Isnin, 28 Mei 2018

Anwar ajak rakyat kritik Pakatan Harapan

SHARE
KUALA LUMPUR, 28 Mei: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat untuk menjadi pemantau dan pengkritik kepada prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ketua Umum PH itu berkata beliau akan bersama-sama rakyat memantau gerak geri kerajaan PH di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam memastikan nasib rakyat dan masa depan negara terbela.

“Saya cakap dengan Tun Dr Mahathir yang kita akan pantau (sebagai contoh) macam mana tugas timbalan perdana menteri (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) di (Parlimen) Pandan. Kita pantau macam mana tugas Izham Hashim di (Dewan Undangan Negeri) Pandan Indah.

“Ini tugas kita sekarang. Bukan untuk mencerca mereka tapi dengan kasih mengingatkan mereka tanggungjawab yang harus disempurnakan,” katanya pada Majlis Iftar Perdana di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam di sini semalam.

Majlis itu dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Anggota Dewan Undangan Negeri Pandan Indah Izham Hashim.

Anwar berkata beliau mahu kerajaan PH membela nasib rakyat yang miskin dan anak-anak yatim selain berharap jurang ekonomi antara rakyat, yang kini dirasakan semakin jauh, dapat dirapatkan.

“Yang kaya itu melimpah kekayaannya. Berbeda dengan orang berpendapatan rendah. Kemudian dibebankan pula dengan cukai dan kenaikan harga barang.

“Ini tanggungjawab kerajaan PH di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir. Tugas kita membantu supaya cita-cita baik ini dapat dilaksanakan,” katanya.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers