Jumaat, 18 Mei 2018

Alhamdulillah Najib Sihat

SHARE
Dua Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Seri Mahdzir Khalid antara individu yang dilihat mengunjungi kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, di sini hari ini.

Kenderaan jenis Range Rover yang membawa Azalina yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dilihat memasuki perkarangan kediaman itu pada 10 pagi dan beredar kira-kira 40 minit kemudian.

Mahdzir pula yang juga bekas Menteri Pendidikan tiba di kediaman berkenaan sejurus selepas Azalina pulang dan meluangkan masa kira-kira sejam bertemu dengan bekas perdana menteri itu.

Turut mengunjungi bekas presiden UMNO tersebut ialah Pengerusi NGO Selangor Nazilah Idris yang meluangkan masa kira-kira 20 minit di situ.

“Alhamdullilah, Najib kelihatan sihat ketika pertemuan tadi. Walaupun dilanda dengan pelbagai dugaan beliau tetap tenang menghadapinya,” kata Nazilah kepada pemberita.-The Malaysian Times
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers