ketika leka menjamu selera di sebuah restoran Cina di Jalan Tun Ali di sini kira-kira pukul 12 tengah hari dalam operasi pada 19 Mei lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Datuk Rahimin Bani berkata, ketika ditahan lelaki itu tidak memberikan sebarang alasan kerana menyedari perbuatannya itu menyalahi peraturan.

"Selain warga emas terbabit, JAIM turut menahan seorang lelaki berusia 56 tahun yang sedang leka makan di sebuah restoran India di Bukit Baru pada 24 Mei lalu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Rahimin, kesemua tujuh individu yang tidak berpuasa itu bersama tiga peniaga termasuk peniaga yang terlibat diberikan notis untuk hadir ke pejabat JAIM kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 49 Enakmen Kesalahan Syariah Melaka 1991.

Mengikut enakmen itu, individu yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM1,000 atau enam bulan penjara bagi kesalahan kali pertama, manakala denda sehingga RM2,000 atau 12 bulan penjara bagi kesalahan kali kedua.

"Tujuh umat Islam yang didapati menjamu selera di premis bukan Islam dan tiga peniaga yang diberikan notis ini masing-masing berusia antara 20 hingga 71 tahun.

"Pegawai penguat kuasa turut menampal poster peringatan di semua lokasi premis yang beroperasi di siang hari," katanya.

Beliau turut menasihatkan peniaga Muslim agar menjaga kesucian bulan Ramadan dengan tidak membuka premis makanan pada awal pagi.

"Janganlah memberi alasan untuk mencari keuntungan, sebaliknya hormatilah bulan Ramadan dengan mencari keberkatan," katanya. - UTUSAN ONLINE
Ada Penipuan Dalam PRU-14 - Tun M

Ada Penipuan Dalam PRU-14 - Tun M


PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa wujud unsur penipuan ketika proses pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sehingga ada calon Pakatan Harapan (PH) tewas dengan jumlah undi yang tidak masuk akal dan mengejutkan.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), berkata perbuatan terbabit menyebabkan parti dalam gabungan itu tidak mendapat keputusan yang baik walaupun memenangi PRU-14.

Sehubungan itu, katanya, parti sedang meneliti laporan beberapa penipuan yang wujud sebelum sebarang tindakan diambil.

"Kita dapat laporan berkenaan kes penipuan yang berlaku dalam PRU lalu yang menyebabkan beberapa daripada calon kita kalah.

"Ada yang setengahnya sudah menang tetapi datang peti undi lain... ada juga undi rosak beratus-ratus sampai 700 hingga 800 undi rosak. Ingat orang Malaysia bodoh ke (tidak tahu mengundi)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PPBM di Menara Yayasan Selangor di sini hari ini.

Hadir sama, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ditanya jika kerajaan akan membuat perubahan termasuk menukar Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, berikutan unsur penipuan itu, Dr Mahathir berkata:

"Bagi parti berkenaan, kami akan membangkitkan kes ini, bergantung kepada penemuan... jika kita mempunyai alasan atau tidak, apa juga tindakan yang perlu akan diambil.

"Saya difahamkan beliau (Pengerusi SPR) mahu meletak jawatan tetapi jika ia berbuat demikian dan jika ada apa-apa terhadapnya, tindakan akan diambil mengikut undang-undang negara," katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, PPBM menyedari wujud permintaan di luar jangka dari kalangan ahli UMNO yang mahu menyertai PPBM selepas PRU lalu.

Bagaimanapun, katanya, ahli UMNO itu perlu disaring terlebih dulu selain menetapkan supaya mereka mesti keluar UMNO dan menyatakan pendirian menyokong PPBM.

"Selepas PRU lalu, peralihan (kerajaan) berlaku tanpa wujud keganasan. Kita juga dapati orang ramai berminat untuk menyertai PPBM dan ada antara mereka adalah ahli UMNO.

"Ahli UMNO boleh sertai parti kita selepas keluar UMNO. Mereka perlu menyatakan pendirian menyokong PPBM," katanya.

Dr Mahathir berkata, ketika ini dianggarkan seramai 1,000 orang menyatakan minat untuk menjadi ahli PPBM setiap hari.

"Dalam mesyuarat pada hari ini kita juga bincang untuk menentukan apakah perjuangan parti ini sebenarnya supaya orang ramai boleh faham," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, PPBM juga memutuskan untuk mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri di Perak.
Jangan Ganggu Kedudukan UiTM

Jangan Ganggu Kedudukan UiTM


KUALA LUMPUR: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mengingatkan semua pihak supaya tidak mengganggu kedudukan Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai institusi pengajian khusus bagi orang Melayu dan Bumiputera.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd Isa, berkata status UiTM sepatutnya dilihat sebagai mengimbangi kedudukan Bumiputera dan bukan Bumiputera di negara ini.

Sehubungan itu, katanya, mana-mana pihak tidak wajar mengemukakan permintaan menuntut kelonggaran untuk golongan bukan Bumiputera diterima masuk ke UiTM.


"Pusat pengajian seperti UiTM memberi peluang dan ruang kepada anak Bumiputera mendapat akses pendidikan bagi mengubah kedudukan kaum Bumiputera, selain mengimbangi kedudukan antara Bumiputera dan bukan Bumiputera.

"Ketika ini, Bumiputera masih jauh terpinggir dan wujud jurang lebar khususnya dalam penguasaan pendidikan serta ekonomi.

"Bagi mengimbangi kedudukan dan penguasaan antara Bumiputera dan bukan Bumiputera dalam pelbagai bidang, adalah wajar bagi kerajaan meneruskan dasar membantu Bumiputera, khususnya dalam bidang pendidikan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas permintaan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF 2.0) supaya kerajaan membuka kemasukan UiTM kepada semua kaum.

Ketua Umum HINDRAF 2.0, P Uthayakumar, dilaporkan meminta UiTM yang diwujudkan khusus untuk Melayu dan Bumiputera dibuka kepada semua kaum terutama kaum India dari golongan B75.

Memorandum mengandungi tuntutan itu diserahkan kepada kerajaan menerusi Majlis Penasihat Kerajaan hari ini.

Zambri berkata, kewujudan UiTM adalah sebahagian daripada keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera yang termaktub mengikut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

"Tidak wajar bagi mana-mana pihak cuba menukar sebarang dasar, khususnya berkaitan UiTM, melainkan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong yang bertanggungjawab melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera, termasuk isu pendidikan," katanya.-Berita Harian
Keluar Kepompong Kekalahan

Keluar Kepompong Kekalahan

KUALA LUMPUR: Pemilihan kepemimpinan baharu UMNO di peringkat cawangan dan bahagian adalah tempoh kritikal yang bakal menentukan masa depan parti.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata akar umbi perlu memilih pemimpin dengan adil, matang dan berintegriti untuk kembali mengangkat parti keramat Melayu itu sebagai wadah politik utama negara.
Beliau yang menjalankan tugas Timbalan Presiden berkata, pemilihan itu adalah ruang memperbaiki parti dengan hikmah dan kewarasan, bukannya bukan untuk bergaduh atau memburukkan sesama sendiri.
Terimalah hakikat dan keluar daripada kepompong kekalahan. UMNO tidak dibina berlandaskan wang ringgit, darjat dan kedudukan yang disandang. Jangan biarkan pemilihan ini meretakkan kesatuan UMNO.
"Ingat, UMNO berjuang untuk membela nasib bangsa Melayu dan rakyat. Ketepikan ego, sifat angkuh, kepentingan peribadi dan politik menikam belakang.
"Inilah peluang kita untuk sama-sama meletakkan kembali perjuangan UMNO ke landasan yang betul," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Majlis Tertinggi UMNO menetapkan tarikh persidangan tahunan cawangan dan sayap Wanita, Pemuda serta Puteri bermula 19 Jun hingga 10 Jun, manakala peringkat bahagian bermula 30 Jun depan.
Persidangan dilaksanakan secara serentak dengan pemilihan parti di peringkat cawangan, bahagian serta sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.
Pemilihan pimpinan parti peringkat nasional bakal menyaksikan semua jawatan tertinggi, termasuk Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden, dipertandingkan seperti yang diputuskan Majlis Tertinggi (MT) UMNO, minggu lalu.-Berita Harian

Monday, 28 May 2018

SKMM patut siasat akaun FB Palsu Jamal Yunos

SKMM patut siasat akaun FB Palsu Jamal Yunos

SABAK BERNAM – Polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) diminta menyiasat laman sosial Facebook menggunakan nama ‘Datok Jamal Yunos’ yang didakwa palsu.

Pegawai Khasnya, Mohd Azli Jaffar berkata, beliau meneliti laman Facebook palsu itu yang memuat naik dua status sejak Ahad.

Menurutnya, akaun Facebook itu didakwa dibuka pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja menimbulkan provokasi.

“Saya sahkan, akaun Facebook terbabit palsu dan bukan milik pemimpin terbabit,” katanya.


Mohd Azli memberitahu, akaun Facebook rasmi Jamal dilihat tidak aktif sejak 10 hari lalu.

Selain itu katanya, pihaknya turut kesal apabila tular ‘screenshot’ pada aplikasi WhatsApp bertajuk ‘Kisah sedih Jamal Yunos’.

“Kami harap pelayar Facebook dan penduduk tidak tersalah anggap atau tertipu dengan status palsu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab dengan niat mengaibkan beliau (Jamal),” katanya.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya bersama rakan lain dijangka membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, dalam waktu terdekat.

Sebelum ini, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menafikan beliau menghilangkan diri, sebaliknya mendakwa berlaku salah faham kerana beranggapan proses ikat jamin telah selesai dan sempurna.

Jamal menerusi rakaman suara yang dihantar beliau dalam aplikasi WhatsApp kumpulan media berkata, beliau bergegas keluar dari hospital itu kerana mengejar masa untuk mengeluarkan wang Tabung Haji bagi membiayai kos reman dan sebagainya. – Sinar
 MAVCOM patut dikekal bukan ditamatkan

MAVCOM patut dikekal bukan ditamatkan

GEORGE TOWN, 28 Mei: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) melahirkan rasa kecewa berhubung ulasan tidak berasas yang diberikan Persatuan Pengguna-Pengguna Pengangkutan Malaysia (4PAM) terhadap Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), Jumaat lepas.

Presidennya S.M. Mohamed Idris berkata sebagai sebuah pertubuhan pengguna, pihaknya menerima banyak aduan daripada pengguna berhubung syarikat penerbangan sejak beberapa tahun lalu membabitkan hal-hal seperti kehilangan bagasi, tidak diberikan pampasan, tidak dimaklumkan mengenai pertukaran jadual penerbangan dan pelbagai rungutan lain.

“Sejak MAVCOM diperkenalkan, kami melihat berlaku penurunan yang drastik dalam aduan mengenai syarikat penerbangan. Kami percaya hal ini bukan sahaja disebabkan oleh kecekapan MAVCOM dalam mengendalikan aduan yang diterima malah akhirnya terdapat sebuah badan yang memantau syarikat penerbangan dan memberi perhatian kepada kebajikan penumpang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (MACPC) yang dibentuk oleh MAVCOM memberikan penjelasan yang secukupnya berhubung hak-hak penumpang dan tanggungjawab syarikat penerbangan.

Sementara itu Mohamed berkata berhubung pengenaan caj perkhidmatan RM1 yang dikenakan kepada penumpang yang berlepas dari lapangan terbang di Malaysia yang dikritik oleh 4PAM, CAP percaya bayaran itu adalah wajar memandangkan MAVCOM tidak lagi dibiayai oleh kerajaan.

“Hakikatnya, pertubuhan, syarikat malah kerajaan sendiri memerlukan wang untuk beroperasi dan meneruskan operasi mereka Berhubung 4PAM mempersoalkan ketelusan MAVCOM, sejujurnya ia agak memalukan kerana semua data, kertas penyelidikan, laporan pengguna, laporan tahunan (yang mengandungi penyata kewangan suruhanjaya berkenaan) dan sebagainya terdapat di dalam laman sesawangnya.

“Tambahan pula, MAVCOM merupakan sebuah suruhanjaya yang memberikan laporan secara langsung kepada Parlimen yang menuntut ketelusan,” katanya.

Beliau berkata secara kesimpulannya pihaknya tidak menemui sebarang kewajaran bagi serangan 4PAM terhadap sebuah suruhanjaya yang baik.

“Oleh itu kami ingin menegaskan bahawa MAVCOM patut dikekalkan demi kebajikan penumpang kapal terbang,” katanya.– Bernama
Kebebasan media aspek utama pembaharuan KKMM – Gobind

Kebebasan media aspek utama pembaharuan KKMM – Gobind

KUALA LUMPUR, 28 Mei: Kebebasan media adalah aspek utama pembaharuan yang akan dilakukan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), kata Menterinya Gobind Singh Deo.

Beliau berkata media negara ini perlu diberi lebih kebebasan untuk membuat liputan termasuk mengkritik kerajaan.

“Media merupakan suara kepada rakyat dan kerajaan perlu bersedia menerima kritikan untuk kita boleh lakukan pembaharuan,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama menteri di Bernama Radio, di sini hari ini.

Beliau melakukan lawatan pertamanya ke Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari ini sejak dilantik sebagai menteri KKMM pada 21 Mei lepas.—Bernama
Tiada sabotaj, Bibi takut bayang-bayang

Tiada sabotaj, Bibi takut bayang-bayang

KUALA LUMPUR: Hashim Mustapha yakin tidak wujud komplot mensabotaj pasukan negeri itu seperti didakwa oleh Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan, semalam.

Sebaliknya, bekas pemain Kelantan itu menganggap kenyataan berkenaan dibuat bertujuan menutup kelemahan sendiri.

Beliau mendakwa, Bibi kini dilanda sindrom takut kepada bayang-bayang sendiri dan cuba menuding jari kepada orang lain selepas beberapa tindakannya menyebabkan The Red Warriors (TRW) kini berada dalam zon penyingkiran.

"Saya tidak nampak mana-mana pihak yang cuba mengkhianati pasukan Kelantan seperti didakwa Bibi. Siapa dan untuk apa mereka hendak berbuat begitu?

"Namun, saya tidak menafikan ada beberapa pihak seperti bekas pemain lantang mengkritik KAFA terutama Bibi atas beberapa tindakannya yang dianggap tidak wajar sehingga menyebabkan pasukan Kelantan berada dalam situasi sekarang.

"Antaranya tindakan menyingkir pemain senior seperti Apek (Khairul Fahmi Che Mat), Piya (Badhri Radzi) dan Farhan (Norfarhan Mohamad) pada pertengahan musim yang kami anggap tidak kena pada masanya.

"Begitu juga dengan tindakan jurulatih hanya menurunkan seorang pemain import sedangkan masih ada dua lagi pemain import boleh digunakan.

"Kami mengkritik kerana sayangkan bola sepak Kelantan bukan untuk mensabotaj atau menghancurkan.

"Tapi, bila pasukan jadi begini, Bibi mula menuding jari mencari kesalahan orang lain. Tidak ada komplot atau pengkhianatan, cuma beliau kini takut kepada bayang-bayangnya sendiri," tegas Hashim.

Tanpa menidakkan peranan Bibi terutama pengorbanannya mengeluarkan duit sendiri untuk memulihkan kewangan KAFA, Hashim berkata presiden itu tidak boleh bertindak secara bersendirian dalam menaikkan semula martabat bola sepak Kelantan.

"Kami bekas pemain terutama Persatuan Bekas Pemain Bolasepak Kelantan (PBPBK) sedia membantu dengan memberi pandangan berdasarkan pengalaman kami.

"Sepanjang pengetahuan saya, hanya sekali saja Bibi memanggil kami untuk bertukar-tukar pandangan mengenai hala tuju pasukan Kelantan.

"Kami sudah memberi pandangan namun nampaknya beliau tidak mengikut apa yang kami cadangkan.

"Pada masa sekarang, apa perlu beliau buat adalah fokus kepada transformasi yang sudah dilakukan bersama jurulatih baharu (Fajer Ebrahim). Mereka perlu selamatkan pasukan ini daripada jatuh ke Liga Perdana.

"Memandangkan pemain senior sudah tiada, Kelantan memerlukan pemain import yang bagus dan berpengalaman untuk membimbing pemain muda," kata Hashim.

Google+ Followers