Khamis, 17 Mei 2018

Alasan Berpaksi Undang-Undang Memboleh Untung Kepada Pihak Membenci Najib

SHARE
Hari ini ketua kerajaan rejim berkata, pihak polis mempunyai cukup alasan untuk mengadakan serbuan di rumah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut apa yang dilaporkan The Malaysian Times"Peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal memberitahu pemberita awal pagi ini bahawa beberapa barangan peribadi seperti beg tangan, pakaian serta hadiah dirampas dari kediaman itu.(http://www.themalaysiantimes.com.my/polis-punyai-cukup-alasan-untuk-serbu-rumah-najib-dr-mahathir)

Beliau berkata Najib dan anggota keluarga beliau memberi kerjasama sepanjang proses pencarian dilaksanakan dan tiada tangkapan dibuat".

Era pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri tilam di usung ke hulu ke hilir, kini rakyat dapat rasakan pekara sama akan berlaku apabila bahan rampasan seperti beg tangan, pakain serta hadiah yang dirampas dipercayai akan diusung naik turun Mahkamah jika Najib dan isterinya didakwa.

Apabila suami Wan Azizah di sucikan oleh kerajaan rejim hari ini terbukti alasan untuk mengenakan tekanan terhadap Anuar ketika dahulu adalah satu komplot terancang. ini bermakna segala alasan untuk memecat orang nombor dua dalam kerajaan ketika itu hanyalah alasan yang menjadi alasan kepada penyebab Anuar di pecat.

Oleh itu kenyataan ketua rejim hari ini bahawa polis cukup alasan untuk mengadakan serbuan di rumah Najib hanyalah satu alasan berpaksi undang-undang yang memboleh untung kepada yang sentiasa membenci Najib.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

1 ulasan:

Google+ Followers