Khamis, 24 Mei 2018

Akhbar: Wakil BN tawar penyiasat RM3 juta jika henti kes 1MDB

SHARE
Ahli parlimen itu, yang tidak dinamakan, berunding untuk menyembunyikan kes tersebut yang mensasarkan perdana menteri waktu itu Datuk Seri Najib Razak.

“Ahli parlimen itu secara peribadi membawa beg penuh berisi wang tunai dan menawarkannya kepada bos saya,” kata sumber kepada akhbar Singapura itu.

“Sebagai tukarannya, bos saya perlu mengabaikan kes itu.”

Sumber itu menjelaskan ketua kumpulan penyiasat itu, yang tidak dinamakan, diketepikan kerana enggan menerima tawaran tersebut.

“Selepas semua usaha menawar habuan itu ditolak [ketua penyiasat], bos saya ditukarkan. Gangguan teruk dan ugutan bunuh terus datang.”

Satu lagi sumber berkata wakil rakyat sama “menasihati” penyiasat agar berpindah ke luar negara dan “hidup mewah” di sana asalkan mereka berdiam diri.

“Kenapa membazir masa dan tenaga siasat kes ini? Dengan duit ini, kamu boleh bina hidup baru,” kata sumber tersebut kepada Straits Times.

Pegawai-pegawai penyiasat itu dilaporkan turut ditawarkan elaun bulanan dan penginapan percuma kepada anggota keluarga mereka.

Ahli parlimen itu juga didakwa mengupah “samseng dari negara jiran untuk mengganggu” anggota keluarga pegawai-pegawai itu jika enggan bekerjasama.

Ketua pesuruhjaya baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull kelmarin mendakwa diugut kerana siasatan kes itu.

Dalam sidang medianya, beliau berkata seorang wakil rakyat dari “negeri di utara” yang percaya “wang itu raja” pernah bertemunya.

https://www.projekmm.com/s/1634436/akhbar-wakil-bn-tawar-penyiasat-rm3-juta-jika-henti-kes-1mdb
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers