Khamis, 17 Mei 2018

Apakah Najib Sedang Dijadikan Tahanan Dalam Rumah?

SHARE
KERAJAAN apakah ini? bertindak melarang kenalan rapat melawat mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di kediamannya seperti yang dilaporkan Berita Harian dengan tajuk "Polis larang kenalan lawat Najib" (https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/05/426859/polis-larang-kenalan-lawat-najib#cxrecs_s)

Tak tahu ini gambar rumah siapa?
Larangan itu pastinya melanggar prinsip demokrasi yang diamal di negara ini sejak sekian lama, kerajaan hari ini secara sengaja membelangkan demokrasi dan bertindak zalim sehingga kenalan tidak lagi boleh melawat bekas pemimpin nombor satu negara.

Seperti yang dilaporkan Berita Harian, "Seorang lelaki yang mendakwa ahli UMNO, Abdul Rahim Abdul Rahman, 65, berkata beliau sebagai rakan seperjuangan terkilan apabila tidak dibenar memberi sokongan moral ketika Najib menghadapi pelbagai tohmahan pihak tertentu.

"Saya tidak setuju dengan tindakan ini (polis tidak benarkan rakan melawat Najib). Saya juga tidak tahu status Najib sekarang sama ada ditahan di dalam rumahnya atau sebaliknya.

"Pada masa ini, sepatutnya saya dan beberapa rakan lain berjumpa Najib pada jam 12 tengah hari tadi tetapi dilarang.

"Kami akan terus setia menunggu (sehingga dibenarkan untuk berjumpa dengan Najib)," katanya ketika ditemui di pekarangan kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini, hari ini.

Ketika ditanya kali terakhir bertemu bekas Perdana Menteri itu, beliau berkata, mereka bersua muka ketika Najib menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid di ibu negara, minggu lalu.

"Ketika itu, beliau (Najib) nampak tenang dan tidak terkesan dengan sebarang fitnah," katanya".
Rakyat ingin tahu, apakah Najib kini dijadikan tahanan rumah oleh pihak berkuasa yang ditelunjuki oeh kerajaan pimpinan Mahathir.

Jangan sampai dikatakan kerajaan yang ada hari ini juga tertubuh atas dasar dendam kepada Najib.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers